Bertaubat Atau Takut?

Bertaubat Atau Takut?

“Pihak UMANY ingin menegaskan bahawa kami mematuhi sistem raja berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan YDPA dalam perlembagaan.

Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap perlembagaan.” (1)

Saya nak tanya la…

Apa matlamat UMANY keluarkan kenyataan hari itu kalau mereka sekarang kata mereka “kekurangan pemahaman”?

Macam Facebook Nga Kor Ming fans page tu yang menghasut orang ramai menentang Sultan Selangor pasal arahan Sultan untuk menurunkan tanda jalan dengan perkataan Cina.

Akhirnya dia putar belit ceritanya kata dia nak kutuk MCA.

Nak bagi advice sikit.

Kalau kamu berpendapat seseorang itu telah melanggar undang-undang negara, kamu sepatutnya pergi buat laporan polis.

Tolong lah belia Cina.

Nak kata kamu semua bodoh you tak suka.

Orang panggil you pendatang you marah.

Bila polis mula menyiasat, kamu takut pulak.

Haih.

Mak Khuin Weng – マク

  1. “Patik mohon ampun Tuanku, kami tarik balik kenyataan” – UMANY

https://ttkm.com.my/…/patik-mohon-ampun-tuanku…/amp/

Isu Semasa