Jahiliah Moden

Jahiliah Moden

Ketahuilah dan fahamilah bahawa pertembungan antara hak dengan batil tidak terhenti dengan wafatnya Rasulullah SAW, bahkan ia akan berterusan sehinggalah dunia dan alam semesta ini ditamatkan oleh Allah SWT.

Kita harus bermuhasabah dan mengambil berat akan masyarakat kita yang kian tenat dan larut dalam jahiliah yang ada pada zaman kita ini yang datang dengan pelbagai rupa dan keadaan.

Jahiliah pada zaman Nabi SAW, manusia menyembah berhala dan patung-patung yang dipahat oleh tangan-tangan manusia serta mengambil hukum-hakam dan undang-undang yang direka oleh manusia.

Jahiliah pada zaman kita, wujudnya fahaman dan ideologi yang memperjuangkan fahaman perkauman dan kebangsaan masing-masing secara melampau.

Masyarakat Arab dengan bangsa Arab mereka, orang Turki dengan bangsa mereka, dan orang Melayu dengan bangsanya.

Di sinilah umat Islam perlu memahami bahawa perjuangan untuk memerangi dan meruntuhkan jahiliah ialah suatu perjuangan yang berterusan walaupun Rasulullah SAW telah wafat dan meninggalkan kita.

Semoga kita akan terus beristiqamah dalam memberikan nasihat dan panduan serta memposisikan diri kita sebagai contoh terbaik yang boleh ditiru oleh masyarakat.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Politik