Mari Kita Cipta Sejarah Baru

Mari Kita Cipta Sejarah Baru

Lupa kah kita pada 14 September 2019 sewaktu air mata kegembiraan dalam syahdu tumpah bila gagasan kerjasama dua parti politik terbesar Islam Melayu bersama bersatu beriringan di menterai demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Kerisauan musuh ketika itu nyata tidak dapat dibendung lalu tanpa disedari terkeluarlah dari mulut hayir mereka segala istilah label atas Maufakat Nasional itu.

Taliban lah ekstrim lah.

Musuh tersentak kegerunan segala macam kenyataan bimbang jika Muafakat ini berterusan hidup.

Hari ini musuh menarik nafas lega kerana mereka tidak perlu mengerakkan soldadu cyber mereka atau pengasut musang berbulu ayam ditengah-tengah ahli kedua Parti Islam Melayu ini.

Cukup untuk memerhati dari luar, cuma kadang-kadang lontar sahaja pertanyaan atau ungkapan supaya Ahli kedua-dua parti Melayu ini yang kurang faham permainan musuh kepanasan tidak bertempat.

Rupanya sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan Islam Filipina tidak mengajar kita kenal apa kepentingan untuk bersatu teguh sesama kita berkongsi kuasa pemerintahan.

Apabila petualang cuma hanya ingat kepentingan diri dari Agama dan Bangsanya akhirnya yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang.

Yang untung musuh ditengah-tengah bermain kungfu dan silambam hanya membuat pertunjukan pentas tanpa perlu benar-benar bertempur.

Mari kembali kepada untuk apa permulaan Muafakat Nasional piagamnya dimenterai.

Penyatuan Ummah bagi mensejahterakan Malaysia majmuk.

Biarkan pimpinan yang mengilhamkan MN ini menyelesaikan permasalahan atau kekeruhan yang sengaja atau tidak sengaja terjadi.

Lupakah kita apabila kerajaan PHD4P 22M memerintah bagaimana kita di asak dengan segala cerita dan tingkah mereka yang tidak segan silu memperlihatkan wajah sebenar mereka.

Bagaimana hinanya Melayu dan Islam di perlakukan tetapi kita diajar supaya kesabaran dipegang lantas digenggam erat.

Masih tidak terlewat untuk kita bermuhasabah dan pimpinan duduk berbincang mencari jalan terbaik memberi pengertian pentingnya dokongan ini kepada PAS, UMNO dan Bersatu.

Carilah jalan menang, menang untuk semua pihak MN dan PN.

Memang payah untuk mencapainya tetapi tidak mustahil kita semua berlapang dada renung sejenak bukankah perpaduan antara kita menjadikan kasih Allah tertumpah sehingga memberi kita semua sebuah kerajaan baru.

Bukan semua parti akan memperolehi jumlah kerusi Parlimen yang dihajatkan akan berpuas hati, tetapi renung dan berkorbanlah, sekarang Allah memberikan kita peluang untuk bersatu mendapatkan apa yang dihajat nanti.

Sasaran kita, MN dan PN dapatkan suara dua par tiga (2/3) kerusi Parlimen dahulu.

Usah dipertikai sangat sekarang kerusinya, andai kita perolehi kemenangan pada PRU15 dengan 2/3 kerusi, sewaktu itu tambahlah kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu antara 20 hingga 30 kerusi lagi supaya kuasa politik Islam Melayu terpelihara dengan kaum lain sentiasa sejahtera dibawah panji-panji Islam.

Sejarah telah membuktikan Islam tidak pernah mengkhianati mereka yang dibawah pemerintahannya.

Mari kita cipta sejarah baru tanah air.

Isu Semasa