Guan Eng kesal Azhar mahu panggil polis untuk keluarkan Lip Eng.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/guan-eng-kesal…
Apa yang Lim Guan Eng merepek ni?
Tak tau nak baca bahasa kebangsaan kah?
Kan jelas peruntukan di bawah perenggan (2) dan perenggan (7) Peraturan 44 Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Rakyat.
‘2. Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana Ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi keluar dari Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidak melebihi sepuluh hari, dan Ahli tersebut hendaklah dengan serta-merta keluar dari Majlis Mesyuarat.’
‘7. Pengerusi boleh memerintah mana-mana orang, termasuk seseorang anggota kakitangan Parlimen atau mana-mana pegawai polis, untuk menguatkuasakan mana-mana keputusan atau perintah yang dibuat di bawah Peraturan ini.’
Lip Lim Eng memang bersifat kurang ajar apabila melabelkan keputusan Dato Azalina sebagai “bodoh”.
Isu di sini adalah, bodoh atau tak bodoh, keputusan adalah keputusan. Mentaliti “saya ikut kalau saya suka” ini memang bahaya.
Kalau mahkamah kata Anwar bersalah, hakim rasuah, tapi kalau kata Najib bersalah, hakim bijaksana.
Kalau SPR umum BN menang, demokrasi mati, tapi kalau umum DAP menang, Hidup SPR!
Selepas Art Harun membuat keputusan untuk menghalau keluar Lip, dengar apa dia kata.
Dia siap lagi boleh cabar Speaker.
Klik untuk tengok video:
P.S. Aku tau kita semua butuh wang dan kuasa tapi dalam proses mendapatkan benda yang dibutuhkan, jangan berkelakuan macam palabuto.
Saya tau kepala dia macam tu, tapi “no pun intended”.
DR. SHAMSHER SINGH THIND