SOALAN:
Ketika mendengar khatib jumaat menyebut di dalam khutbah nama Nabi Muhammad kita disunatkan berselawat.
Soalan saya ketika khatib menyebut nama para sahabat r.a. adakah boleh kita menyebut radhiallahu anhu?
JAWAPAN:
Ketika para hadirin solat jumaat mendengar khatib menyebut nama para sahabat r.a. di dalam khutbahnya adalah elok mengucapkan taraddhi yaitu menyebut رضي الله عنه yang berarti semoga Allah meredahi daripadanya.
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah:
يَنْبَغِي لِسَامِعِ التَّرَضِّي عَنِ الصَّحَابَةِ وَلَوْ حَال الْخُطْبَةِ أَنْ يَتَرَضَّى عَنْهُمْ، كَمَا يَنْبَغِي لِسَامِعِ الصَّلاَةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ لأِنَّهُ أَفْضَل مِنَ الإْنْصَاتِ
Artinya: “Sebaiknya bagi orang yang mendengar disebut nama sahabat mengucapkan رضي الله عنه sekalipun ketika khutbah sebagaimana sebaiknya bagi yang mendengar itu berselawat atas Nabi saw kerana sungguhnya ia afdhal daripada diam.”
Dan sebagaimana selawat ketika khutbah hendaklah diperlahankan suara ketika mengucap taraddhi itu dan bukannya dengan meninggikan suara.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus