Anwar nak jadi PM9?

Anwar nak jadi PM9?

Semua Raja Melayu termasuk YDPA tahu siapa Anwar dan siapa DAP.

Selagi Anwar bersama DAP, selagi itu Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun Anwar ada majoriti Ahli Parlimen?

Perdana Menteri tidak boleh ditukar selagi tidak meletak jawatan.

YDPA juga tiada kuasa untuk memecat Perdana Menteri, walaupun Bajet ditolak atau undi tidak percaya dibuat.

Keputusan YDPA adalah tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.

Anwar sanggup bekerjasama dengan UMNO?

Anwar akan berhadapan perbicaraan pada Mac 2021, selepas keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kesahan terhadap pengampunan Diraja selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Lembaga Pengampunan Diraja didapati tidak lengkap kerana ketiadaan wakil serta Peguam Negara sendiri.

Pengampunan Diraja juga sebenarnya hanya untuk membebaskan tetapi bukan membatalkan sabitan 5 tahun penjara Anwar yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Habis yang Tun dapat jadi PM walaupun bersama DAP boleh pulak?

Tun jadi PM atas lantikan Pakatan Harapan, yang menang PRU14 dengan cara kotor.

Rafizi Ramli guna gerakan Invoke untuk fitnah Najib dan Rosmah melalui media sosial secara besar-besaran.

Masih ingat ketika Tun menunggu lebih 7 jam sebelum dapat angkat sumpah di Istana Negara?

Semua Raja Melayu pasti ingat sejarah Tun menggubal Perlembagaan berkaitan kuasa Raja-Raja ketika jadi PM4, era dimana BN memegang majoriti dua pertiga kerusi Dewan Rakyat.

Cuma YDPA Sultan Kelantan yang tidak mahu terlibat dengan politik Tun dan Anwar, lantas mengambil keputusan mengejut untuk meletakkan jawatan sebagai YDPA, walaupun baru sahaja menduduki takhta di Istana Negara.

UMNO sokong Anwar PM9?

UMNO sokong Anwar hanya untuk jatuhkan Muhyiddin dengan undi tidak percaya atau undi menolak usul semasa pembentangan Bajet 2021.

Itu hal peribadi UMNO dan Bersatu.

UMNO dakwa Anwar tetap tidak boleh jadi PM, jika masih bersama DAP.

Apa bukti UMNO mahu sokong Anwar?

Pada sesi pembentangan Bajet 2021 bacaan kedua oleh Menteri Kewangan, Anwar telah mencelah untuk mengusulkan supaya YDP Speaker membenarkan baki semua Ahli Parlimen masuk ke dalam Dewan Rakyat.

Walaupun YDP Speaker memberitahu keputusan untuk mengehadkan bilangan Ahli Parlimen kepada 80 orang adalah dibuat secara konsensus oleh semua Ketua Whip Parti.

Tetapi Anwar, Lim Guan Eng serta beberapa Ahli Parlimen UMNO, bangun untuk mendesak YDP Speaker.

Hanya Ahli Parlimen PAS yang bangun untuk menyokong YDP Speaker supaya kekal dengan keputusan konsensus.

YDP Speaker juga telah menjelaskan semasa sesi pengundian Bajet nanti, semua Ahli Parlimen akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat.

Najib juga jelas memberi sokongan Bajet bersyarat yang sukar kepada TSMY, jika mahu sokongan UMNO.

Apa akan jadi jika undi usul Bajet tidak mendapat majoriti Ahli Parlimen?

Jika Bajet 2021 tidak dapat diluluskan, maka situasi “government shutdown” akan berlaku.

Perdana Menteri ada hak untuk tidak mahu meletakkan jawatan, tetapi terpulang kepada YDPA mahu menerima atau tidak.

TSMY boleh menamakan pengganti, walaupun tanpa majoriti 112 Ahli Parlimen.

Apa beza undi tidak percaya dan undi tolak Bajet?

Setiap usul harus mendapat kelulusan YDP Speaker sebelum dibahaskan.

Ianya hendaklah dibuat secara bertulis kepada YDP Speaker, sebelum usul dibuat.

Biasanya lantikan YDP Speaker dilakukan oleh parti yang berkuasa dalam kerajaan.

Jadi untuk usul undi tidak percaya diluluskan oleh YDP Speaker adalah sangat tipis.

Maka undi untuk menolak Bajet ini adalah satunya peluang terbuka untuk pihak pembangkang memalukan pihak kerajaan.

Apa pilihan yang PM ada jika Bajet tidak diluluskan?

Samada pembentangan semula Bajet Alternatif, atau dengan meletakkan jawatan, tanpa membubarkan Kabinet.

Kecualilah YDPA tidak berkenan TSMY meletakkan jawatan, lalu mengisytiharkan darurat pentadbiran atas nasihat TSMY buat kali kedua.

Pembubaran Parlimen untuk PRU15 mungkin terlalu awal, tambahan pula kes Covid-19 sedang meningkat.

PAS sokong Anwar juga?

PAS masih memegang prinsip, dimana selagi Anwar bersama DAP, selagi itu PAS tidak akan menyokong Anwar.

PAS tiada masalah dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional.

TSMY akan letak jawatan?

YDPA tidak akan perkenan TSMY meletak jawatan.

Situasi TSMY dan Tun M tidak sama kerana Tun M adalah PM lantikan Pakatan Harapan, manakala TSMY pula adalah PM lantikan YDPA.

YDPA berani ke, tolak rancangan Anwar jatuhkan TSMY?

Ini bukan masalah berani atau tidak, tapi samada YDPA mahu masuk campur politik negara atau tidak.

Jika YDPA tidak mahu masuk campur politik negara, maka darurat tidak akan diisytiharkan.

YDPA juga mungkin tidak akan terima apa-apa lagi usul politik untuk menukar PM dan sebagainya, hingga PRU15.

YDPA tak beri peluang Anwar jadi PM9?

Mengapa Anwar pilih untuk persembahkan jumlah Ahli Parlimen sahaja tanpa memberi senarai penuh pada 13 Oktober kepada YDPA?

Bukankah ini strategi licik Anwar dan DAP untuk memberi tekanan kepada YDPA?

Anwar dakwa ada majoriti lebih dari 120 Ahli Parlimen untuk mengadap YDPA?

Anwar tidak boleh jatuhkan Perdana Menteri dengan hanya membawa sejumlah Ahli Parlimen.

Ini kerana kerusi Perdana Menteri tidak kosong, seperti yang telah berlaku semasa Tun M letak jawatan.

Sebenarnya hanya seorang Perdana Menteri atau Ketua Menteri sahaja yang layak mengadap YDPA, untuk memaklumkan situasi semasa kedudukan sokongan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Seperti yang berlaku di Sabah, apabila Shafie Afdhal sebagai Ketua Menteri mengadap TYT Sabah untuk memohon pembubaran DUN Sabah.

Bagaimana jika TSMY terpaksa juga meletak jawatan serta membubarkan Parlimen?

Maka YDPA pasti akan menggunakan kuasa Baginda untuk mengisytiharkan darurat pentadbiran atas nasihat Perdana Menteri.

Dimana YDPA akan menjadi Ketua Negara, bersama seorang Perdana Menteri interim, sehinggalah tiba masa yang sesuai untuk melaksanakan Pilihanraya Umum ke 15.

Bukankah ini rancangan jahat Tun untuk gugat Institusi Raja Melayu?

YDPA dan Raja Melayu pasti sudah membaca rancangan Tun, sejak dari perletakan jawatan Tun untuk halang Anwar jadi PM.

YDPA tidak akan membenarkan pertukaran PM kali kedua ini hanya dengan mengusulkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Pertukaran Perdana Menteri mesti melalui PRU15 atau perletakan jawatan TSMY.

Rakyat harus berdoa akan kesejahteraan YDPA.

Sampai nak isytihar darurat sebab takut Anwar jadi PM9?

Bukan masalah takut, tapi bijak menggunakan kuasa yang ada.

Dengan YDPA sebelum ni bolehlah Anwar buli, sampai letak jawatan Sultan Kelantan, gara-gara Anwar desak nak bagi Tommy Thomas jadi Peguam Negara, supaya boleh gugurkan kes rasuah banglo dan terowong bawah laut Lim Guan Eng.

YDPA Sultan Pahang pernah berguru dengan Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS.

Bukan calang-calang untuk Anwar nak buli.

Anwar tahu Raja Melayu tak sokong beliau?

Anwar tahu, dan kerana itu Anwar sanggup berbuat apa sahaja termasuk membawa UMNO ke dalam Pakatan Harapan, demi untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi PM9.

Malah tidak mustahil kuasa asing seperti Amerika akan dilibatkan jika YDPA enggan menerima usul beliau untuk menjadi PM9.

Agong ada kuasa untuk isytihar darurat?

Inilah yang paling DAP takut, sebab tu DAP nak sangat Malaysia tandatangan ratifikasi penuh untuk Statut Rom, supaya Raja Melayu boleh dibicara di Mahkamah Antarabangsa The Hague, Belanda diatas tuduhan mengisytihar darurat tanpa sebab yang kukuh.

Dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh isytihar darurat sebelum berlakunya ancaman ketenteraman, ekonomi atau keselamatan.

YDPA juga boleh meluluskan apa sahaja undang-undang yang dirasakan perlu tanpa melalui Parlimen yang dinamakan Perintah Ordinan.

Apa-apa Ordinan yang diluluskan YDPA tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah walaupun bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tempoh kuatkuasa perintah Ordinan YDPA adalah 6 bulan selepas perintah darurat ditamatkan.

Mahkamah tiada kuasa untuk melayan sebarang permohonan untuk mencabar kewajaran Perintah Ordinan YDPA.

Walaubagaimanapun, kuasa YDPA tersebut adalah terhad dimana Ordinan YDPA tidak boleh selari dengan peruntukan berkaitan agama, bahasa dan kewarganegaraan.

Parlimen yang bersidang semasa tempoh darurat juga tidak boleh menyentuh hal agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.

Kuasa seorang YDPA adalah besar sebenarnya, hampir menyamai seorang Khalifah Islam, dan sekarang ada pihak yang cuba menekan YDPA supaya menggunakan kuasa yang ada, supaya mereka boleh hasut rakyat untuk mempertikai dan membenci YDPA.

Mereka mahu samakan dengan negara Thailand yang ingin menggulingkan Raja mereka, walhal sistem beraja Thailand adalah sistem Raja Monarki.

Jauh berbeza dengan sistem Raja Berperlembagaan Malaysia.

Bukankah peguam yang saman YDPA tu berbangsa Melayu?

Sebenarnya beliau adalah seorang peguam Melayu penyokong Pakatan Harapan.

Buktinya, beliau pernah menggesa SPR mengenakan tindakan undang-undang terhadap Tuan Guru Haji Hadi, ketika berkempen semasa PRK Cameron.

Haji Hadi didakwa menggunakan unsur ugutan agama di dalam satu ceramah di Cameron Highlands.

Yang menghairankan, mengapa beliau tidak mencabar tindakan YDPA, ketika melantik Tun M sebagai PM Interim, walhal tiada pun peruntukan dalam Perlembagaan Negara.

Walaupun bidang kuasa mahkamah tidak boleh mengheret YDPA, tetapi tindakan ini dilihat sebagai strategi jangka panjang untuk menghasut serta menghina YDPA.

Ianya bakal dijadikan “precedental case”, dimana sebelum ini belum mempunyai rujukan kes, selain dari 2 kes rujukan sedia ada.

PH jatuh sebab rampasan kuasa?

Tun M sebenarnya ada pilihan untuk tidak membubarkan Kabinet semasa meletakkan jawatan pada Feb 2020.

Malah Tun M dinasihati YDPA, agar menarik balik surat perletakan jawatan.

Pakatan Harapan sebenarnya masih ada 111 MP, selepas 141 kerusi PH ditolak 30 kerusi Bersatu dan PKR Azmin.

Malah Tun M pernah menamakan pengganti beliau pada 2003 iaitu Paklah, serta Paklah pula menamakan Najib pada 2009.

Ada yang cakap kerajaan PN ni tebuk atap la, pintu belakang la?

Kerana ini PAS tidak pernah menyokong mana-mana undi tidak percaya atau undi menolak Bajet di Dewan Rakyat.

PAS juga amat tidak bersetuju dengan amalan lompat parti.

Ini antara sebab PAS tidak mahu lagi bersama dengan Pakatan Rakyat, dimana Anwar sering mengetuai rancangan menjatuhkan kerajaan secara pintu belakang.

Bermula selepas Pakatan Rakyat menidakkan majoriti dua pertiga BN pada PRU12 pada 2008, serta merampas 3 negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

PAS membantah rancangan “16 September”, “Langkah Kajang”, tolak Bajet 2010, Bajet 2016, Bajet 2018 dan terbaru, tolak Bajet 2021, selepas gagal dalam kempen undi tidak percaya kepada Tun M.

Jelas Anwar lah yang sepatutnya diberi gelaran “Papa Pintu Belakang” kerana sering tidak sabar untuk menjadi seorang Perdana Menteri dari era Tun M, Paklah, Najib dan sekarang Muhyiddin.

Bukankah PKR satunya parti berbilang kaum terbesar?

Inilah senjata utama jika mahu meliberalkan Islam, iaitu menanam persepsi kepada rakyat bahawa perkauman itu adalah satu kesalahan.

Selepas perkauman berjaya diliberalkan, maka giliran agama pula.

Hanya inilah peluang untuk musuh Islam menggunakan sebahagian umat Islam untuk bersama mereka, dan menentang majoriti umat Islam yang lain.

Buktinya di dalam PKR, Ahli Parlimen bukan Islam adalah lebih ramai dari Islam, walaupun ketuanya adalah Islam.

Di Indonesia, Thailand dan Singapura sudah berjaya mereka liberal dan sama ratakan agama dan bangsa.

Tetapi akhirnya bangsa Cina juga yang memberontak, kononnya ditindas hak jati diri mereka seperti di Hong Kong dan Thailand.

Maka terbukti sistem perkauman di Malaysia adalah lebih baik, kerana hak sesuatu kaum itu tidak disekat, bahkan diraikan.

Asalkan saling hormat menghormati diantara kaum, sudah cukup memadai untuk Malaysia menjadi satunya negara yang paling aman di dunia, dengan 3 kaum utama di dalamnya.

Kenapa pengundi Melayu perlu tolak DAP?

DAP ialah PAP.

Logo, nama dan visi mereka juga hampir serupa.

PAP di Singapura telah berjaya hapuskan kuasa Raja Melayu iaitu Kesultanan Johor di Singapura.

Buktinya, kini hanya Masjid Sultan Abu Bakar di Singapura, yang dibenarkan melaungkan azan menggunakan pembesar suara.

Belum lagi bab penyertaan dalam kerajaan dan tentera, biasiswa serta bantuan kepada kaum Melayu di Singapura yang dinafikan sekian lama.

Melayu Singapura hanya boleh berbangga dengan artis-artis mereka seperti P. Ramlee, M. Nasir, Ramli Sarip, Khatijah Ibrahim dan ramai lagi.

DAP hanya ada 42 Ahli Parlimen kan?

Perlu diingat, 42 MP DAP itu belum termasuk lagi hampir 20 MP berbangsa Cina dan India dalam PKR.

Jumlah mereka sebenarnya melebihi 60 Ahli Parlimen yang dalam diam sedang menentang kuasa Raja-Raja Melayu.

Jangan sesekali lupa ketika mana DAP melalui Pakatan Harapan yang berkuasa 22 bulan telah cuba melengkapkan ratifikasi perjanjian ICERD yang telah lama ditahan UMNO.

Dan cuba pula meratifikasikan perjanjian Statut Rom untuk menghapuskan imuniti Raja Melayu kepada undang-undang antarabangsa.

60 Ahli Parlimen Cina dan India boleh jatuhkan Raja Melayu?

Sebab tu DAP dan PKR menghasut Amanah untuk tinggalkan PAS, begitu juga Bersatu untuk tinggalkan UMNO.

Tanpa pengkhianat Melayu, Raja Melayu tidak akan jatuh.

Buktinya Pakatan Harapan telah memenangi PRU14 walaupun majoriti undi masih kepada BN dan PAS dengan kelebihan hampir 2% undi popular bersamaan lebih 300 ribu undi dari 12 juta undi keseluruhan.

Habis tu, kenapa nak takut jika Anwar dan DAP tukar sistem baru pilihanraya?

Masalahnya, BN kalah PRU14 disebabkan fitnah melampau kepada Najib hanya disebabkan dendam Tun kepadanya.

Najib mungkin ada mengambil wang negara, tapi Najib juga menjaga rakyat dengan baik.

Kekalahan BN juga disebabkan tidak bersatu bersama PAS semasa PRU14.

Jahat sangat ke Najib sampai BN pertama kali tewas PRU selepas 60 tahun memerintah?

Sentimen anti Najib dan Rosmah telah berjaya dimainkan Rafizi Ramli selaku ketua strategik PKR ketika itu.

Beliau bertanggungjawab menubuhkan gerakan Invoke, yang menggunakan media sosial secara besar-besaran untuk memburukkan imej Najib dan Rosmah.

Gerakan Invoke ini banyak disertai cybertrooper berbangsa Cina dari DAP.

Kenapa kaum Cina benci Najib ketika PRU14?

Kaum Cina bukan seperti bangsa Melayu yang mudah ditipu oleh Rafizi Ramli.

Masih ingat isu kapal selam Scorpene yang kononnya tidak dapat digunakan?

Isu pembunuhan Altantuya yang kononnya diarah bunuh oleh Rosmah dengan bom C4?

Masih ingat isu cincin berlian pink bernilai jutaan ringgit yang kononnya dibeli Rosmah?

Banyak lagi siri fitnah yang dicipta Rafizi Ramli demi untuk menumbangkan BN.

Kaum Cina hanya benci Najib disebabkan cukai GST, sebab Felda yang berjaya menjadi Raja Gula baru mengalahkan Robert Kuok, sebab Tabung Haji dan Sime Darby yang berjaya menguasai industri sawit daripada penguasaan IOI,

Wilmar dan KLK, dan YTL pula dipaksa menurunkan harga IPP kepada TNB, setelah saham mereka berjaya dikuasai oleh 1MDB.

Ada yang kata Najib ialah Menteri Kewangan terburuk Asia Tenggara?

Benda baik memang selalu kena fitnah.

Aset LTAT naik RM10 bilion dari hanya RM1.4 bilion semasa zaman Tun, aset Tabung Haji naik RM63 bilion dari hanya RM12 bilion, rizab Petronas naik RM128 bilion dari hanya RM37 bilion, aset KWSP naik RM791 bilion dari hanya RM219 bilion dan aset PNB naik RM279 bilion dari hanya RM59 bilion semasa zaman Tun.

Disebabkan aset negara yang tinggi, maka dasar BN semasa era Najib ialah membantu rakyat dengan membina peluang pekerjaan di sektor awam, bantuan sara hidup, bantuan petani, pesawah, nelayan, penoreh, OKU, ibu tunggal serta warga emas.

Najib kan kena dakwa di Mahkamah Tinggi? Dah didapati bersalah pun?

Ramai yang tidak tahu bahawa kesalahan Najib dalam kes penyelewangan dana SRC hanyalah untuk membina sebuah tangki air di rumahnya untuk kegunaan puluhan pegawai pengiring bermandi sebelum solat.

Selain dari itu kesalahan Najib dalam kes SRC hanyalah untuk kegunaan UMNO dan UPKO yang kemudiannya melompat ke Warisan, untuk NGO seperti Rumah Penyayang Tun Razak, barang kemas untuk dihadiahkan kepada kerabat Diraja Negara Timur Tengah dan barang untuk jemaah Haji.

Tiada pun dana SRC diguna pakai untuk bermewah.

Siapa Ketua Hakim kes perbicaraan SRC?

Ketua Hakim Negara masih lagi Richard Malanjum yang dilantik semasa zaman PH berkuasa.

Beliau dilantik ke dalam Berjaya Land, dimana ialah syarikat kroni kepada Tun M.

Beliau secara terbuka berkempen untuk Warisan semasa PRN Sabah.

Peguam Negara ketika itu juga adalah bekas peguambela kepada Lim Guan Eng.

Hakim yang mengadili kes SRC pula dipilih dan diluluskan oleh Ketua Hakim yang juga jelas menyokong parti lawan Najib iaitu Pakatan Harapan.

Kes SRC Najib juga diadili oleh hakim yang sebelumnya mengendalikan kes sivil dan bukan kesalahan jenayah.

Kesalahan sivil amat mudah untuk pendakwa mencari bukti berbanding kes jenayah yang memerlukan bukti yang mencapai “melangkaui keraguan munasabah” atau “beyond reasonable doubt” ataupun bahasa mudahnya bukti yang melebihi 90% tanpa keraguan.

Manakala pendakwaan kes sivil pula hanya memerlukan “keseimbangan kemungkinan” atau balance of probability”, bermakna bukti jika melangkau 50% sudah boleh didapati bersalah.

Jadi masih ada keraguan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi dek kerana Ketua Hakim dari parti lawan serta hakim yang bukan dari bidang kesalahan jenayah.

Apa bukti DAP mahu tukar sistem pilihanraya?

Satu jawatankuasa khas (ERC) telah ditubuhkan oleh Tun M hanya beberapa bulan selepas Pakatan Harapan menang PRU14 yang lalu.

Tun mengarahkan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid yang diketahui umum adalah pro Tun, beliau adalah Naib Presiden Bersatu, untuk membuat kertas kerja interim dan membentangkan kepada Perdana Menteri dalam masa 24 bulan.

Pembentangan interim tersebut telah dilakukan sebelum Tun M meletak jawatan pada Januari 2020.

Jawatankuasa ini disokong oleh pertubuhan Bersih dan Merdeka Centre yang pro Pakatan Harapan.

10 ahli jawatankuasa juga dilantik di kalangan penyokong Pakatan Harapan.

Apa benda yang nak ditukar ERC ni?

Ringkasnya, sistem ‘first fast the post’ atau bilangan kerusi Parlimen ditentukan oleh jumlah undi dan bukan lagi jumlah kerusi yang dimenangi sesebuah parti.

Contohnya jika Pakatan Harapan memenangi sejumlah 51% undi popular majoriti mudah pada PRU15, maka bilangan Ahli Parlimen juga adalah 51% dari jumlah 222 kerusi Parlimen.

Dengan cara ini, maka Pakatan Harapan masih berpeluang untuk memenangi PRU15, sebaliknya mereka tiada peluang jika sistem lama digunakan.

Bukankah sistem baru ini telah dilaksanakan di negara maju?

Demografi kawasan Parlimen di Malaysia tidak sama dengan negara seperti Australia, New Zealand, Jerman dan sebagainya.

Dimana di Malaysia jumlah penduduk Parlimen luar bandar adalah jauh berbeza dengan di bandar.

Di Malaysia juga masih terdapat isu pendatang yang mempunyai kad pengenalan biru, terutamanya dari pelancong warga China yang tidak pulang.

Ini terbukti selepas satu sindiket didedahkan di JPN Pulau Pinang, yang diketuai seorang Cina berpangkat Dato’ serta melibatkan Timbalan Pengarah JPN tersebut.

Apa buktinya DAP ada kena mengena dengan sindiket tersebut?

Bukti mungkin tiada kerana mereka ini amat licik, tetapi dalam PRU14, DAP telah mendapat lebih dari 90% undi dari pengundi Cina.

Jika MCA yang mendalangi sindiket tersebut, pasti Pulau Pinang masih dibawah BN, sepertimana era Gerakan.

Bukankah undi popular BN dan PAS lebih dari Pakatan Harapan semasa PRU14?

Walaupun begitu, dengan menukar sistem pilihanraya kepada bilangan undi dan bukan lagi bilangan kerusi, sebenarnya akan membuka peluang untuk Pakatan Harapan memenangi PRU15, walhal mereka sebenarnya tiada peluang jika PRU15 masih menggunakan sistem lama.

Bukankah sistem baru ini lebih adil kerana berdasarkan bilangan undi dan bukan lagi kerusi parlimen?

Masalahnya, pelancong warga China masih ramai yang belum dibersihkan.

Mereka ini telah memegang kad pengenalan biru Malaysia yang sah dan layak mengundi.

Jumlah mereka mungkin mencecah ratusan ribu atau jutaan, tiada siapa yang dapat pastikan.

Mereka ini pastinya tinggal di bandar besar dan mengundi disana untuk meninggikan jumlah majoriti undi kepada Ahli Parlimen DAP.

Satunya cara untuk mengesan mereka ialah dengan meminta sijil kelahiran untuk membuktikan kewarganegaraan mereka.

Masih ingat Projek IC Sabah ketika BN dibawah Tun?

Apa masalahnya kalau pakatan Harapan menang PRU15 dengan sistem baru?

Masalahnya ialah DAP pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memecah sempadan pilihanraya, di semua 42 kawasan Parlimen bandar besar mereka.

Kali terakhir BN melakukannya pada 2017, dan tempoh yang dibenarkan ialah 8 tahun iaitu pada tahun 2025.

PRU15 akan dijalankan selewatnya pada tahun 2023.

Habis tu apa masalahnya, kalau DAP nak pecah sempadan Parlimen derang?

Masalahnya, jika dipecahkan kelak, maka angka 42 MP DAP sekarang akan berganda menjadi kepada 126, iaitu 3 kali ganda bilangan Ahli Parlimen mereka sekarang.

Setiap kawasan Parlimen mereka mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu lebih kurang 3 kali ganda Parlimen luar bandar milik BN dan PAS.

Habis apa masalahnya kalau DAP ada 126 MP sekalipun?

Jika jumlah kerusi Parlimen Dewan Rakyat berjumlah 300 kerusi, iaitu pertambahan sebanyak 78 kerusi, maka majoriti mudah ialah 151 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya 26 kerusi sahaja dari PKR, Amanah mahupun Bersatu untuk memerintah sebagai parti dominan.

Habis tu BN dan PAS tak boleh pecah kawasan Parlimen?

Kawasan Parlimen BN dan PAS hampir semuanya mempunyai jumlah penduduk yang rendah.

Parlimen seperti Hulu Perak, Pekan dan beberapa lagi yang luasnya seperti sebuah negeri, tetapi mempunyai jumlah penduduk yang rendah.

Apa akan jadi kalau DAP jadi dominan dalam kerajaan persekutuan?

Jadilah seperti Singapura, bangsa Melayu yang hampir 20% jumlah penduduk, tapi macam tak wujud pun.

Dari 10 parti yang bertanding dalam PRU Singapura yang lepas, tiada satu pun wakil dari parti Melayu.

Presiden Singapura pertama wanita berbangsa Melayu itu pun dari parti PAP.

Kerusi PAP ada hampir 100 dari semua 101 kerusi yang dipertandingkan.

Walhal jumlah pengundi di Singapura hanyalah sekitar 2.5 juta, tapi kerusi Parlimen sampai 101.

Apa masalahnya kalau Singapura ada 101 kerusi Parlimen?

Masalahnya, satu kawasan Parlimen jika dibahagikan dengan jumlah penduduk Singapura yang hampir 5 juta, hanyalah berjumlah sekitar 50k pengundi sahaja di satu kawasan Parlimen secara purata.

Berbanding 222 kawasan Parlimen Malaysia, jika dibahagikan dengan 30 juta jumlah penduduk Malaysia, purata sebanyak 135k pengundi untuk setiap kawasan Parlimen.

Iaitu hampir 3 kali ganda lebih ramai dari Singapura.

Jadi?

Sebab tu sampai sekarang, PAP tidak boleh digugat mana-mana kuasa, dengan menguasai sejumlah besar kerusi Parlimen di Singapura, walhal jumlah penduduk kaum Cina di Malaysia juga adalah sekitar 20%, tetapi mempunyai hampir 60 kerusi Parlimen dalam DAP serta PKR, dan akan bertambah menjadi 126 kerusi jika Anwar menjadi PM9.

DAP boleh ubah Perlembagaan Negara?

Masih ingat krisis Perlembagaan pada tahun 1993, semasa Tun M menjadi PM?

Tun telah berjaya mendapat sokongan majoriti dua pertiga Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang untuk mengubah kuasa tandatangan YDPA, untuk tidak meluluskan usul yang dibawa dari sidang Parlimen dengan majoriti dua pertiga.

Bermakna suatu undang-undang akhirnya boleh diguna pakai walaupun tidak mendapat perkenan YDPA.

Mahkamah Khas Raja-Raja juga telah ditubuhkan pada tahun 1993.

Jadi adalah tidak mustahil untuk DAP menggunakan kuasa dua pertiga Parlimen untuk mengubah Perlembagaan, dengan menggunakan Anwar dan Mat Sabu untuk mendapatkan sokongan dari kaum Melayu.

Yang menjadi benteng terakhir, adalah Majlis Raja-Raja yang boleh menafikan kuasa Parlimen dua pertiga sekiranya ada melibatkan agama Islam, adat istiadat Bumiputra Melayu,

Sabah dan Sawarak atau melibatkan bahasa, kewarganegaraan dan agama.

Masih ingat Majlis Raja-Raja yang bersidang dan menolak usul Dewan Rakyat dari Pakatan Harapan untuk menandatangani serta meratifikasi perjanjian Statut Rom?

Macam mana jika Anwar berjaya jadi PM9?

Jika YDPA gagal menahan TSMY dari meletak jawatan, dan Anwar pula mohon mengadap untuk membawa lebih dari 112 sokongan Ahli Parlimen termasuk dari UMNO, maka PAS berpeluang untuk bertanding solo di PRU15 dan mendapat lebih 6 juta undi dari penyokong UMNO serta PAS seperti pada PRU14 lalu.

Boleh ke PAS menang PRU15 tanpa UMNO?

PRU14 menunjukkan peningkatan sokongan kepada PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah serta Pahang, bahkan PAS berjaya menembusi kubu kuat PKR di Selangor dengan satu kerusi DUN.

Anwar dan Mat Sabu ni masih ada ke penyokong Melayu?

Dari segi fakta, jumlah penduduk Melayu di Parlimen Kota Raja milik Mat Sabu dan Anwar di Port Dickson hanyalah sekitar 40% sahaja, manakala hampir 60% penduduk di kedua kawasan Parlimen tersebut adalah bukan Melayu.

Asal Parlimen Mat Sabu ialah di Terengganu dan Kedah ketika bersama PAS, manakala Anwar pula dari Parlimen Permatang Pauh yang semakin berkurangan sokongan kepada PKR.

Berapakah bilangan Ahli Parlimen Melayu dalam Pakatan Harapan sebenarnya?

Dalam Pakatan Harapan, bilangan Ahli Parlimen bukan Melayu sebenarnya lebih ramai, apatah lagi selepas Bersatu dan PKR Azmin keluar dari Pakatan Harapan.

Dari 50 Ahli Parlimen PKR, hampir separuh ialah bukan Melayu.

Ahli Parlimen Melayu dalam PKR pun hampir semuanya hanya dari Selangor.

Ada harapan Pakatan Harapan untuk menang PRU15?

Jika berdasarkan PRU14, dimana Pakatan Harapan berada dalam prestasi tertinggi akibat sentimen anti Najib dan Rosmah, DAP tidak lagi mampu menambah kerusi dari 42 yang dimenangi mereka.

Ini kerana hampir 90% pengundi Cina menyokong DAP ketika PRU14.

PKR juga tidak mampu menambah 50 kerusi mereka kerana hampir semua Parlimen Melayu di Lembah Kelang, telah dimenangi PKR.

Amanah juga pasti tidak mampu mempertahankan 11 kerusi yang mereka rampas dari PAS.

Berdasarkan siri PRK yang lepas serta PRN di Sabah, sokongan kaum Cina kepada DAP telah semakin berkurang, serta sokongan Melayu di Lembah Kelang kepada PKR pula semakin lemah, akibat perpecahan Azmin dan pemimpin lama PKR yang menentang Anwar.

Kerajaan Perikatan Nasional hanya ada 113 kerusi Parlimen sahaja?

Keputusan pertama PRU14, Pakatan Harapan sebenarnya hanya memenangi sebanyak 113 kerusi sahaja, hanya lebih 1 kerusi majoriti dari 112 kerusi minimum untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Hanya disebabkan 9 Ahli Parlimen Warisan yang memberi sokongan kepada Pakatan Harapan menjadikan jumlah 122 kerusi.

Ditambah pula 14 Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti ke Bersatu dan Bebas menjadikan parti Bersatu berjumlah 26 Ahli Parlimen dari hanya 13 semasa keputusan PRU14.

Ini menjadikan jumlah kerusi Pakatan Harapan berjumlah 139 kerusi, termasuk 3 dari UPKO, Star dan PSB yang melompat dari BN serta menyatakan sokongan kepada blok Pakatan Harapan.

Jadi sebenarnya Pakatan Harapan yang benar-benar memenangi PRU14 yang lalu, dengan majoriti mudah yang amat tipis iaitu sebanyak 113 kerusi Parlimen sahaja.

Habis tu berapa sebenarnya bilangan kerusi Perikatan Nasional sekarang?

Jika blok Pakatan Harapan memenangi PRU14 dengan hanya 113 kerusi, blok BN dan GS pula berjumlah 97 kerusi dimana BN dengan 79 kerusi dan PAS 18 kerusi.

9 kerusi lagi dari Warisan Sabah serta 3 dari UPKO, PSB serta Star, berjumlah kesemua 222 kerusi.

Kedudukan ini berubah apabila semua parti komponen Sabah dan Sarawak BN keluar membawa sejumlah 38 Ahli Parlimen dari Sarawak yang bersatu membentuk GPS dengan 19 kerusi, serta 14 lagi dari Sabah yang bersatu membentuk GBS, kecuali 9 dari Warisan yang menyokong Pakatan Harapan serta 5 Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti.

Ketika itu BN hanya tinggal 41 kerusi bersama UMNO, MCA serta MIC.

19 Ahli Parlimen dari GPS Sarawak pula menyertai Gagasan Sejahtera bersama PAS, manakala 5 dari GBS masih menyokong blok BN.

Maka 42 kerusi dari BN, PAS 18, GPS 19 dan GBS 5 Ahli Parlimen berjumlah 84 kerusi sebelum kemasukan pula Bersatu kecuali Tun M, Mukhriz, Syed Saddiq serta Maszlee berjumlah 20 Ahli Parlimen.

Manakala blok PKR Azmin membawa sejumlah 10 Ahli Parlimen juga keluar dari Pakatan Harapan dan menyertai Bersatu kemudiannya.

Jadi bilangan sebenar Ahli Parlimen Perikatan Nasional adalah berjumlah 114 sebenarnya, dari BN 42, PAS 18, GPS 19, GBS 5, Bersatu 20, serta PKR Azmin 10.

Berapa pula bilangan MP PH sekarang?

PKR dari 50 kerusi Parlimen semasa PRU14, kini hanya tinggal 40 kerusi setelah 10 Ahli Parlimen keluar bersama Azmin.

DAP dan Amanah pula masih kekal dengan 42 dan 11 Ahli Parlimen mereka sejak dari PRU14, menjadikan jumlah terkini ialah 108 kerusi Parlimen Pakatan Harapan termasuk 9 dari Warisan serta 3 dari UPKO, Star dan PSB, serta Bebas 3.

Maka jika jumlah kesemua 222 MP Dewan Rakyat ditolak 108 yang masih bersama di dalam Pakatan Harapan, maka bakinya haruslah sebanyak 114 kerusi Parlimen di blok Perikatan Nasional.

Adakah kesemua 39 Ahli Parlimen UMNO masih menyokong blok Perikatan Nasional ini?

UMNO mungkin telah sedikit berpecah akibat permainan Tun M yang licik, yang meletakkan Bersatu ke dalam Perikatan Nasional, serta tekanan dakwaan mahkamah kepada Najib dan Zahid.

Manakala Azmin Ali yang diketahui gemar melompat kesana sini, untuk kepentingan dirinya.

Jika UMNO bijak dan tahu peluang mereka untuk memenangi PRU15, cukup hanya dengan bersatu bersama PAS dalam Muafakat Nasional, maka mereka tidak akan melompat ke dalam Pakatan Harapan yang sudah tiada harapan untuk menang PRU15, kerana akan kehilangan kembali 30 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU14 lalu, atas dasar pecahan undi UMNO dan PAS.

Jika begitu, adakah prestasi Pakatan Harapan sebenarnya tidak berganjak dari PRU13 ke PRU14?

Boleh dikatakan hampir tepat, kerana pada PRU13, Pakatan Rakyat memenangi sejumlah 90 kerusi.

Itu pun PAS menyumbang sejumlah 22 kerusi.

Jadi jika ditimbal balik 11 kerusi yang dimenangi Amanah pada PRU14, maka sebenarnya PAS hanya mendapat 11 kerusi Parlimen ketika PRU13.

Jadi prestasi Pakatan Harapan adalah sebenarnya semakin merosot.

Buktinya ketika PRU13, jumlah undi popular Pakatan Rakyat adalah lebih dari undi BN walaupun tewas.

Namun pada PRU14, jumlah undi popular Pakatan Harapan adalah sebenarnya kurang dari jumlah undi BN dan GS jika digabungkan, walaupun Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Habis tu siapa pula yang mendapat peningkatan undi dari PRU13 ke 14?

Menurut laman Wikipedia untuk keputusan PRU14, jumlah undi popular Pakatan Harapan hanyalah 45.68%, BN 33.80%, GS 16.90% serta Warisan 2.32%.

PAS adalah satunya parti yang menurun jumlah kerusi dari 21 kerusi pada PRU13 kepada 18 kerusi pada PRU14, tetapi mendapat peningkatan undi sebanyak 1.83%.

Perlu diingat, PAS bertanding PRU14 secara solo, selepas Amanah keluar sebelum PRU14.

Jadi sokongan kepada PAS adalah “solid”.

Kerana ini PAS, walaupun hanya dengan 18 kerusi Parlimen tetapi menguasai 3 negeri termasuk Kedah, selain dari Kelantan serta Terengganu.

Ini kerana hanya dengan 18 kerusi Parlimen, PAS mendapat sejumlah 2,051,188 undi atau sebanyak 16.90%.

Meningkat sebanyak 1.83% dari PRU13.

Untuk perbandingan, jumlah undi popular Pakatan Harapan hanyalah berjumlah 5,518,638 undi, manakala BN pula berjumlah 4,080,797 undi pada PRU14.

Ini bermakna PAS yang hanya mempunyai sejumlah 18 kerusi, sebenarnya mendapat undi lebih separuh dari BN, dan hampir separuh dari Pakatan Harapan yang mempunyai gabungan 4 parti.

Disebabkan fakta ini, maka PAS amat digeruni oleh Tun M, Anwar serta DAP.

Kenapa dulu PAS boleh berkawan dengan DAP dan sekarang tidak?

Dulu BN dibawah diktator Tun M, peruntukan bekalan air 60 juta yang sepatutnya diterima negeri Kelantan pada tahun 1990, telah disekat hanya kerana PAS dan Semangat 46 ketika itu berjaya merampas Kelantan dari BN.

Ketika itu Presiden PAS arwah Fadzil Noor juga bersama Anwar serta DAP untuk menentang Tun dalam BN.

Begitu juga semasa era arwah Tuan Guru Nik Aziz.

Hanya di era Tuan Guru Haji Hadi sahaja BN kurang menyerang PAS setelah Pak Lah dan Najib menjadi PM.

Bukankah UMNO itu parti perasuah dan pencuri?

Yang mencuri dan rasuah mungkin ahlinya tapi bukan parti.

Siapa yang bersalah, pasti akan dihukum.

Masalahnya kesalahan mencuri dan rasuah tidak melibatkan akidah.

Jauh lebih bahaya politik liberal, wahabi, syiah serta kafir harbi.

3 golongan yang halal darahnya dalam Islam ialah si penzina yang telah berkahwin, si pembunuh yang sengaja dan si murtad yang keluar dari jemaah Islam dan menentang pula Islam.

Bukankah UMNO yang banyak menjual tanah rezab Melayu?

UMNO memang banyak jual tanah rezab Melayu, tetapi jual kepada GLC kerajaan sendiri yang dikuasai bangsa Melayu.

Hasilnya dinikmati bersama segenap rakyat Malaysia.

Berbeza dengan DAP ketika Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Dijualnya semua aset strategik kerajaan, terutamanya yang dikuasai UMNO kepada taikun dari Singapura.

Bukankah UMNO yang beri kerakyatan kepada 1.2 juta kaum Cina dan India melalui Suruhanjaya Reid pada tahun tahun 1957?

UMNO bukan sahaja setuju berkongsi negara dengan kaum Cina dan India sebelum merdeka, bahkan hak untuk mendapat surat beranak, kad pengenalan, paspot antarabangsa, bebas memiliki tanah, hak sekolah vernakular, hak rumah ibadah, hak tulisan sendiri, hak akhbar sendiri, hak penempatan sendiri, hak mengundi, hak melantik pemimpin sendiri, hak bekerja dalam sektor awam, hak berpersatuan, hak mendirikan kolej serta universiti sendiri, layak menjadi senator, ADUN serta Ahli Parlimen, hak menjadi duta atau perwakilan luar negara dan banyak lagi.

Tidak cukupkah bukti bahawa UMNO bukan dan tidak sesekali pernah menjadi parti yang rasis kepada bangsa lain?

Hanya DAP yang telah menghasut kaum Cina agar melupakan segala jasa 60 tahun UMNO kepada bangsa lain.

Mengapa Amanah keluar dari PAS?

Dalam PAS sudah lama wujud kumpulan yang mereka gelarkan sebagai G18, kononnya mereka itu Islam progresif, dan menentang Islam konservatif.

Walhal sebenarnya mereka menentang Tuan Guru Haji Hadi yang mula menentang Anwar dan DAP serta mula berbaik dengan UMNO.

Mereka dakwa kononnya Tuan Guru Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz pasti akan menentang UMNO jika masih hidup.

Walhal penentangan PAS kepada UMNO hanya jika UMNO masih tidak meletak Islam di hadapan.

Apa bukti yang Amanah ni jahat?

Beberapa bulan selepas Pakatan Harapan menang PRU14, banyak masjid yang ditukar pengurusan tanpa sebab, terutamanya masjid yang sudah sedia ada penyokong Amanah.

Walhal BN dan PAS sudah lama bekerjasama dalam mentadbir kebanyakan masjid dan surau seluruh negara.

Exco Agama Negeri, Asmuni Awi selaku ADUN kawasan Manjoi di Perak, yang dulunya PAS dan menyertai Amanah, telah mengeluarkan arahan kepada sesetengah masjid di Perak untuk tidak lagi memperdengarkan bacaan Al Quran sebelum azan.

Seolah-olah menerima arahan dari DAP yang ketika itu menguasai kerusi DUN negeri Perak.

Walhal, ada masjid yang terletak dalam perkampungan Melayu, juga menerima surat larangan tersebut.

Apa masalah dengan orang Amanah ni? Bukan ke orang agama derang tu?

Itu akibatnya kalau berkawan sangat dengan DAP yang dah masuk kategori kafir harbi.

Larangan bacaan Al Quran sebelum azan di Perak, seakan senada dengan pewartaan larangan penggunaan pembesar suara selain dari azan dan iqamah di Pulau Pinang pada tahun 2015?

Manakala larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid di Singapura, walaupun untuk azan, kecuali Masjid Sultan Abu Bakar kepunyaan Kesultanan Johor.

Adakah semua itu hanya satu kebetulan sahaja?

Habis si Mujahid Rawa tu bukan ke taraf Ulama? Anak kepada Yusof Rawa, pengasas PAS?

Bak lirik lagu terkenal kumpulan nasyid lagenda Raihan, “Iman tak dapat diwarisi…dari seorang ayah yang bertakwa…Iman tak dapat dijual beli… Iman tidak ada di tepian pantai…Walau apa pun caranya jua…engkau mendaki gunung yang tinggi…engkau merentas lautan api…namun tak dapat jua memiliki…jika tidak kembali pada Allah”.

Maka inilah akibatnya jika berilmu, tetapi tak diseimbangkan dengan amalan.

Orang berilmu tidak semestinya beradab, tetapi orang beradab semestinya berilmu.

Mengapa rakyat Kelantan dan Terengganu semakin kuat sokong PAS?

Mereka mengundi bukan untuk air bersih, pembangunan, kemajuan dan sebagainya.

Boleh dikatakan hampir setiap rumah di Kelantan dan Terengganu ada sistem air tradisional dari bawah tanah dan tangki yang lebih bersih dan selamat, dari sistem air paip konvensional yang mengandungi klorin.

Mereka juga kebanyakannya bekerja sendiri atau berniaga.

Mereka tidak bergantung kepada pembangunan untuk maju.

Sebenarnya bangsa Melayu di Pantai Timur jauh lebih maju dari di Pantai Barat, kerana tidak berhutang.

Habis apa yang perlu dibuat penyokong UMNO dan PAS sekarang?

Fokus kepada PRU15 yang mungkin akan diawalkan, sebelum 2023.

Pengundi BN dan PAS yang telah mengundi pada PRU14 harus kekal fokus untuk memastikan sekurang-kurangnya 79 BN + 18 PAS + 30 MN = 127 kerusi Parlimen dimenangi Muafakat Nasional.

Terdapat 30 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan pada PRU14, hanya disebabkan perpecahan undi Melayu kepada UMNO dan PAS.

Itu pun jika UMNO masih mahu bersama MN.

UMNO dakwa PAS mementingkan diri untuk bersama PN?

PAS tidak akan sesekali bersama DAP dan PKR sekali lagi.

UMNO mungkin belum merasa betapa liciknya DAP dan PKR.

PAS tiada pilihan, selain kekal bersama Bersatu, GPS dan GRS untuk menghadapi PRU15.

Peluang PAS untuk berkuasa penuh di 4 negeri majoriti Melayu di Pahang selain Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak wajar dilepaskan.

Bersatu pula berpeluang cerah di Johor dan Perak.

Manakala GPS di Sarawak serta GRS di Sabah.

PKR dijangka kekal di Selangor dan Negeri Sembilan, DAP di Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang, manakala BN pula kekal di Perlis.

Bagaimana jika UMNO dan Bersatu juga menyokong Anwar sehingga PRU15?

Maka PAS boleh mengukuhkan Gagasan Sejahtera bersama GPS Sarawak yang mempunyai 19 kerusi Parlimen pada PRU14, serta GRS Sabah yang akan mempunyai sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen jika berdasarkan keputusan PRN Sabah 2020.

Dari 39 kerusi Parlimen UMNO, PAS berpeluang memenangi 35 kerusi, serta 25 lagi dari 30 kerusi MN.

Dari 11 kerusi Amanah, sekurang-kurangnya 5 kerusi akan kembali kepada PAS.

Jumlah 18 PAS + 19 GPS + 10 GBS + 35 UMNO + 25 MN serta 5 dari Amanah akan berjumlah 112 kerusi Parlimen, cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa UMNO, Bersatu, PKR, Amanah mahupun DAP.

Bagaimana jika Anwar berjaya jadi PM9 dan menukar sistem pilihanraya baru sebelum PRU15?

Pengundi di Pantai Timur yang tinggal di Lembah Kelang, berjumlah sekurang-kurangnya 1 juta pengundi.

Mereka boleh menukar alamat mengundi untuk menyokong kawasan Parlimen Melayu di Wilayah Persekutuan dan Selangor, untuk membantu kemenangan calon PAS.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen Melayu yang berpotensi untuk dimenangi calon PAS.

PAS pernah bertapak di Selangor sebelum PKR mengambil alih.

Terdapat lebih dari 4 juta rakyat yang layak mengundi masih belum mendaftar.

Majoritinya ialah berbangsa Melayu.

Mereka ini berpotensi untuk mengundi PAS dalam PRU15.

Pada PRU14 yang lepas, negeri Terengganu mencatat jumlah pengundi muda yang tertinggi negara.

Bagaimana dengan pengundi 18 tahun jika dilaksanakan sebelum PRU15, ada harapan ke UMNO dan PAS?

Undi 18 tahun hampir pasti tidak sempat dilaksanakan walaupun jika PRU15 diadakan pada tahun 2023.

Ini kerana SPR menyatakan bahawa 24 bulan dari tarikh September 2019 diperlukan iaitu pada September 2021.

Tiga akta juga masih perlu dipinda sebelum perlaksanaan iaitu Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Peraturan Pilihanraya 1981 serta 2002.

Negeri manakah yang akan mendapat kesan jika undi 18 dilaksanakan?

Dianggarkan seramai hampir 4 juta pengundi yang lahir pada tahun 1999, akan bertambah apabila undi 18 dilaksanakan jika mereka mendaftar sebelum tahun 2023.

Negeri yang paling ramai akan mempunyai pengundi 18 tahun ialah Selangor 275,678, Johor 188,684, Sarawak 138,573, Sabah 134,108, Perak 128,604, Kedah 120,456 dan Kelantan 108,823.

Bagaimana jika undi 18 dilaksana sebelum PRU15, apa peluang UMNO dan PAS?

6 negeri paling ramai pengundi 18 tahun seperti Johor, Sarawak, Sabah, Perak, Kedah serta di Kelantan sahaja berjumlah hampir 1 juta pengundi, tidak termasuk di Selangor.

Kesemua 6 negeri itu sekarang adalah dibawah pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional iaitu Kedah dan Kelantan adalah dibawah PAS, manakala Johor dan Perak Bersatu dan BN, Sabah GRS yang baru menang PRN 2020 serta Sarawak GPS yang bersama Gagasan Sejahtera.

Manakala negeri kubu kuat Pakatan Harapan seperti Selangor, Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan hanya akan mempunyai tambahan pengundi 18 tahun tidak sampai 500 ribu pengundi jika digabungkan.

Ini adalah berdasarkan sumber dari data JPN pada Jun 2019.

Orang muda nak negeri maju macam Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang?

Pulau Pinang tiada hutang yang besar dengan Kerajaan Persekutuan ialah kerana DAP begitu rancak menjual tanah kerajaan negeri kepada pemaju dari Singapura.

Perkhidmatan air Pulau Pinang yang cemerlang, sebenarnya hanyalah tipu daya kononnya satu penghinaan kepada negeri Kelantan.

Masih ingat pemegang saham individu terbesar dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, yang merupakan pengimpot dadah sintetik terbesar negara dari Amerika Selatan?

Dengan rampasan bernilai ratusan juta di Johor dan Selangor, serta yang terbesar di Pelabuhan Pulau Pinang bernilai lebih dari RM2 bilion?

Pegangan saham bernilai ratusan juta ringgit telah dibekukan.

Dan yang menariknya Lim Guan Eng ialah Pengerusi kepada kesemua 3 anak syarikat Perbadanan Air Pulau Pinang.

Begitu juga halnya dengan kerajaan PKR negeri Selangor yang menukar hutang negeri dengan Kerajaan Persekutuan ke dalam bentuk bon.

Kononnya menghina negeri Kelantan yang banyak berhutang.

Malah sistem bekalan air di Selangor yang diuruskan Syabas, iaitu anak syarikat kerajaan negeri juga amat bermasalah.

Kadar tergendala bekalan air di Selangor jauh lebih tinggi dari negeri Kelantan.

Kerajaan PAS negeri Kelantan masih memegang rekod sifar kes rasuah lebih dari 30 tahun sejak 1990, ketika PAS merampas Kelantan dari BN.

Apa yang nak ditakutkan sangat dengan DAP memerintah? Melayu di Pulau Pinang ok je?

Diskriminasi kaum telah pun berlaku di Pulau Pinang.

Peniaga Melayu tidak lagi dibenarkan berniaga di tepi jalan, tetapi peniaga Cina di bandar tidak pula diganggu.

Pada tahun 2015, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mewartakan larangan penggunaan pembesar suara selain dari azan dan iqamah di semua masjid dan surau.

Adalah menjadi satu kesalahan jika alunan bacaan Al Quran diperdengarkan sebelum masuk waktu solat, seperti mana yang biasa diamalkan di seluruh negara sekian lama.

Yang menghairankan, larangan ini ‘dipersetujui’ pula oleh Mufti Negeri serta YDP Pulau Pinang, bersama Jabatan Agama Negeri.

Bagaimana sidang DUN Pulau Pinang boleh meluluskan enakmen dan mewartakan undang-undang tersebut?

Banyak lagi kepincangan yang berlaku melibatkan penindasan kaum Melayu di Pulau Pinang sebenarnya.

Bukankah kerajaan DAP negeri Pulau Pinang telah menyumbang hampir RM500 juta kepada hal ehwal agama Islam dari tahun 2008?

Wang ringgit tidaklah menjadi soal kepada DAP.

Disebabkan YDP serta Mufti Negeri telah termakan budi RM500 juta dari DAP, maka pewartaan larangan menggunakan pembesar suara selain dari azan dan iqamah di Pulau Pinang terpaksa direstui?

Kenapa PAS benci sangat kepada DAP? Macam rasis je?

Kalau PAS adalah parti yang rasis, mengapa PAS ada Dewan Himpunan Penyokong untuk bukan Islam?

Bahkan ada calon PAS yang bukan Islam bertanding semasa PRU14 yang lalu.

PAS anti DAP adalah kerana Akidah.

DAP secara jelas dan terang menentang Islam secara politikal.

Agenda Malaysian Malaysia yang ingin menyamaratakan agama dan bangsa, merupakan satu penghinaan kepada Perlembagaan Malaysia, Raja-Raja Melayu dan agama Islam amnya.

Haram jika berkawan dengan DAP?

DAP menentang Islam yang dibawa PAS, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Maka DAP boleh dikategorikan sebagai kafir harbi.

Baginda Rasulullah S.A.W sendiri menolak dengan tegas bantuan dari kafir zimmi di Mekah, ketika persediaan perang Uhud serta perang Badar.

Walaupun dipersoal para Sahabat r.a, memandangkan bilangan tentera Islam yang jauh lebih kecil dari tentera kafir.

Inilah pengajaran paling utama dalam Islam iaitu Akidah.

Kenapa tuduh DAP kafir harbi? Apa beza dengan kafir dalam MCA, MIC atau Gerakan?

Dalam Islam, kafir yang enggan membayar cukai kepada kerajaan Islam, serta menentang kerajaan Islam boleh diisytihar harbi dan halal darah mereka.

Bukankah DAP yang bersungguh-sungguh menghasut kaum Cina supaya membenci BN, kononnya sistem cukai GST itu menindas mereka?

Walhal sistem percukaian GST ialah satu sistem yang paling efisien untuk memastikan setiap perniagaan yang berpendapatan lebih daripada RM500 ribu setahun, supaya membayar cukai.

Berbeza dengan kafir zimmi dalam MCA dan MIC, mungkin ada yang menentang Islam, tetapi tidak menentang sistem cukai GST.

Apa bukti lagi yang DAP bakal menjadi seperti PAP?

Pada PRU14, undi PKR, DAP dan PAS ialah 2,046,484, 2,040,068 dan 2,051,188 undi.

Walaupun undi PAS hampir 10 ribu undi lebih dari DAP dan PKR, tetapi bagaimana kerusi PKR 50 dan DAP 42, tetapi PAS hanya 18 kerusi Parlimen?

Inilah yang sedang DAP lakukan, iaitu menggunakan PKR untuk menambah kerusi bukan Islam dalam Parlimen.

Jika PKR, Amanah mahupun UMNO terus bersama DAP, 42 kerusi DAP akan berganda menjadi 126 kerusi, seperti PAP yang mempunyai hampir 100 kerusi di Singapura.

PAS ni macam menunggang dan menjual agama untuk politik je?

PAS ni bukan hanya sebuah parti politik, PAS sebenarnya adalah satu jemaah Islam yang memperjuangkan Islam secara Syumul.

PAS ada PASTI, SRITI, SMITI dan Kolej Uni KUZIEM untuk pendidikan, manakala Unit Amal dan Ameerah untuk kebajikan, serta ARC, LESTARI, DACS, MAMPU Centre dan lain-lain sebagai lajnah dakwah media sosial.

PAS ada Majlis Syura untuk memastikan tindakan politik PAS selari dengan tuntuan Syariah.

PAS boleh bertolak ansur untuk tidak bertanding di PRN Sarawak pada tahun 2021 nanti.

PAS hormat GPS sebagai rakan politik dalam GS serta PN.

Bagaimana PAS dikatakan menunggang agama sedangkan PAS yang membantu Anwar semasa PKR mula ditubuhkan.

PAS yang banyak membantu Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat bersama DAP menjayakan agenda Reformasi dengan siri demo BERSIH di Kuala Lumpur.

Setelah PKR dan DAP kuat, PAS pula diketepikan sedikit demi sedikit.

PAS tidak berdendam dengan UMNO, walau dibuli lebih dari 60 tahun sejak Merdeka lagi.

Bahkan PAS semakin kuat walaupun Amanah telah keluar.

Jumlah undi PAS meningkat semasa PRU14, berbanding PRU13 ketika bersama Pakatan Rakyat, walaupun jumlah kerusi PAS berkurang dari 21 kepada 18 kerusi semasa PRU14.

Jika PAS menunggang agama, sudah lama TGHH isytihar perang syahid kepada kerajaan Pakatan Harapan semasa Himpunan ICERD 912, yang terbesar negara.

Beratus ribu penyokong PAS serta UMNO turun ke Dataran Merdeka atas arahan TGHH, dan berdoa beramai-ramai agar kerajaan Pakatan Harapan dihancurkan Allah SWT.

Bahkan Himpunan ICERD jauh lebih teratur dan aman dari siri demo BERSIH.

Tiada kelibat FRU bahkan polis juga tidak ramai yang hadir.

Masih ingat ketika Anwar memberi isyarat kepada peserta demo BERSIH, untuk merempuh sekatan FRU untuk masuk ke Dataran Merdeka?

Masih ingat ketika sebuah kereta Polis yang diterbalik serta dipecahkan peserta demo BERSIH selepas terbabas akibat rusuhan?

Apa bukti PAS ni pejuang agama? Apa jadi dengan RUU355? Kenapa dah usul, tarik balik?

RUU355 diusulkan Tuan Guru Haji Hadi pada Mei 2016 di Dewan Rakyat supaya hukuman mengikut Hukum Syarak kecuali hukuman mati.

Pada November 2016 pula Tuan Guru Haji Hadi mengusulkan pindaan kepada usul pertama dengan mencadangkan hukuman denda dinaikkan kepada RM100 ribu, hukuman penjara dinaikkan kepada 30 tahun serta sebatan kepada 100 kali.

Pada Mei 2017, usul ini dibangkitkan semula dengan lebih mendalam, bagaimanapun usul ini tidak dibahaskan setelah ditangguhkan Dewan Rakyat.

Kedua usul yang pertama juga ditangguhkan kerana tidak mendapat sokongan dari Ahli Parlimen UMNO apatah lagi dari Pakatan Harapan.

Ketika itu PAS telah pun keluar dari Pakatan Rakyat.

Maka ramai yang tidak memahami proses kelulusan undang-undang ini bukan mudah, kerana melibatkan kuasa Menteri Agama iaitu Dr Zulkifli, pindaan Perlembagaan Persekutuan, Jawatankuasa Undang-Undang Syarak dan Sivil, serta melibatkan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

RUU355 ialah rang undang-undang yang sedang diguna pakai oleh Mahkamah Syariah, iaitu penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi 5 kali, yang dilihat amat rendah.

Apa yang ditunggu sekarang ialah Akta Mahkamah Syariah (Pindaan RUU355 Pindaan) yang akan dibentangkan oleh Menteri Agama setelah draf akta itu siap.

Jadi Tuan Guru Haji Hadi sebenarnya telah menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik.

Menteri Agama Dr Zulkifkli, mantan Mufti Wilayah telah mengeluarkan kenyataan untuk membawa usul RUU355 ke sidang Parlimen 2020/2021.

Habis tu bila PAS nak buat Hudud pulak? Dah jadi kerajaan pun senyap je?

In sha Allah jika TGHH menjadi PM selepas PRU15, dan PAS memenangi dua pertiga Parlimen, maka pindaan yang lebih besar boleh dilaksanakan.

Pindaan RUU355 ini telah buktikan bahawa umat Islam harus bersatu dalam politik, jika mahu memartabatkan undang-undang Islam.

Kesalahan syariah seperti tidak berpuasa, tidak solat Jumaat, kahwin lari, minum arak, khalwat, zina, murtad, tukar jantina, hina Nabi, hina Al Quran dan banyak lagi, yang tidak dapat dihukum di Mahkamah Sivil, kerana tiada peruntukan.

Namun akibat hukuman denda, penjara serta sebatan yang amat rendah di Mahkamah Syariah, maka hukuman tersebut dipandang ringan.

PAS dah kuasai Kelantan dan Terengganu, bila nak laksana Hudud?

Hudud melibatkan hukuman mati yang melibatkan Mahkamah Sivil.

Undang-undang Sivil pula berada dibawah Perlembagaan Persekutuan untuk dipinda.

Ringkasnya, hukuman mati dalam hudud seperti bunuh yang disengajakan, penzina yang telah berkahwin serta murtad yang dikhuatiri mengancam Islam, tidak boleh diadili di Mahkamah Syariah, selagi bidang kuasa undang-undang syariah terhad kepada RUU355.

Kerajaan negeri PAS Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya boleh meminda enakmen syariah Thakzir sahaja iaitu hukuman yang diperuntukkan Islam kepada pemerintah seperti hukuman penjara dan sebagainya.

Itu pun jika sidang DUN mendapat majoriti dan diperkenan oleh Sultan masing-masing.

Habis tu apa yang PAS jaja sana sini, masukkan Hudud dalam manifesto pilihanraya?

Disebabkan kempen Hudud, maka pindaan RUU355 mampu diusulkan di Dewan Rakyat.

Hanya tinggal giliran Menteri Agama dan Majlis Raja-Raja untuk merealisasikannya.

Sistem Raja Berperlembagaan kita tidak seperti Raja Monarki Sultan Brunei yang boleh laksana Hudud tanpa perlu melalui sesiapa.

Aku pun Islam juga, kalau aku undi PKR, Amanah atau DAP, apa bezanya dengan undi PAS?

Pernah Ahli Parlimen atau ADUN PAS melompat parti?

PAS pernah hampir tewas di Kelantan pada PRU 2004.

Dari 45 kerusi DUN, PAS hanya ada 24 kerusi DUN, manakala BN memperolehi 21 kerusi.

PRK Pengkalan Pasir yang diadakan pada tahun 2005, selepas kematian ADUN Pengkalan Pasir. BN merampas kembali kerusi DUN Pengkalan Pasir, yang sebelumnya PAS hanya memegang majoriti sebanyak 55 undi sahaja pada PRU 2004.

Kerajaan PAS dibawah Tuan Guru Haji Nik Aziz ketika itu memimpin kerajaan negeri majoriti hanya 1 kerusi (23-22).

Dan satu kerusi PAS di DUN Kemuning pula hanya dengan majoriti dua undi sahaja.

Kerajaan PAS Kelantan ketika itu digelar ‘Kerajaan Dua Undi’.

Usaha untuk membeli ADUN PAS oleh UMNO ketika itu bukanlah rahsia, akan tetapi tiada satu pun wakil rakyat PAS yang melompat parti.

Begitu juga semasa krisis Perlembagaan di Perak pada tahun 2008, apabila ADUN PKR dan DAP melompat ke BN dan menjatuhkan kerajaan PR negeri Perak yang menang tipis pada PRU 2008.

Walaupun PAS bersama Pakatan Rakyat ketika itu, tetapi tiada satu pun ADUN PAS Perak yang melompat ke BN.

Ada cakap-cakap pengikut PAS ni wala’ sangat dengan pemimpin?

Inilah senjata dan rahsia PAS.

Ketaatan kepada seorang pemimpin yang dilantik, selagi mana pemimpin tersebut tidak menyesatkan.

Ramai yang tidak tahu, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK), seorang blogger terkenal ‘Malaysia Today’ yang tinggal di London dan cakap Melayu pun pelat, adalah seorang ahli PAS dari tahun 70’an lagi, ketika era Tuan Guru Fadzil Noor.

RPK dulunya amat terkenal dengan blogger yang pro Anwar, taat kepada Presiden PAS ketika itu yang bersama pembangkang Barisan Alternatif, melawan rejim BN dibawah Tun M.

Tetapi sekarang RPK tidak lagi menyokong Anwar, kerana Tuan Guru Haji Hadi telah membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Inilah contoh maksud wala’ kepada pemimpin.

Bangsa Cina kan rajin? Biarlah DAP perintah Malaysia, baru maju macam Singapura!

Musuh Islam Yahudi dah lama fikir bagaimana nak pastikan Islam di Nusantara tidak berkembang.

Yahudi telah hantar British untuk halau Jepun, kononnya setelah Tanah Melayu gagal ditawan oleh Portugis dan Belanda.

Residen British pula dihantar untuk bermain politik serta berbuat baik dengan Raja-Raja Melayu sambil British membawa 1 juta imigran ke Tanah Melayu tanpa syarat.

Setiap imigran ini diberi tanah lot, ada yang sebesar sebuah daerah di kawasan bandar dan dicukai rendah.

British telah membelanjakan sekitar 1 juta Pound Sterling atau bersamaan 1 bilion Pound masa kini, untuk bangunkan bandar bandar besar.

Tanah imigran itu pula dicagarkan kepada bank HSBC milik British untuk mendapatkan tunai.

Imigran Cina dibenarkan untuk melakukan apa sahaja perniagaan serta perusahaan, sedangkan bangsa Melayu tidak dibenarkan, malah ada kedai milik bangsa Melayu yang dibakar.

Malahan kekayaan Tanah Melayu dengan hasil bumi seperti Timah dan Perak yang memberi modal kepada negara China yang ketika itu amat miskin sehingga berjuta rakyatnya mati kebuluran.

British juga diselamatkan setelah sumber mereka habis akibat perang dunia kedua.

Semua rekod dan sejarah ini disimpan di arkib dan perpustakaan di luar negara, serta keratan akhbar lama yang hanya boleh diakses oleh para profesor atau pelajar.

Sikit-sikit salah DAP, habis bila Melayu nak maju?

Tamadun Melayu telah lama gemilang bersama Islam semasa era Kesultanan Melaka.

Jika tidak, mengapa Yahudi gigih menghantar armada Portugis serta Belanda jika Empayar Melaka ketika itu hanya sebuah perkampungan?

Dan bagaimana Empayar Melaka boleh menewaskan dua armada antara terbesar dunia ketika itu?

Ini menunjukkan tamadun serta teknologi Empayar Melaka ketika itu adalah sangat maju.

Kapal perang, meriam, senapang serta pistol merupakan senjata pahlawan Melayu selain dari keris.

Malah saiz senjata mereka jauh lebih besar dari saiz senjata barat.

Empayar Turki Uthmaniyyah serta empayar Islam Dinasti China telah banyak membantu Empayar Melaka.

Dikatakan pahlawan 5 bersaudara Hang Tuah Melaka adalah Islam berketurunan Cina.

Hubungan kaum antara bangsa Melayu, Cina dan India ketika itu ibarat saudara sehidup semati.

Mereka tidak kenal apa itu rasis, sehinggalah dipecah belahkan oleh British.

Masih ingat slogan “Gold, Gosper and Glory” serta “Divide and Conquer” British?

Habis tu apa kena-mengena British dengan DAP?

Tunku tahu rancangan Lee Kuan Yew yang gigih berbuat baik dan mencampuri politik Tanah Melayu ketika itu.

Tunku sedar taktik licik Lee Kuan Yew adalah tidak berbeza dengan taktik Residen British berbuat baik dengan Raja Melayu.

Sebelum Singapura disingkirkan, pemerhati politik serta media ketika itu meramalkan Lee Kuan Yew bakal menjadi TPM kepada Tunku.

Disebabkan eratnya mereka berdua. Lee Kuan Yew menangis terduduk, setelah membaca surat dari Tunku yang ketika itu berada dalam wad.

Anda rasa anak Lee Kuan Yew iaitu Perdana Menteri Singapura sekarang Lee Hsien Loong, tidak ada cita-cita untuk merealisasikan impian ayahnya?

Atau dia tidak berdendam dengan Tunku serta UMNO yang telah menggagalkan rancangan mereka?

Kenapa Tunku Abdul Rahman singkirkan Singapura?

Kerana Tunku dapat membaca strategi PAP untuk mencampuri politik Malaysia dengan cara menambah bilangan kerusi Parlimen Singapura ke dalam Parlimen Malaysia.

Bayangkan jika hampir 5 juta rakyat Cina dari Singapura bergabung dengan bangsa Cina di Malaysia.

Maka jumlah penduduk Bumiputra akan menjadi sama atau kurang dari penduduk bukan Bumiputra.

Ada bukti Singapura ada agenda jahat untuk kuasai Malaysia?

Ketika Singapura masih berada dalam Malaysia, PAP telah menubuhkan Malaysia Solidarity Convention (MSC) pada Mei 1965, bertujuan untuk menggabungkan semua parti politik bukan Melayu bagi menguasai politik Malaysia.

Kerana itu pada Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman yang berani dan tegas telah menyingkirkan Singapura.

Selepas itu dalam Oktober 1965, PAP telah menukar nama mereka kepada DAP.

Macam la Singapura tu kemaruk sangat nak masuk Malaysia balik?

Negara Singapura adalah sebuah negara miskin sebenarnya.

Mereka tiada hasil bumi, tiada tadahan air, tiada tanah, malah bekalan air bersih mereka juga masih mengharapkan belas ihsan Malaysia.

Singapura kononnya negara terkaya Asia, hanyalah semata-mata industri pelabuhan dan perkapalan mereka.

Itupun sudah diambil separuh oleh pelabuhan Tanjung Pelepas serta pelabuhan Kelang.

Mereka sebenarnya miskin kerana ketiadaan tanah untuk menempatkan rakyatnya sendiri.

Mereka kaya tapi hidup dalam tekanan.

Nasib mereka sama sahaja dengan Pulau Pinang yang terpaksa menambak pasir jauh ke tengah laut semata-mata untuk membina kediaman.

Dan kos menambak pasir itu bukanlah murah.

Macam pelik je DAP dan PAP ni jahat sangat ke? Tengok muka Lee Hsien Loong dan Lim Guan Eng tu macam baik je?

Untuk memahami kejahatan DAP di Malaysia serta PAP di Singapura, anda harus kaji siapa itu keturunan keluarga Li dari senarai nama keluarga gerakan Illuminati.

Lee dan Lim adalah dari rumpun yang sama.

Mereka ini sebenarnya adalah Yahudi Asia.

Gerakan Illuminati menggunakan orang Asia sendiri untuk mencapai cita-cita mereka, iaitu untuk menyambung rancangan British, yang telah tergendala oleh kebijaksaan Tunku dan UMNO yang berjaya ke London untuk menuntut Kemerdekaan.

Walaupun Malaysia tidak bebas sepenuhnya dari segi Perlembagaan dan undang-undang, tetapi sekurang-kurangnya hasil bumi kita tidak lagi sewenang-wenangnya diambil.

Bukankah Presiden Singapura sekarang Melayu?

Itu pun setelah 47 tahun sejak Presiden pertama Singapura yang juga berbangsa Melayu.

Posisi seorang Presiden umpama jawatan Pengerusi dalam sistem pemerintahan Singapura.

Yang paling berkuasa ialah Perdana Menteri. Mendiang Lee Kuan Yew masih lagi memegang rekod Perdana Menteri paling lama dalam dunia iaitu selama 30 tahun.

Asyik salah DAP dan British je, bila Melayu nak maju macam ni?

Selagi DAP wujud dengan talibarut Melayu seperti PKR dan Amanah, selagi itulah bangsa Melayu terpaksa berjuang habis-habisan.

Walaupun tanah negara ini sebenarnya adalah milik Raja-Raja Melayu, tetapi kuasa dan hak milik tersebut boleh hilang begitu sahaja jika kuasa politik tidak dikuasai bangsa Melayu sepenuhnya.

Buktinya di negara jiran Indonesia, yang mana semua Sultan dan Raja Melayu telah dibunuh dan dihapuskan oleh rakyat mereka sendiri akibat termakan hasutan Komunis.

Akibatnya, negara Indonesia telah menjadi sebuah negara Republik tanpa Raja.

Maka Islam mula ditindas, dengan membenarkan perkahwinan campur agama di sesetengah negeri, kalimah Allah bebas digunakan oleh gereja Kristian dan kitab Injil bebas dicetak dalam bahasa Indonesia.

Ada bukti DAP menentang Islam?

DAP keluar dari Barisan Alternatif pada September 2001, setelah Presiden PAS ketika itu, Ustaz Fadzil Noor bertegas supaya PAS menggubal Dokumen Negara Islam.

Parti PAS sering difitnah mengkhianati sesuatu pakatan, walhal sebenarnya DAP yang menjadi punca kepada perpecahan politik Melayu.

PAS telah bekerjasama dengan parti lain sejak dari tahun 1986 bersama pakatan Harakah Keadilan Rakyat (HAK), Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1988-1996, Barisan Alternatif (BA) pada 1999-2008, Pakatan Rakyat (PR) pada 2008-2015, Gagasan Sejahtera (GS) pada 2018, Muafakat Nasional (MN) pada 2019 dan yang terbaru Perikatan Nasional pada tahun 2020.

PAS hanya tidak sertai Pakatan Harapan setelah meninggalkan Pakatan Rakyat pada 2015, didalangi DAP yang mengatur Anwar untuk membuat ‘Langkah Kajang’ untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor ketika itu Khalid Ibrahim, serta isu Anwar mahu membeli Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak pada tahun 2008, untuk menjatuhkan Pak Lah selepas PRU 2004.

Juga dikenali sebagai ‘Langkah 16 September’.

Disebabkan rancangan Anwar dan DAP ini, maka Datuk Seri Najib ketika itu yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, telah meminta bantuan dari keluarga diraja Saudi untuk mengekang rancangan Anwar tersebut.

Dari situ punca putera Arab menderma sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan terus ke dalam akaun DSN, tetapi difitnah oleh Rafizi Ramli, kononnya duit tersebut diambil dari dana 1MDB.

Putera Saudi tersebut telah mengeluarkan kenyataan tidak rasmi bahawa dana tersebut memang telah diderma dan dimasukkan terus ke akaun peribadi DSN tanpa pengetahuannya, atas sebab keselamatan, kerana polisi Arab Saudi yang pro Amerika.

Apa masalah pulak dengan Indonesia, umat Islam kat sana nampak ok je?

Masih ingat insiden pengeboman di sebuah kelab malam di Bali oleh syahid Imam Samudera yang mengorbankan 200 orang pada tahun 2002 dan 2005 yang mengorbankan 25 orang?

Masih ingat insiden bom gereja oleh satu keluarga Muslim di Surabaya pada tahun 2018, serta siri pengeboman serentak gereja pada hari Krismas di Jakarta dan 8 bandar lain yang mengorbankan 18 nyawa pada tahun 2000?

Sikit-sikit bom, apa masalah dengan orang Islam ni?

Bangsa mana pun jika ditindas, pasti akan melawan.

Dimana maruah umat Islam di Indonesia sebagai negara yang mempunyai umat Islam terbesar dunia, jika Islam diliberalkan sesuka hati?

Begitu juga di Malaysia, umat Islam pasti melawan jika ada pihak cuba untuk melakukan perkara yang sama seperti di Indonesia.

Umat Islam di Indonesia telah berkurang dari lebih 90%, kepada sekitar 80% sahaja.

Masih ingat insiden Al Maunah di Bukit Sauk, Perak dan peristiwa Memali di Kedah yang terjadi semasa era pemerintahan diktator Tun M yang menekan PAS habis-habisan?

Islam ni macam agama pengganas je?

Masih ingat insiden tembakan yang membunuh 50 umat Islam serentak di dua buah masjid yang sedang bersedia untuk solat Jumaat di Christchurch, New Zealand?

Masih ingat peristiwa Thak Bhai di selatan Thai, dimana askar Thai membunuh umat Islam sesuka hati?

Masih ingat kerajaan junta Burma yang membunuh umat Islam Rohingya?

Masih ingat kerajaan China yang mengusir serta menangkap umat Islam Uighur dan Han di Xinjiang?

Masih ingat bagaimana kejam umat Islam di Bosnia dibunuh serta diseksa?

Bagaimana pula dengan umat Islam di Palestin?

Kini menjadi trend muda mudi bangsa Cina untuk memberontak seperti di Hong Kong dan Thailand?

DAP kini giat menghasut kaum Cina di Malaysia kononnya Malaysia harus mengikut jejak langkah Hong Kong dan Thailand, yang memberontak untuk menjatuhkan kerajaan rasuah dan Raja monarki.

Bangsa Cina Thailand telah menguasai sekitar 80% ekonomi Thailand.

Mereka menggunakan kuasa duit untuk menghasut rakyat untuk memberontak.

DAP lupa bahawa bangsa Cina di Thailand, begitu juga di Indonesia telah dipaksa menukar nama dan budaya Cina.

Bahasa dan tulisan Cina tidak dibenarkan, sekolah Cina dihapuskan.

Adakah bangsa Cina di Malaysia diperlakukan sebegitu?

Mengapa masih ada orang Islam menyokong Pakatan Harapan?

Winston Churchill seorang pahlawan Inggeris yang pada mulanya gagal menakluk kerajaan Islam Turki, telah menemukan formula “fish out of water”.

Iaitu satu kaedah mengeringkan air, untuk menangkap ikan yang lemah.

Buktinya, prinsip “amar makruf nahi mungkar” yang cuba ditukar kepada “rahmatan lil alamin”.

Haji Hadi jadi PM ke 9?

Tidak mustahil jika TSMY meletakkan jawatan, dan menamakan TGHH sebagai PM, tanpa bubarkan Kabinet dan Parlimen, dengan perkenan YDPA.

YDPA pun pernah berguru dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.

Tuanku pasti kenal sangat pemimpin-pemimpin PAS.

Boleh ke Tuan Guru Haji Hadi menahan asakan politik Tun M yang tak sudah?

Tuan Guru Haji Hadi adalah satunya pemimpin Melayu Islam yang masih gagal dikawal sepenuhnya Tun M.

Ini kerana Haji Hadi tidak mempunyai kepentingan jawatan atau pegangan saham dalam syarikat.

Senjata Haji Hadi dan PAS adalah Islam.

Islam tidak boleh dikalahkan kecuali umat Islam sendiri yang mahu dikalahkan samada sedar atau tidak.

Inilah yang sebenarnya sedang dilakukan PAP Singapura yang ditaja Yahudi Amerika, untuk menghapuskan kuasa Raja dan politik Islam di Malaysia.

Mereka menggunakan politik liberal melalui PKR, politik Syiah serta Wahabi dalam Amanah, serta politik komunisme dalam DAP.

Hanya Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang dibawa PAS sahaja dapat menangkis serangan dari musuh-musuh Islam ini.

In Sha Allah.

Daulat Tuanku!

Allahu akbar!

@MalayanCyberForces

Politik