Boleh Ke PAS Menerajui Sektor Pelancongan?

Boleh Ke PAS Menerajui Sektor Pelancongan?

Dulu menjadi kerisauan di Terengganu apabila PAS mentadbir negeri, terutamanya dari aspek pelancongan.

Bila tengok PAS, gelap gambar terus sektor pelancongan.

Pelancongan di Terengganu merupakan antara sektor utama dan sektor kedua yang memberikan pendapatan kepada negeri Terengganu.

Satu cabaran besar buat PAS.

Tengok-tengok yang pegang portfolio pelancongan diberikan kepada ustaz pula.

Lagilah sedap orang yang tak suka kepada PAS membawa mulut dan bicara.

Dalam keadaan itu, tiba-tiba Kerajaan Negeri lancarkan pula Garis Panduan Patuh Syariah Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan.

Lagilah gegak gempita, habis dah la sektor pelancongan Terengganu.

Bagi puak-puak nie, hancurnya sektor pelancongan dengan adanya PAS, exco pelancongan seorang ustaz dan Garis Panduan Patuh Syariah.

Lain disangka, lain pula yang jadi.

Itu jangkaan mereka, rupanya Allah juga punya perancangan lagi maha luas.

Alih-alih dibawah PAS, jumlah pelancong ke Terengganu semakin bertambah.

Dari 4.79 juta pelancong pada tahun 2018 kepada 5 juta lebih (ada laporan sebut 5.25 juta) pelancong pada tahun 2019.

Sepatutnya jumlah pelancong 2019 100,000 je lah sebab PAS yang tadbir negeri.

100,000 pun banyak dah tu.

Bagi giatkan lagi pelancongan di Terengganu, Ustaz ini jugalah yang telah membangunkan Pelan Strategik Pelancongan Negeri Terengganu 2019-2025, yang mensasarkan jumlah pelancong ke Terengganu seramai 6.5 juta orang.

Sepatutnya tahun 2020 ini disasarkan 5.5 juta pelancong yang datang ke Terengganu, namun, COVID-19 melanda, apakan daya.

Pun begitu, selepas PKP ditamatkan di Malaysia, Terengganu menerima kedatangan pelancong domestik dengan kenaikan sehingga 165%.

Hinggakan hotel, homestay di Terengganu penuh pada satu-satu masa.

Hinggakan Tasik Kenyir menerima kunjungan seramai 27 ribu pengunjung pada bulan Julai berbanding, 10 ribu pada bulan Jun.

Begitu juga Taman Tamadun Islam, dari 23 ribu kepada 54 ribu pengunjung.

Buat kali pertama melalui idea Ustaz ini dan pegawai-pegawainya, telah menganjur Kampung Budaya Terengganu, seramai 25 ribu pengunjung telah hadir ke Kampung Budaya tersebut.

Dengan pencapaian ini, kita rasa puas hati dah, membuktikan bahawa PAS punya cara dan gayanya yang tersendiri dalam membangunkan sektor pelancongan negeri Terengganu.

Namun, pencapaian ini tidak terhenti disitu, bahkan semalam kita dimaklumkan Ustaz yang menerajui sektor pelancongan itu telah diiktiraf dengan “Anugerah Malaysia Tourism Heroes” oleh Majlis Pelancongan Malaysia (Malaysia Tourism Council).

Puas hati.

Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.

Puas hati menutup mulut-mulut puaka dan membukti PAS mampu menerajui pelancongan di Terengganu bahkan di Malaysia.

Garis panduan patuh syariah ini bukan menyekat, tapi mengajak rakyat Terengganu memperkasakan budaya, pelancongan, sukan dan hiburan secara besar-besaran mengikut landasan yang betul.

COVID-19 menjadi cabaran terbesar buat sektor pelancongan, kita doakan agar virus ini pergi buat selama-lamanya.

Terima kasih dan tahniah YB Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Digital Terengganu.

Aamin.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Pelancongan Terengganu