Kenapa Bersasar?

Kenapa Bersasar?

Rasa kesian pulak tengok YB ustaz Fadhli Shaari kena hentam dan marah.

Kebenaran ni musuh bagi mereka yang tidak tahu.

Tahniah YB kerana tidak menjadi politikus populis, manis dibibir tetapi pahit dan kelat di hati.

Apa yang benar perlu diberitahu walau pahit dimulut, dihati sayang.

Aku pelik kenapa orang pakat marah dan kecam YB Fadhli.

Tiba-tiba semua jadi professor, define dan komen itu ini.

Benda ni mudah je nak faham.

Saya baca kenyataan YB sekali sahaja saya dah faham maksud yang YB juga sampaikan.

Kenapa bersasar?

Sebab bersasar ni lebih dekat dengan konsep adil?

Tau apa itu definisi adil?

Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jangan cakap pasal pilot kena buang kerja, pramugari kena buang kerja, sektor industri tertentu makin menguncup, maka moratorium bersasar itu tidak adil.

Malah itulah yang dimaksudkan dengan bersasar.

Mereka yang dibuang kerja, dipotong gaji, perniagaan rugi, mereka inilah golongan tersasar.

Benda mudah je, kalau anda golongan tersasar, samada B40, M40, hatta T20 dulu tetapi sekarang tidak lagi, apply je dekat bank untuk moratorium.

Bank-bank siap iklan lagi bagi sesiapa bermasalah sila hubungi pihak bank.

Ni dop bising-bising ni call dan bincang dengan bank ke tidak ni?

For your info, bank pun tak nak akaun Non Performing Loan/Non Performing Financing banyak-banyak.

Musim sekarang ni bank pun tak nak bankrapkan customer.

Domino effect.

Kalau ramai customer bankrap disebabkan tidak mampu dan dipaksa bayar hutang, bank juga yang sakit.

Domino effect.

Tetapi kena ingat.

Dalam ramai yang kesempitan, ada lagi golongan yang tidak terjejas walaupun Covid-19 melanda.

Ini hakikat.

Jadi automatik moratorium itu tidak perlu.

Berbeza pula bagi golongan terjejas dan memerlukan moratorium, tak kesah la dari golongan B40 ke, M40 ke, T20 ke, with valid documentation dan evidence boleh apply dengan bank.

Tiada masalah.

Mudah kan nak faham?

Kalau tak faham lagi tak tahu la.

Dan saya tonton video perbahasan YB Fadhli di parlimen, dia minta urusan birokrasi untuk permohonan moratorium perlu dipermudahkan dan tidak menyusahkan rakyat.

Which is valid argument.

Bagi golongan yang terjejas memang mereka perlu dibela dan urusan mereka dipermudahkan.

Bank perlu fikirkan cara untuk membantu dan memudahkan golongan terjejas dalam masa yang sama berhati-hati agar tidak diambil kesempatan golongan yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan, menipu dan sebagainya.

Jangan ingat bank tak pernah kena scam dan fraud.

Sebab tu bank sangat berhati-hati.

Bank jaga duit hampa oi.. Depositor bank sapa?

The people….hampa semua… Kerajaan.. Private companies tempat hampa kerja..universiti..hospital… Sedar atau tidak?

Satu lagi.

Kena ingat, bank pun ada staf yang perlu cari makan untuk anak-anak dan isteri, kalau bank tak terima payment langsung (hatta daripada orang yang mampu bayar hutang) sedangkan gaji staf, kos operasit dan kos-kos yang lain berjalan seperti biasa, do u expect untuk bank tu lingkup?

Kalau bank lingkup, negara dah hilang sejumlah besar tax, dan ekonomi negara dan kita semua rakyatnya akan lebih teruk.

Domino effect yang lagi dahsyat.

Percayalah.

And last but not least, orang-orang yang dop komen macam bank-bank ni jahat, kejam dan keji…orang-orang yang dop sakit hati dan marah sangat dekat bank-bank ni.

Tahukah anda kebanyakan bank-bank di Malaysia adalah Government Linked company, dan kebanyakan shareholders terbesar bank adalah INSTITUSI RAKYAT, contoh Permodalan Nasional Berhad, Tabung haji, KWSP, LTAT, dan incorporation di bawah kementerian.

So, kalau bank tak untung langsung, tak dapat bagi dividen dekat shareholders depa, hampa tak dapat dividen, hampa mengamuk juga.

So, fahamlah dengan hati nurani, YB Fadhli bukan nak menidakkan bantuan bagi org yang susah dan memerlukan.

YB Fadhli nak tolong yang benar-benar memerlukan pertolongan bukan yang mengambil kesempatan.

Tak kisah la dulu-dulu dalam kategori T20 ke, M40 ke, B40 ke.

Tetapi jika sekarang berbeza.

Sekarang anda susah.

Sekarang anda terkesan.

Andalah golongan tersasar yang dimaksudkan.

Ana Najihah

Ekonomi