Seketika dulu kita cemas dan rimas dengan cara pemerintahan PH yang diterajui oleh DAP.
Justeru kita ketepikan segala sentimen, kita muafakat.
UMNO, PAS, PPBM di bawah Tan Sri Muhyiddin, PKRdi bawah Azmin Ali, MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR dan PBB @ GRS.
Maka jatuhlah mereka.
Dengan majoriti yang tipis kita menjadi kerajaan.
Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita, perikatan kita atau barisan kita?
Atau kita kembali berpecah?
Pada saya, jika mahu berjaya, jika mahu di percaya, pastikan kerajaan PN menjadi kerajaan yang berjaya, kabinet yang bersatu, team yang berkerja, yang jujur dan setia.
Malangnya kini terdapat tanda-tanda muncul pihak yang mahu berpecah belah.
DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak seperti sebelum PRU14 iaitu pecahkan kesatuan kita, kerana yang paling ditakuti mereka ialah jika UMNO, PAS dan PPBM bersatu dan menentang PH secara dua penjuru.
Berhati-hatilah.
ALQURAAN mengajar kita supaya berpegang teguh pada tali Allah dan jangan bercerai berai.
Islam mengingatkan kita jangan berbantah-bantah nescaya kita hilang kekuatan.
Bangsa kita punya bidalan ‘Bersatu teguh bercerai roboh’.
Saya sendiri dituduh macam-macam hanya kerana saya berharmoni dalam kabinet dan bernaung di bawah pimpinan Perdana Menteri yang merupakan presiden PPBM.
Saya bertugas sebagai Setiausaha Agong BN dan MN yang menjaga hubungan baik dengan Setiausaha Agong PAS dan Setiausaha Agong PPBM.
Saya terus istiqamah atas dasar dan keputusan parti, iaitu:
Kita menyertai kerajaan PN.
Sokongan kita EN BLOC
Kita terima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM.
PAS dan BERSATU rakan kita.
Dan bagi kita
“NO DAP NO ANWAR”.
Saya tidak mahu menoleh ke belakang.
Terus mara ke depan dengan dasar yang parti putuskan itu.
Berusaha padukan UMNO, PAS dan PPBM sebagai teras politik penyatuan melayu dan Islam.
Dengan muafakat lebih besar berbagai kaum bersama PN, MN, BN, GPS, GRS dan lain-lain ‘friends of BN’, adalah WAJIB bagi saya.
Ditakdirkan pegangan saya ini berbeza maka kita harus redha untuk berbeza.
Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa atau cuba menguasai melalui politik “wayang cina/chinese opera”.
Saya percaya mereka kini ada strategi yang lebih halus.
Strategy TROJAN HORSE.
Berpura pura berada bersembunyi di belakang, tapi tetap berikhtiar agar PPBM, UMNO dan PAS berpecah.
Bersatulah, Berpadulah.PN-BN-GPS-GRS..GABUNGAN NASIONAL.
Inilah BARISAN KITA.