Senario Politik Negara

Senario Politik Negara

Senario politik negara kembali panas ketika belanjawan negara sedang dibahaskan.

Bila Dato’ Seri Najib menuntut moratorium secata otomatik dan pengeluaran one-off 10k untuk KWSP dan meletakkan syarat untuk menyokong belanjawan ia semakin panas.

Ini bukan Kali pertama Najib mengugut kerajaan.

Dia pernah mengusulkan untuk bekerjasama dengan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perlu diingat walaupun UMNO tidak bersama dalam PN tapi UMNO juga sebahagian dari kerajaan dan mempunyai Menteri yang lebih ramai dari PAS.

Itu belum campur dari MCA dan MIC dan jawatan GLC.

Jadi sepatutnya UMNO mempunyai lebih banyak ruang untuk membantu rakyat dan bersuara di dalam kerajaan.

Tapi nampaknya sebahagian dari UMNO memilih untuk menjadi pembangkang.

Kita yang bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) pun mula rasa was-was UMNO dipihak mana!

PAS berusaha untuk menyatukan orang Islam dengan bekerjasama dengan PPBM dan UMNO dalam PN.

PAS menjadi pengikat antara kedua-dua parti ini.

PAS mengenepikan kepentingan parti dengan melebihkan jawatan kepada rakan-rakan dalam PPBM dan UMNO.

PAS tak bertanding di Sabah.

PAS dapat jawatan paling sedikit dalam kabinet dan GLC.

Tapi walaupun sedikit PAS menggunakan jawatan yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

YB Dato’ Dr Khairuddin dan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man antara menteri yang perform melalui Kementerian mereka.

Begitu juga diperingkat negeri melalui Meneri Besar, Exco dan ADUN.

Begitu juga agensi-agensi yang diamanahkan kepada PAS seperti MPOCC, YADIM dan lain-lain.

Selain itu PAS terus turun membantu rakyat melalui entitinya seperti AMAL, ARC, Syabab Care, KHIDMAT dan lain-lain.

PAS cuba membuat yang terbaik untuk rakyat melalui kuasa dan kemampuan yang ada.

Namun begitu PAS yang paling kuat diserang oleh kawan dan lawan.

Mungkin PAS tidak ada liabiliti politik seperti lain.

Pemimpin PAS tidak pernah terkait dengan rasuah, penyelewengan, semburit seperti parti-parti lain.

Jadi ada pihak sedaya upaya mahu mencari kesalahan dan kelemahan PAS untuk menyerang PAS.

Antaranya dengan menyerang pimpinan PAS.

Kata Sun Tzu jika Musuh takda kelemahan ciptakan untuk mereka.

Seperti cara yang digunakan oleh Pakatan Harapan mencipta presepsi PAS bersama penyamun dengan fitnah 90juta semasa PRU 14 dulu.

Sekarang apa jua tindakan kerajaan yang silap akan dipalitkan kepada PAS.

Seolah-olah PAS yang paling berkuasa dalam kerajaan.

PAS menjadi mangsa kerana terpaksa menyatukan melayu dalam PN dan MN.

Bersama PN PAS dikata bersama semburit!

Bersama Umno PAS dikata bersama penyamun.

Kemudian ada yang simpulkan PAS makan keliling.

PAS dah mabuk kuasa dan sebagainya.

Sedangkan PAS mahu melihat Penyatuan Ummah dan mengelakkan Pakatan DAP berkuasa semula.

Kalau nak jadi lalang PAS boleh ikut UMNO dan Anwar jer atau demand jawatan yang lebih banyak dalam kerajaan.

Tapi PAS bukan sekadar parti politik.

PAS juga gerakan dakwah.

PAS mahu menyatukan ummah dengan ISLAM.

PAS tidak mahu negara dikuasai puak liberal dan bangsa biaD4P.

Apatah lagi dalam keadaan negara yang sedang mengalami krisis.

Musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Penyatuan Ummah.

PAS kurang berpolitik tapi lebihkan bekerja.

Sebab itu PAS dilihat kurang bijak oleh sesetengah orang berpolitik dan mengambil kesempatan dalam keadaan yang ada.

Kita sebagai pendokong PAS perlu memahami tujuan perjuangan PAS dalam politik.

Bukan sekadar memajukan negara tapi meletakkan Islam ditempatnya.

Dalam senario politik sekarang saya tak hairan dengan serangan dari pakatan.

Itu memang kerja mereka.

Tapi bila ada rakan dalam UMNO yang menyerang PAS itu tidak baik untuk Penyatuan Ummah.

Saya cuba memahami keadaan UMNO dan bersangka baik.

Sayapun bukan taksub dengan PPBM dan tahu merekapun ada liabiliti.

Bila Umno cuba mendesak PPBM untuk lebih jawatan dan peranan dalam kerajaan saya masih boleh terima.

Bila ada pandangan dalam UMNO untuk bersama Anwar saya yakin bukan semua yang setuju.

Terbukti MT UMNO menolak cadangan Najib.

Bila Najib ugut untuk tolak bajet jika syarat-syaratnya tak dipenuhi saya masih buleh terima kerana ia katanya untuk rakyat.

Tapi bila pandangan YAB Perdana Menteri yang sedikit berbeda diputarbelitkan dan digunakan untuk menyerang PAS ia nampak tak cantik.

Kalau setakat Cybertrooper UMNO OK lagi tapi bila level pimpinanpun sama memberi gambaran salah untuk meraih keuntungan politik ia bertambah tak cantik.

Saya tak nafikan Najib semakin bertambah popular dengan posting-posting yang dikata merakyat.

Sayapun tak nampak lagi Najib serang PAS secara terbuka.

Sikit-sikit tu biasa la.

Secara umumnya Najib berjaya mengubah posisinya dari zero to almost hero.

Saya tak kisah Najib popular pun sebab kita masih bersama, lain lah kalau dia betul-betul join Anwar dan DAP.

Ketika itu agenda dia tentunya berubah dah.

Tapi apa yang saya tengok pentaksub Najib begitu kuat menyerang PAS.

Marah sungguh bila PAS join PN.

Sedangkan tujuan PAS hanya untuk kekalkan kerajaan dari jatuh ke tangan Anwar dan bangsa biaD4P!

Tapi semakin galak sebahagian ahli umno menyerang PAS dan pimpinan PAS.

Termasuk dalam page-page UMNO.

Walaupun begitu saya masih berharap MN dapat dipertahankan.

Saya yakin masih ramai pimpinan dan ahli UMNO yang sayang dengan MN.

Saya yang menjadi saksi Penyatuan Ummah di PWTC masing mengharapkan Penyatuan Ummah ini.

Setakat ini saya hanya bertahan dan tidak menyerang.

Saya berharap kita cepat sedar dan berhenti berpolitik dan bergaduh demi menggelakkan Pakatan mengambil kesempatan.

Banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk agama, rakyat dan negara.

Termasuk bantuan-bantuan dalam belanjawan yang dibentangkan.

Satu lagi saya tak kisah jika Cybertrooper RBA menyerang PAS.

Kalau Cybertrooper UMNOpun boleh terima lagi.

Tapi bila ada ahli dan penyokong PAS mula menyerang PAS ini dah tak berapa sihat.

Kalau setakat berbeza pendapat atau kritik sesetengah pimpinan PAS itu OK lagi.

Pemerhatian saya pimpinan PAS yang paling banyak dikritik ahli sendiri.

Jarang parti-parti lain diserang ahli sendiri kecuali ke atas individu yang berlainan kem.

Saya boleh terima pimpinan PAS dikritik kerana mereka bukan maksum.

Tapi bila memaki dan menuduh yang bukan-bukan itu tidak patut lah.

Ada yang maki dan tuduh YAB PM macam-macam kononnya tak peka dengan rakyat, makan dedak dan lain-lain.

Malah ada yang ugut tak sokong PAS hanya kerana sedikit berbeza dengan cadangan Najib!

Hanya kerana isu moratorium yang diputarbelitkan kita termakan hasutan musuh.

Sebaiknya kita berhujah secara matang, sejahtera n berfakta.

Sama ada kita sokong cadangan Najib atau YAB PM itu haq kita.

Tapi janganlah ikut rentak Cybertrooper RBA!

Cabaran yang dihadapi oleh PAS dalam keadaan sekarang begitu besar.

Kita tersepit antara 2 kumpulan.

Pakatan sekarang hanya menangguk di air keruh.

Malangnya kita sendiri mengeruhkan air.

Pimpinan dan ahli perlu berhati-hati kerana air yang keruh boleh melemaskan Ikan di dalam air.

Baik kita sama-sama jernihkan air untuk kebaikan semua.

Teruskan kerja ke bawah membantu rakyat.

Kukuhkan Ukhwah sesama kita.

Jangan saling tuding-menuding hingga kita bergaduh sesama sendiri.

Kita boleh berbincang secara adik beradik.

Kita kena kuatkan PAS agar kita kuat untuk kebaikan agama, rakyat dan negara.

Jangan ada kita yang wala’ kepada pimpinan luar seperti yang berlaku zaman PAN dulu.

Ini pandangan saya yang hanya pemancak bendera dalam PAS.

Kerana saya sayang ahli dan jamaah ini kerana Allah SWT.

Kukuhkan Ukhwah Tingkatkan TARBIYAH Jauhi Fitnah.

Usah jadi JEBON JUBAH PUTEH 2.0.

TERUS ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

SIRU ALA BARAKATILLAH

Isu Semasa