Pendekkan PKPB Terengganu

Pendekkan PKPB Terengganu

Assalamualaikum semua…

Untuk makluman,

1. PKPB mula dilaksanakan pada 9 Nov 2020 tapi pada 7 Nov 2020 lagi YAB DS MB telah memanggil Dato KP, Pengarah JKNT dan pihak MKN Trg untuk berbincang tentang PKPB yang turut dikenakan pada Terengganu walau kes di Terengganu tidaklah setinggi seperti di Selangor, Wilayah dll.

2. Dalam mesyuarat MMKN rabu lepas YAB DS MB telah memaklumkan yang beliau akan berusaha untuk dapatkan temujanji dengan YAB TS PM untuk face to face bagi memaklumkan permohonan Kerajaan Terengganu bagi memohon PKPB di Terengganu dipendekkan kepada 2 minggu sahaja.

3. Alhamdulillah, insyaAllah pada hari ini YAB DS MB telah dapat peluang untuk face to face dengan YAB TS PM pada petang ini di kediaman YAB TS PM.

Doakan apa yang akan dibawa oleh YAB DS MB akan dipersetujui oleh YAB TS PM seterusnya dapat menamatkan PKPB di Terengganu secepat mungkin.

4. Doakan juga perjalanan YAB DS MB kita dipermudahkan ALLAH serta diberi keselamatan pergi dan balik, dengan pergerakan yang sangat terbatas, maklumlah bukan mudah travel dengan kereta dalam keadaan bertongkat 2 dengan kaki sebelah kanan yang masih tidak dapat berpijak di tanah.

5. Insya Allah semoga justifikasi justifikasi yang disokong oleh semua Jabatan yang bakal dibawa kepada YAB TS PM bakal membuahkan hasil.Amin….

Terimakasih,

Wassalam.

Wan Sukairi Wan Abdullah

Dalam Negeri Terengganu