Ambil Pengajaran PRU 14

Ambil Pengajaran PRU 14

Pengajaran PRU 14 adalah, apa saja perkiraan pembangkang dan pihak di luar kerajaan mengenai ekonomi tidak semestinya tepat untuk hadapi keadaan semasa.

Kita pernah disyiokkan dengan janji hapus tol, turun harga minyak, pendidikan percuma dan sebagainya.

Tetapi apabila orang yang berkempen demikian menjadi kerajaan, tak dapat laksanakan pun.

Bukan salah mereka 100% – sebab mereka tidak ada data sebenar ketika berjanji.

Apabila memerintah, mereka boleh akses data sebenar, baharulah mereka sedar manifesto bukan kitab suci.

Maka hari ini pun lebih kurang sama.

Semasa membangkang atau di luar kerajaan, data yang ada kepada mereka adalah data 10 bulan yang lalu.

Dalam dunia serba pantas dan keadaan pendemik hari ini, data 10 bulan lepas boleh dikira outdated untuk certain parts.

Datuk Seri Najib lebih-lebih lagi mempunyai data yang ‘outdated’ maybe untuk certain parts jika beliau guna unjuran daripada data semasa beliau menjadi PM ditolak-tolak dengan pengucupan 22 bulan zaman PH. Barangkali.

Tetapi, Datuk Seri Najib mungkin juga mempunyai akses dalam kerajaan kerana BN turut berada sebahagian dalam kerajaan hari ini.

Akses tidak sepenuhnya, kerana beliau bukan PM dan Menteri Kewangan.

Suggestionnya mungkin menarik jika dinisbah pada zaman kegemilangan beliau sebagai PM.

Datuk Seri Anwar?

Data atau nostaligianya sebagai Menteri Kewangan terpower tentu jauh lebih outdated.

Walaupun begitu, zaman canggih hari ini tidak memustahilkan beliau ada perancangan yang baik untuk ekonomi negara.

Tapi… tapi… adoii berapa banyak tapi laa kalau cerita pasal kehebatan DS Anwar ni.

Serah kepada Isrwady lah kalau anda nak tahu lebih.

TS Muhyiddin?

Ini saya taktau dia punya plan atau mazhab ekonominya bagaimana.

Keputusan beliau mungkin melibatkan beberapa penasihat di sekelilingnya.

Nak ulas lebih, kena tahu siapa penasihat sekelilingnya itu.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

Ekonomi