YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Timbalan Presiden PAS menyebutkan tentang bakal termeterai kerjasama formal tripartite UMNO, PAS dan PPBM.
Insya Allah 18hb November ini kita duduk bersama dan bincangkannya di mesyuarat JK PERUNDING MUAFAKAT NASIONAL.
Usaha penyatuan ummah harus menjadi tanggungjawab utama dan berterusan kita.
Sudah terlalu lama politik kita berlegar sekeliling dua tiga personaliti dan bukan atas dasar perjuangan.
Sudah berkali kali politik nasional cuba diseret kerana mempertahan atau menentang individu.
Cukup cukuplah..
Malah panyatuan ummah tidak harus terbatas setakat UMNO, PAS dan PPBM sahaja.
Saya ingin menganjurkan pembentukan suatu GRAND COALITION yang melibatkan sekurang-kurangnya 12, 13 parti politik yang sealiran.
Mari kita garabkan penyatuan dan muafakat besar (GABUNGAN/MUAFAKAT NASIONAL) yang melibatkan BN, PN (anggota MN), GPS dan GRS.
Gabungan ini terhasil dari muafakat dan kerjasama berkesan anggota dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Beberapa parti yang bebas atau menolak PH boleh dibawa bersama. (WARISAN, MUDA, PEJUANG, BERJASA, IPF, MAKKAL, PCM DLL)
Yang penting kita tinggalkan politik yang berlegar sekeliling personaliti dan kita semarakkan politik penyatuan ummah yang mendahulukan kestabilan, ketahanan nasional dan kepentingan rakyat.
Semoga ia merupakan satu persiapan dan kesiapsiagaan untuk negara muncul perkasa pasca covid19 2021.