Lama dah duk fikir, dan baru hari nie dapat terluah bila berbual dengan seorang kawan yang bernama Eikhwan Ali perihal kerajaan, semestinya kerajaan yang PAS berada dalamnya.
Seronok tengok YB-YB PAS membangunkan infrastruktur di kawasan dan DUN masing-masing.
Kemudahan rakyat yang bertahun-tahun tidak dibaiki atau ditambahbaik, kini ditambah baik.
Ada yang 10 tahun duk guna jalan tanah merah dan batu kisar.
Sebabnya perbezaan politik.
Banyaklah cerita jika nak lontarkan disini.
Sehingga ada yang nakal gelar YB jalan.
Buat jalan tak kena, tak buat jalan lagi tak kena.
Begitulah nasib jadi orang politik.
Bagi aku, tak apa, sebab kita tahu jalan di jalan kawasan yang kita buat itu sudah lama dan perlu dibaiki pulih.
Kena YB PAS juga baru baik fasiliti dan kemudahan rakyat.
Dalam kegembiraan itu, aku rasa dan risau pada suatu hal.
Iaitu aspek pembangunan minda dan pemikiran rakyat.
Ya, pembangunan infra itu penting dan mesti dibuat, dan pembangunan minda juga mesti beriringan.
Teringat kalam TGNA (lebih kurang mafhum), kalau tak apa PAS dan UMNO pun, komunis pun reti buat jalan bahkan lebih hebat dari kita buat.
Benda-benda gini dok perlu Nabi ajar pun, kita reti nak buat benda-benda begini.
Tapi Nabi diturunkan untuk kerja besar iaitu ubah minda.
Jangan pula bila baca kata-kata nie, kita sekat peruntukan pembangunan fizikal, bukan tak boleh buat, bahkan kena buat dan buat yang lebih baik daripada kelompok lain yang buat.
Namun jangan sesekali tinggal pembangunan minda rakyat.
Kenapa mereka mesti pertahankan PAS dan memenangkan PAS dari sudut kepentingan Islam dan awam.
Jika bersebabkan pembangunan fizikal atau jalan, ketahui datang orang yang lain power buat jalan, rakyat akan gi ke dia pula.
Kita kena cari sebab yang lebih kukuh yang menggesa rakyat untuk bersama kita dan pertahankan kerajaan kita.
Tarik rakyat dengan pembangunan fizikal, teguhkan sokongan rakyat dengan pembangunan minda.
Begitulah aku duk berbebel depan Eikhwan.
Bagus kawan ni, dia dengar dan layan je apa yang aku cakap.
Esok mesti dia nak suruh belanja makan ikan kembong bakar.
Ahmad Fahmi Mokhtar