Tiada Lagi Penjualan Arak Di Kedai Runcit Di Kuala Lumpur

Tiada Lagi Penjualan Arak Di Kedai Runcit Di Kuala Lumpur

Berita baik kepada orang muslim khususnya pekerja muslim yang bekerja di kedai runcit dan serbaneka di Kuala Lumpur.

DBKL telah mengeluarkan garis panduan dan syarat permohonan baru yang melibatkan penjualan arak di Kuala Lumpur.

Bermula 1 Oktober 2021, penjualan minuman yang memabukkan tidak dibenarkan di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubatan cina di Kuala Lumpur kecuali untuk tujuan perubatan.

Selepas ini, pekerja muslim di kedai runcit yang ada menjual arak tidak perlu lagi bimbang untuk terlibat dengan penjualan arak, menyentuh minuman tersebut.

DBKL telah memuktamadkan Garis Panduan (GP) dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras WPKL bertujuan untuk mengawal kemudahdapatan penjualan dan pengambilan minuman beralkohol serta kawalan keselamatan, kesihatan warga kota.

BUKTIKAN keprihatinan anda!

Sokong dan Bantu kami untuk terus berjuang bersama Tabung Perjuangan PPIM.

Sumbangan bulanan anda akan terus menyokong usaha kami demi membela pengguna dan bangsa!

“Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan”

Ar-Rahman 60

Perjuangan Bersama Demi Pengguna!

Jom, bersama perjuangan ini!: https://sumbangan.ppim.org.my/

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dalam Negeri