Kisah ini ialah pada Jumaat 13hb November yang lalu….
Jam menunjukkan pukul 5.15 petang, tapi cuaca mendung.
Jo’ong kata orang Terengganu.
Suasana juga sejuk seperti hujan akan turun bila-bila masa.
Apabila sampai di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, kami lihat banyak kereta.
”Siapa agaknya yang datang?”, tanya suami yang memandu sambil meninjau.
Saya menghampiri Ustaz Haidar, pegawai khas YABHg. To’ Puan Seri Tuan Faizah sambil bertanya “ada guest ke?”
Saya menunjukkan sebuah MPV dengan nombor plat PAS xx di depan pintu masuk utama.
“Tok Guru dan PJ”, balas Ustaz Haidar.
“Akak nak jumpa mak kan. Tunggu jap ya, saya panggil. Mak kat kebun”, anak angkat Kak Zah menunjukkan isyarat tunggu.
Saya ikut sekali di belakangnya.
Sempat mengusik cucu sulung MB Terengganu ini yang sedang bermain air dengan seronok sekali.
Kak Zah berjalan pantas dan bertanya saya datang dengan siapa.
Selepas selesai urusan kami, saya mengambil peluang bertanya soalan yang jarang saya berani tanya.
“Kak Zah, kenapa mesti ke KL lusa?
“Penting sangat ke, Dr kan tengah sakit lagi”.
Kak Zah mengeluh kecil.
“Itulah… MB harap dapat jumpa PM dan pertimbangkan agar PKPB di Terengganu tidak dibuat terlalu lama.
“Kesian rakyat.
“Sedangkan kes di Rasau dah terkawal.”
Saya termenung.
Kehadiran Tok Guru dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu petang ini pasti sedikit-sebanyak berkait.
Kebiasaannya YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan merujuk dan memohon pandangan dari mereka dalam pelbagai isu.
“Macamana kaki Dr.?” suami saya bertanya.
“Masih fisio di rumah.
“Tadi pun Dr. Sam keluar duduk sini dengan kerusi roda, nengung duk tengok meja yang duk buat sebelum operate.
“Separuh jalan la, tak siap lagi meja tu”, Kak Zah menunjukkan alat pertukangan di depan.
Kami sedia maklum, Dr. Ahmad Samsuri amat gemar bertukang.
Betapa beratnya peranan seorang pemimpin negeri.
Fizikal yang sakit tidak menghalang minda terus berfikir demi rakyat.
Sudah tentu beliau membaca luahan dan komen rakyat melalui alam maya.
Atas sebab itu, sanggup pula pergi ke Kuala Lumpur demi mengadap Perdana Menteri.
Boleh saja beliau membuat panggilan telefon, tapi ianya tidak menampakkan kesungguhan seorang Menteri Besar dalam melaksanakan hasrat dan permohonan rakyat.
Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan kepada YAB Menteri Besar Terengganu serta kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu dalam melaksanakan amanah yang berat ini.
Suka tak dapat pimpinan macam ni?
Kalau suka, share la kisah MB Terengganu ni.
Jom kita doakan kebaikan buat Negeri Terengganu Darul Iman tercinta ini.