Normalisasi Israel Normalisasi DAP

Normalisasi Israel Normalisasi DAP

Jika dua bulan yang lalu kita dikejutkan dengan negara-negara Arab seperti UAE dan Bahrain mula menerima Israel dalam istilah normalisasi.

Hari ini kita dikejutkan dengan program bicara UiTM dan DAP.

Soalannya apakah pemikiran ala DAP telah berjaya menyusup dan membiak didalam sebuah Universiti yang rata-rata rakyat Malaysia ketahui penubuhan Institut ini adalah untuk menjaga dan memberi peluang serta salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini.

Ia merupakan visi untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain.

Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini.

Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956

Seperti mana dunia Arab satu demi satu negaranya sudah mula menerima Israel Zionis dalam istilah normalisasi, soalannya apa yang tinggal lagi kepada Palestin yang menjadi tunggak dan penyebab penyatuan ummah Islam se dunia sebelum ini atas nama keadilan.

Bila normalisasi di terima, pemikiran budaya yang berlawanan dengan Islam akan berlaku.

Sebagai contoh baharu-baharu ini UAE membenarkan pasangan yang tiada pertalian tinggal serumah.

Penulis pernah bertugas sebentar di Dubai UAE tahun 1980.

Pernah satu pagi, seorang lelaki expatriate asing hendak beriadah berjoging memakai seluar pendek turun dari apartmennya setiba dia di jalan raya belum sempat dia berlari, kedengaran bunyi hon kereta-kereta yang lalu lalang di jalan raya itu berbunyi kuat dibunyikan oleh pemandu-pemandu kereta disitu.

Terus pemuda asing itu lari kembali ke bilik apartmennya.

Hari ini mungkin sudah tidak janggal lagi berseluar pendek dikhalayak ramai di kota Dubai.

Itulah bahayanya normalisasi, selalunya si pelaku yang menyerap masuk siap dengan senjata ampuh terhadap mangsanya tetapi yang menjadi sasaran mereka akhirnya yang akan teranianya dan hilang segala nya.

Jati diri sebagai anak bangsa dan kemungkinan sebagai seorang Islam akan perlahan-lahan terhakis dalam erti kata hak kemanusian atau di tukar kepada istilah penyedap seperti Islam moderate dan sebagainya.

Jika UiTM yang di bina atas kesedaran membangun anak bumiputra sudah di lihat begitu lunak malah alumninya telah berjaya mewakili sebuah Parti Ultra Kiasu apa yang tinggal lagi kepadanya.

Status Universiti khusus untuk anak bumiputra akan terhakis kerana yang akan menjerit membenarkan kouta tambahan untuk bukan bumi bekasi UiTM sendiri yang melaung.

Soalnya apakah kita sahaja yang perlu normalisasi terhadap mereka kenapa tidak mereka normalisasi terhadap kita?

Adakah Evangelist telah mula menular ke UiTM atas nama demokrasi.

Adakah kita sudah terjebak sejengkal demi sejengkal ke dalam lubang biawak seperti mana hadith Rasulullah:

“Benarlah Dari Abu Said al-Khudri RH katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka?”

(Riwayat Muslim no: 2669)

Isu Semasa