Reaksi Pemimpin PAS Ke Atas Gesaan Ku Li Supaya UMNO Kaji Semula Hubungan Dengan BERSATU Dan PAS

Reaksi Pemimpin PAS Ke Atas Gesaan Ku Li Supaya UMNO Kaji Semula Hubungan Dengan BERSATU Dan PAS

Portal berita The Malaysian Insight semalam melaporkan kenyataan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mahu UMNO kaji semula hubungannya dengan BERSATU dan PAS.

Tanya beliau di pautan ini:

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/285043

“Apa untung kita (UMNO) berpakat dengan BERSATU?

“Apa untung kita (UMNO) berpakat dengan PAS?”

Reaksi Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ke atas laporan ini adalah:

“Ku Li harus melihat bagaimana MN berjaya merapatkan hubungan orang Melayu yang lama berpecah.

“MN adalah langkah terbaik membina kekuatan bersama, akibat perpecahan maka PH akan mengambil kesempatan atas perpecahan parti Melayu.

“Beliau perlu lihat dalam suasana baru politik Malaysia, dominasi BN sudah berubah dari keputusan PRU14 perlu diambil iktibar.

“Sebarang perpecahan akan melemahkan orang Melayu Islam negara ini.”

Reaksi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, ke atas laporan ini pula adalah:

“Dia hendak kembali ke belakang?

“Apa yang kita buat untuk kebaikan di masa depan.

“Cara dia berfikir cara zaman dahulu dan dia tidak boleh terima manfaat yang kita ada, selain daripada kerajaan yang kita ada sekarang ini.”

Sumber asal dan dari laporan portal berita Free Malaysia Today yang boleh dibaca di pautan ini:

https://www.freemalaysiatoday.com/…/pas-kita-kuat…/

Reaksi saya sendiri ke atas laporan ini pula adalah:

“Kalau gesaan untuk kaji semula ini adalah ke arah pengukuhan hubungan maka ia adalah sesuatu yang baik tetapi kalau ia adalah ke arah pemutusan hubungan maka ia adalah umpama satu kamikaze politik di saat parti-parti lain masing-masing sedang berusaha untuk membesarkan gabungan mereka dan di saat UMNO telah secara rasmi memutuskan bahawa ia tidak akan mempunyai apa-apa hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.”

Kamarul Yusoff

Politik