Maka bersyarahlah Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] dalam Parlimen:
“Sebagai seorang lawyer Tuan Yang di-Pertua yang kita sedikit sebanyak faham tentang budaya Westminster yang berlaku dalam Parlimen negara-negara Komanwel.
Apakah maknanya seorang yang bernama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berjumpa Queen ataupun Yang di-Pertuan Agong dalam negara kita dan nasihatnya ditolak?
Ini suatu makna yang besar dan pertama kali berlaku dalam sejarah negara Malaysia sejak merdeka, nasihat seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
By right, sebenarnya kerajaan ini telah jatuh.
Itu amalan dalam Parlimen Komanwel.
”Bukankah sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan dahulu, Jemaah Menteri di dalam mesyuaratnya pada 12 Disember 2018 telah bersetuju supaya Malaysia menyertai Statut Rome?
Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja terima atau tolak keputusan Jemaah Menteri ini?
Bukankah Jemaah Menteri yang sama di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri di dalam mesyuaratnya pada 5 April 2019 telah bersetuju membatalkan penyertaan Malaysia di dalam Statut Rome?
Dan ke mana pula hilangnya budaya Westminster yang Salahuddin Ayub cakap pada waktu itu?
Kamarul Yusoff