Apabila kita kemukakan sesuatu idea, kemudian orang pakat kritik dan bantai kita, kita jangan melenting dan marah kepada orang tersebut.
Cool down kejap, renung balik, kemungkinan idea kita tidak difahami dengan betul, ataupun orang tersebut tak dapat maklumat yang yang sebenar tentang idea kita.
Maka tugas kita adalah beri data, maklumat dan penerangan.
Kemudian jika dengan data dan maklumat tersebut mereka fahami, insya Allah mereka akan terima.
Melainkan jika mereka ada pandangan lain yang lebih baik.
Ketika itu, pihak mereka pulalah yang kena persembahkan data dan maklumat alternatif dan beri keterangan yang jelas untuk menyatakan idea mereka lebih baik.
Jika orang yang tahu bangkang idea orang tanpa bawa idea lain yang lebih baik, atau tanpa menyatakan di mana kesilapan data dan fakta mengenai idea orang – tahu bangkang dan bantai saja, maka takyah layan pun orang macam tu.
Lebih teruk kalau orang bagi cadangan supaya solat berjemaah saf rapat-rapat, kau bantai orang tu bodoh bahalul.
Orang bagi cadangan nak bantu rakyat, kau bantai orang tu penyamun perompak.
Orang bagi cadangan cetak duit kertas, kau (kita) gelakkan.
Sepatutnya, minta penerangan dulu, apa justifikasi idea dia, mana dia kutip idea tersebut, apa kredibiliti dia ke atas idea tersebut etc.
Selepas dia justify, baru lah bantai kalau idea dia memang bongok.
Tapikan, bab cetak duit tu rasanya dah terbukti tak relevan dalam sejarah-sejarahnya.
Tapi nak buat macamana, kita hidup dalam suasana hari ini, orang suka kecam sampai lumat dulu baru nak tabayyun.
Tak kira siapa, semua pakat pernah kena.
Kita pernah kena kecam tak ketahuan, dan kita pun pernah mengecam orang tak ketahuan hala jugak.
Sekian
p/s: zaman cashless ni, takyah cetak duit. Kau tolong edit je jumlah duit dalam akaun simpanan rakyat.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa