Ujian Dalam Perjuangan

Ujian Dalam Perjuangan

Antara sakit hati duduk dalam PAS dengan sakit hati dekat PAS, saya memilih sakit hati duduk dalam PAS.

Kalaulah hidup ini hanya sekadar melayan perasaan sendiri, tak mahu hati disakiti, nak duduk relaks dan tenang tenang, tak mahu diganggu atau terganggu sudah lama saya keluar dari PAS.

Rasanya sejak mula menyertai PAS (1986) sampai sekarang hampir setiap masa, ada-ada saja isu yang di timbulkan tentang PAS dari pihak lawan.

Pendek kata, kalau boleh semacam tak nak beri PAS ni bernafas walaupun seketika.

Akan tetapi jiwa ahli PAS selalunya sudah ditarbiyyah oleh pimpinan sejak mula lagi dengan ayat-ayat ALLAH yang menyejukkan dada dan melapangkan fikiran.

Kami memang tak takut akan celaan, malah sudah bersedia menerima kenyataan ini kerana ALLAH sudah menyebutkan.

Antaranya ialah ayat ayat ini:

لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Maksudnya: “Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

Ali Imran: 186.

Yang dipasakkan ke dalam kepala ahli ialah keyakinan bahawa PAS ini berjuang di landasan yang benar.

Antara buktinya ialah gerakan ini tak pernah sunyi dari tuduhan sesat, fitnah mehnah dan kata cela yang banyak.

Dengan bertali arusnya celaan tadi, jelas sekali menunjukkan yang PAS ini amat selari dengan ayat ayat ALLAH yang menyebutkan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: ‘Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

Al Maidah: 54.

Wahai yang di luar PAS.

Kalau anda nak tahu, di sinilah letaknya kekuatan PAS.

Mengapa ahli PAS tidak berganjak?

Adalah sangat salah kalau anda menyangka yang PAS ini mengajarkan taksub.

Tidak. Ahli PAS dapat membezakan dengan amat jelas antara taksub dan berpegang dengan ayat-ayat ALLAH.

Kerana itu, usahlah hairan kalau semakin laju fitnah atas PAS, semakin kejap pegangan ahli PAS.

Wahai yang di luar sana!

Tahukah anda bahawa, sebahagian dari nikmat berjuang itu ialah hati merasa tenang, gembira dan terhibur bila mendengar dan melihat lawan-lawan PAS terkial-kial mereka-reka fitnah dan caci maki, sedangkan fitnah itu sedikit pun tidak menjejaskan PAS, malah sebaliknya mengukuhkan lagi PAS dan perjuangannya.

Teringat kata-kata Almarhum Ustaz Bunyamin:

“PAS ni macam kayu tepi hidup tepi tangga orang Kampong. Tiap kali lepas asah parang atau pisau getah, kayu tu kena catuk dengan parang atau pisau getah untuk menguji ketajaman.

Lama kelamaan, kayu tu jadi makin keras sebab dah terbiasa jadi bahan ujian.

Kalau nak tahu macam mana rasa seronok itu ALLAH campakkan ke dalam hati kami orang orang PAS, masuklah PAS.

Benda ni kena rasa.

Selagi kamu tengok zahir atau baca buku saja, kamu tak akan mengecapinya, percayalah!

Kalau dalam buat maksiat pun ada rasa seronok, takkanlah ALLAH tak tahu bagaimana nak campakkan rasa seronok ke dalam hati orang-orang yang berjuang menegakkan Agama-Nya!

Politik