Ayah Bergaduh Dengan Besan, Anak Jadi Mangsa

Ayah Bergaduh Dengan Besan, Anak Jadi Mangsa

Setiap hari berita sama meniti dibibir rakyat, perang dingin menunggu meletus besar.

Rakyat makin keliru siapa kerajaan siapa pembangkang.

Siapa yang serang siapa bertahan?

Kebuntuan ini terus belenggu keluarga dan anak beranak.

Nak memahami cerita perang ini, saya analogi dengan cara yang mudah.

UMNO dan PAS telah mengahwinkan anaknya dengan anak PPBM.

Majlis perkahwinan ini diakad nikahnya oleh kadi yang sangat adil dan saksama.

Rukun nikah dan bacaan taklik nikah berjaya disempurnakan.

Dalam perkawinan keluarga besar ini, masing-masing diberi peranan masing-masing.

Anak UMNO dan PAS duduk di rumah PPBM dengan penuh harmoni sekali.

Zahid Hamidi dan Tuan Guru Haji Hadi gembira kerana anaknya diberi jawatan oleh Muhyiddin Yassin bagi memastikan keamanan dan kesejateraan rumah yang baru terbina ini.

Selepas beberapa minggu perkahwinan ini, UMNO tidak berpuas hati dan melancarkan perang dingin dengan PPBM walaupun dinasihatkan oleh PAS.

Sabar UMNO, anak kamu pun masih dalam rumahnya.

Fikirkanlah perasaan anakmu itu.

Baharu saja berkahwin, biarlah mereka membina kehidupan.

Tambah pula anakku (PAS) juga diberi amanah juga di dalam rumah itu.

Ini tidak adil, perkahwinan ini tidak berjaya tanpa anakku, anakku sepatutnya diberikan hak yang sama dengan anak-anaknya yang lain.

Ini perkara yang kotor.

Besanku ini tidak adil dan zalim.

Anakku lelaki, anaknya perempuan, jika ikut hukum, yang lelaki mesti mendapat harta yang lebih…..

“UMNO, walau anakmu lelaki, harta tak jatuh kepada anakmu kerana anakmu itu adalah menantu bahkan tiada hak menantu untuk menuntut harta melainkan itu hartamu, jawab PAS’.

Seburuk-buruk besanmu, anakmu masih berada dalam rumahnya, jika benar besanmu zalim, kenapa anakmu berkahwin dengan anaknya?

Beginilah, jika kamu tidak bersetuju atau marah sangat dengannya, fikirlah aib muka anakmu itu.

Apa perasaan anakmu jika ayahnya masih bertelagah dengan mentuanya?

Hari ini kau berperang dengan besanmu sendiri sedangkan anakmu masih mesra dengan menantumu.

Mereka bertungkus lumus menyelesaikan masalah dalam rumahnya.

Kita sebagai besan, berilah peluang kepada mereka.

Jika masanya sampai, kita bina rumah kita yang besar, ajak pula menantumu tinggal bersama kita.

Sekarang ini kita tiada rumah, macam mana nak ajak mereka tinggal dalam rumah kita.

Masa sekarang, kita bantu anak-anak supaya bekerja sebaik mungkin.

Jangan malukan kita, bila mereka baik dalam kerja itu petanda positif kepada kita sebab, akan ada yang bertanya, anak siapakah itu yang pandai buat kerja, rajin bantu orang.

Masa itu kita berbesar hati untuk mengaku itu anak kita.

Bila orang pandang anak kita baik, sudah pasti ada yang tercari-cari siapa orang tuanya.

Jika anak pun dah baik, bapanya lagi baik bukan?

Tapi janganlah kita asyik burukkan mentua anak kita, malu dekat jiran-jiran sebab perangai buruk kita.

Jika asyik kita sahaja burukkan mereka, baliknya akan kembali kepada kita juga nanti.

Sabar dan beri peluang kepada mereka.

Bila kita dah ada kekuatan dan modal besar untuk membina rumah, panggillah anak kita balik.

Jika besanmu tidak benarkan, arahkan anakmu cerai isterinya.

Sanggup?

Masa sekarang ini, kita pastikan semua anak-anak kita diam, jangan bercakap lagi tentang besan.

Bersambung….

Nak sambung lagi tak?

Wan Mahussin Wan Zain

Isu Semasa