Wakil Rakyat (Parti)

Wakil Rakyat (Parti)

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat serta rakan sekutu atas kesilapannya, jika tidak DAP harus berpisah dengan PKR membubarkan Pakatan Harapan dan menyusun semula barisan pembangkang di Malaysia. (1)

Itu adalah kenyataan dari Teh Hoong Keat, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP.

Sememangnya apa yang MP buat di Parlimen bukannya keputusan mereka sendiri tetapi mengikut arahan dari ketua politik masing-masing.

Dan sekiranya sesuatu langkah yang salah dibuat, ia semestinya salah ketua dan bukannya salah MP yang ikut arahan secara sukarela.
Emphasis – sukarela.

Mereka semua suka dan rela mengikut arahan itu.

Tiada paksaan.

Tapi salah ketua.

Jadi salah siapa pula apabila kamu semua sukarela pilih Anwar sebagai ketua pembangkang?

Patutkah pengundi salahkan Pakatan pilih Anwar dan sebelumnya Mahathir sebagai ketua?

Ataupun DAP sekarang nak mengaku mereka semuanya bukan wakil rakyat tetapi wakil parti dan apa yang mereka jual kepada pengundi adalah propaganda semata-mata saja.

Haha. Nak cakap lagi sekali.

Sukarela. Kamu semua yang suka dan rela menawarkan diri sebagai calon politik.

Suka dan rela masuk politik.

Tapi semestinya ia salah orang lain bila berlaku kesilapan.

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. Anwar cemar imej DAP — Teh Hoong Keat – https://www.projekmm.com/…/anwar-cemar-imej-dap…/1926808
Isu Semasa