Kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan Dewan Rakyat (DR) dalam meluluskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar atau Bacaan Kedua pada 26 November 2020 nampaknya akan menjadi punca kehancuran PH.
Inilah yang dinamakan rancangan jahat yang dibuat menghempap kepala sendiri.
Apa tidaknya, PH sebelum ini beriya-iya menyatakan penolakkan terhadap belanjawan ini, walaupun Yang di-Pertuan Agong telah mengarahkan supaya politiking dikurangkan dan belanjawan ini diterima, kini terperangkap di dalam jerat yang dipasangnya sendiri.
Para pemimpin PH dari DAP, PKR dan PAN, termasuk Pejuang dan Parti Muda telah secara terbuka menolak belanjawan ini.
Mereka mahu menjadikan belanjawaan ini sebagai ‘undi tidak percaya’ terhadap Perdana Menteri, sekali gus memaksa parlimen dibubarkan.
Dengan tindakan beberapa pemimpin Umno yang membuat ‘ugutan’ untuk tidak menyokong belanjawan ini, kelihatan rencana jahat PH hampir menjadi kenyataan.
Apa tidaknya, PN hanya mempunya 112 wakil, sedangkan pembangkang berjumlah 108, setelah dua ahli parlimen yang mempunyai 222 anggota itu meninggal dunia.
Ugutan-ugutan PH dan beberapa pemimpin Umno bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara, tetapi juga kepada kestabilan emosi rakyat.
Dalam keadaan rakyat sedang terdesak dengan pendemik Covid-19, di mana-mana rakyat bercakap tentang apa yang akan terjadi kepada politik Malaysia pasca 26 November 2020.
Adakah parlimen akan dibubarkan?
Apakah Perdana Menteri akan meletak jawatan?
Apakah pilihan raya akan diadakan dalam suasana wabak Covid-19 sedang merebak?
Apakah negara terpaksa didaruratkan?
Apakah PH akan kembali berkuasa?
Pelbagai persoalan berlegar di benak rakyat kerana rancangan jahat PH ini.
Rupa-rupanya rencana jahat ini menjadi seperti boomerang.
Ia berpatah balik kepada pihak yang membuat ulah.
Sekarang ia melanggar muka PH sendiri setelah Bacaan Kedua Belanjawan 2021 diluluskan.
Kini PH menanggung akibatnya.
Berapa ramai penyokong PH yang sebelum ini membawa pelbagai hujah kenapa belanjawan ini mesti ditolak, kini kesipuan.
Lebih parah lagi, apabila pemimpin PH mula menyalahkan sama sendiri, termasuk mula menyerang sesama sendiri.
Ada yang mendesak supaya Anwar Ibrahim meletak jawatan, ada yang mendesak supaya hubungan DAP-PKR diputuskan.
Bahkan, Tun Mahathir juga dilaporkan kecewa dengan yang berlaku sehingga menyebutkan bahawa tragedi politik ini mengenalkan mereka siapa kawan dan siapa lawan di kalangan mereka sendiri.
Kini, semakin jelas.
Bahawa pemimpin PH yang mewakili 108 kerusi di parlimen hanya buat-buat tidur sebantal tetapi mimpi mereka berbeza-beza.
Mereka nampaknya membuat rancangan untuk membunuh sesama sendiri.
Anwar Ibrahim yang mendakwa ‘got numbers’ sehingga hari ini tidak dapat membukti jumlah ahli parlimen yang menyokongnya.
Bukan yang menyokong untuk membentuk kerajaan baru, tetapi yang menyokong untuk menentang belanjawan pun tiada!
Semua pemimpin, ahli, pengundi dan penyokong PH telah tertipu.
Tidak sedikit di kalangan mereka yang cuba menutup malu di media sosial dengan menyumpah seranah para pemimpin PH.
Jika keadaan ini berterusan, di jangka usia PH tidak akan lama.
Keadaan politik mereka kian nazak.
Mereka ibarat singa tua yang sedang uzur teruk.
Mengaum kuat hanya untuk menakutkan musuh, tetapi ia sendiri bukan sahaja sudah tidak larat untuk bangun, bahkan sedang membilang hari untuk berpindah ke alam arwah.
Apa tidaknya, di kalangan pemimpin PAN, beberapa wakil rakyat mereja sudah melompat ke PKR, sedangkan pemimpin tertinggi PAN pula telah terpinggir dari perancangan politik DAP, sehingga mereka tidak tahu strategi di DR.
Pemimpin DAP pula mula mendesak supaya parti cauvenis itu memutuskan hubungan dengan PKR.
Paling menarik apabila pemimpin parti MUDA, serpihan Pejuang telah mendedahkan rancangan jahat PH ke atas rakyat sebagai strategi politik mereka.
Syed Sadiq seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini telah mendedahkan hal ini, selain mendakwa berlakunya korupsi di dalam mendiang Kerajaan PH dahulu.
Penasihat Pejuang, A Kadir Jasin pula mula menyerang Anwar Ibrahim.
Kita sudah keliru, apakah beliau masih penasihat politik Pejuang atau kini dia mulai ‘penin’-sihat atau telah berasa kurang sihat melihat keadaan politik PH.
Bagi para pemerhati politik, percakaran dalaman PH yang terhasil daripada ‘kegagalan’ mereka menolak Belanjawan 2021 bukan lagi kucah ‘kopi dalam cawan’, tetapi adalah ribut taufan yang akan memporak-perandakan PH.
PH pada hakikatnya tidak bersatu dan tidak memiliki kekuatan, tetapi sengaja mengambil strategi untuk menyerang Kerajaan PN bagi melempiaskan dendam mereka.
Dan ternyata belanjawan ini menjelaskan hakikat dalaman mereka.
Sebab itu orang tua-tua berpesan, kalau tinggal di rumah kaca, jangan dilastik rumah orang.
Sekarang rumah sendiri mulai retak dan bakal pecah berhamburan…