Kenapa Anwar Gagal Menentang Bajet Belanjawan?

Kenapa Anwar Gagal Menentang Bajet Belanjawan?

Yang Mulia Agung telah bertitah agar semua parti politik melupakan perbezaan mereka untuk meluluskan bajet 2020 demi membantu rakyat terutama orang yang terkesan oleh Covid 19.

Umumnya, PAS, PPBM, UMNO mengajak PH melupakan perebutan kuasa untuk sementara waktu dan menyokong penuh titah kebawah duli Agung untuk kebaikan rakyat.

Ironinya, PKR tetap berselindung dan berusaha merancang sesuatu untuk mendapatkan kuasa waima dengan pertolongan beberapa pemimpin UMNO.

Rakyat yang menanti dengan penuh debar akan kejutan dari PH pada hari pembentangan, akhirnya terkejut dengan kelesuan tindakan PH yang kebingunggan seperti ayam berak kapur, apabila hanya 13 orang yang bangun menentang bajet.

Apa sudah jadi?

Tidak sukar pun untuk memahami kenapa “warlords” PH tidak mampu mengambil peluang semasa pembentangan bajet 2020, kalau kita merujuk kepada Al-Quran.

Mari kita lihat surah Al Qalam: 28, “Berkatalah orang-orang yang bersikap adil diantara mereka: Bukankah aku telah berkata kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan fakir miskin daripada habuannya) amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatal rancangan jahat kamu)”

Bukankah Agung telah menyuruh PH menyokong bajet demi kebajikan rakyat, tetapi PH tetap merancang untuk berkuasa walaupun di waktu yang getir begini dan walaupun di waktu rakyat sudah kecewa dan marah dengan kerakusan nafsu PH untuk mendapat kuasa tanpa mempedulikan keadaan rakyat yang terhimpit dengan Covid 19?

Masih tidak insafkah PH bagaimana sekarang kes covid 19 meningkat dengan parah sekali hasil tangan mereka yang meluluskan PRN di Sabah?

Allah telah berfirman bahawa Allah berkuasa untuk menggagalkan sesuatu rancangan jahat pada bila-bila masa atau pada hari apa sahaja:

“(Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka dan mereka pula tidak diberi sebarang pertolongan. “

(At-Tur: 46)

Anwar yang pada mulanya begitu yakin dengan “nombor” dari UMNO akhirnya terkedu apabila tidak seorang pun pemimpin UMNO yang bangun menentang bajet.

Jadi pertolongan yang Anwar harapkan dari UMNO tidak kesampaian dengan kuasa Allah.

Hampir semua orang PH menyalahkan Anwar kerana gagal menggunakan peluang yang ada.

Kenapa orang Islam PH masih tidak menyedari yang Anwar tidak berkuasa?

Allahlah yang berkuasa keatas kita semua.

Allah boleh membolak-balik hati kita semua.

Jadi tidak pelik pun kalau Allah membalikkan hati Anwar dan yang lain-lain untuk tidak menentang bajet tersebut.

Bukankah hati kita semua itu dibawah kekuasaan mutlak Allah jua?

Allah berkata: “Aku tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya)” Al-Fil: 2.

Dr Muslim

Dalam Negeri