Chin Peng (Bukan) Seorang Wira

Chin Peng (Bukan) Seorang Wira

Chin Peng (bukan) Seorang Wira Mengikut media sosial, Chin Peng seorang pejuang kebebasan.

Untuk mendapat kepastian naratif tersebut, adalah lebih baik kita mengkaji pengalaman mereka yang hidup zaman itu.

Di dalam buku memoirnya, Chin Peng mengelar diri sendirinya sebagai ‘liberation fighter’ (pejuang kebebasan) setelah beliau menjadi saksi kepada kekejaman pihak British ke atas penduduk.

Communist Party of Malaya (CPM) dikatakan menjadi satu pergerakan yang popular akibat ketidakadilan meluas itu.

Chin Peng juga kata kepimpinan dan politburo (pembuat dasar polisi) CPM tidak pernah menerima pakai polisi yang kecam penduduk biasa dan mendakwa pihak British yang menggunakan taktik keganasan untuk mengekalkan penjajahan Malaya.

Akan tetapi, beliau juga pernah mengaku dalam temuramah dengan media Thailand bahawa pihak CPM mungkin juga melakukan kesilapan menyerang penduduk biasa tanpa sengaja. (1)

Pengakuan itu membebaskan beliau dari tanggungjawab ke atas keganasan yang pihak CPM buat kerana ianya dilakukan tanpa kelulusan pihak atasan CPM.

Itu adalah naratif dari Chin Peng, tetapi adakah itu pengalaman yang diceritakan orang Cina yang hidup masa itu?

Tidak sama sekali.

Berikut adalah penulisan Too Chee Chew:

“Tempoh tentera Jepun menyerah diri (selepas Perang Dunia Kedua) adalah masa pihak CPM mengadakan perbicaraan besar-besaran kerana tentera British belum kembali ke Semenanjung Malaya.

“Ramai orang didakwa berpakat dengan pihak Jepun masa itu dan penduduk biasa dipaksa hadir perbicaraan itu.

“Dalam masa enam bulan, pihak CPM mengawal sepenuhnya kawasan perbandaran kecil serta kampung-kampung terpencil sebelum tentera British (Allied forces) dapat mengadakan operasi mengambil alih semula kawasan itu.”

Saya akan kembali kepada Too Chee Chew nanti.

Satu lagi pengalaman yang diceritakan kepada saya adalah dari seorang pesara ketua polis Pulau Pinang Albert Mah.

Albert Mah – sebelum beliau menjadi Ketua Polis – telah berkhidmat sebagai pegawai Special Branch di bawah pemerintahan pihak British.

Beliau menceritakan bagaimana mukim Petaling Jaya ditubuhkan sebagai kawasan di mana penduduk Cina dapat diasingkan dari orang Cina yang berpegang kepada ideologi komunis.

Kita kena ingat bahawa bukan semua orang Cina bersetuju dengan falsafah Komunis masa itu.

Albert Mah menerangkan operasi yang dijalankan di kawasan perbandaran baru yang sebenarnya dikepong lebih macam ‘internment camp’ di mana pergerakan keluar dan masuk penduduk Cina dikawal rapi dan sesiapa yang nak keluar berkerja di ladang getah perlu menjalani pemeriksaan badan untuk memastikan tiada bahan makanan dibawa keluar. (2)

Ini adalah untuk keselamatan penduduk itu sebab mereka tidak akan diugut untuk memberi makanan kepada askar CPM sekiranya mereka tidak ada makanan.

Tapi itu adalah sebahagian daripada alasannya.

Seorang lagi pesara pegawai Special Branch memberikan gambaran apa sebenarnya maksud pengaruh Komunis itu.

————————-

Bekas pegawai Special Branch ACP (Rtd) Jeremy Ting berkata bahawa Chin Peng adalah pengganas dan kematiannya sepatut menutup sejarah hitam negara kita pada zaman itu.

Ting mengatakan Chin Peng dengan CPM serta North Kalimantan Communist Party (NKCP) di Sarawak berperang untuk mengembalikan Malaysia ke arah negara Komunis – sesuatu ideologi yang cukup asing bagi dunia masa itu.

“Saya cukup terperanjat kenapa ramai orang Cina nak kebumikan abu mayat Chin Peng di Malaysia.

Saya tak dapat lihat logiknya.

Mereka berhujah bahawa Chin Peng adalah pejuang kebebasan yang menyumbang kepada kemerdekaan Malaysia.

“Saya tertanya sama ada mereka yang berhujah macam itu mempunyai ahli keluarga yang menderita di bawah pemberontakkan Komunis masa itu.

“Saya percaya mereka tidak pernah melalui zaman itu, di mana ibu bapa mereka dibunuh dan keluarga dihalau dari kediaman selama 40 tahun dengan ancaman dan kekejaman yang dimulakan pihak Komunis.

“Saya percaya mereka tidak memahami perasaan seorang ibu bapa di mana anak mereka dipujuk menyertai pihak Komunis dan tidak meninggalkan sebarang notis.

“Ada diantara kanak-kanak yang saya pernah saksi hanya berumur 14-tahun.

“Jadi janganlah sekali-kali menganggap Chin Peng sebagai seorang wira,” kata Ting kepada Borneo Post. (3)

————————-

Propaganda untuk memujuk kanak-kanak menyertai CPM adalah sesuatu yang menakutkan ramai ibu bapa Cina, tetapi ada juga propaganda yang ditujukan kepada orang Cina dewasa.

“Salah satu propaganda yang cukup menarik dan popular dari pihak Komunis adalah reformasi undang-undang tanah untuk membenarkan orang biasa mendapat tanah mereka sendiri.

“Pihak CPM mengeksploitasikan situasi itu kerana ramai orang Cina miskin masa itu yang tidak mempunyai tanah mereka sendiri.” – Too Chee Chew dalam buku Defeating Communism in Malaya’, Military Review, August 1967.

Tawaran pemilikan tanah oleh pihak CPM dibalas oleh pihak British dengan penubuhan kawasan perbandaran khas dengan peluang untuk membeli dan memiliki tanah persendirian kepada orang Cina.

Nota: Itu antara sebabnya kawasan ‘New Village’ seperti Petaling Jaya dimulakan.

Banyak idea dan konsep ini diilhamkan oleh Too Chee Chew.

Jadi siapakah Too Chee Chew?

Penulisan Psychological Warfare of the Malayan Emergency, 1948-1960 memberikan gambaran berikut:

————————————————–

Setiap buku yang ditulis mengenai Kecemasan Malaya memberikan kredit kepada Too Chee Chew sebagai dalang dalam operasi psikologi tentera British terhadap pihak Komunis yang akhirnya menamatkan riwayat CPM.

Pada awal tahun 1950, jabatan Emergency Information Service ditubuhkan.

Too Chee Chew menyertai organisasi itu pada Februari 1951.

Beliau memulakan pengajian ke atas cara pemikiran dan strategi pihak musuh dan meminta kesemua dokumen Komunis yang dapat dirampas diberikan kepadanya untuk dibaca.

Oleh kerana dia memahami perkataan dan terminologi yang digunakan oleh Komunis Cina, dia dengan cepatnya menjadi pakar dalam hal ehwal CPM dan selalu membetulkan terjemahan yang dibuat pegawai kerajaan dan pegawai British.

Akan tetapi, masih terdapat banyak perselisihan dengan cara pihak British menggunakan informasi itu ataupun informasi itu tidak di pedulikan langsung.

Ini menyebabkan Too Chee Chew untuk letak jawatan pada Mac 1953.

Pada awal 1955, O. W. Wolters dinaik pangkat sebagai ketua jabatan Psychological Warfare Section dan dia membawa Too Chee Chew balik untuk berkhidmat pada April 1955.

Too Chee Chew kemudiannya dijadikan ketua cawangan pada Nov 1956 dan menjadi pakar di dalam kegiatan ‘study and research’.

Beliau mahu mengenali pihak Komunis serta teori mereka lebih dari apa pihak Komunis sendiri kenal.

Oleh itu, Too Chee Chew dapat mengenal pasti tindakan yang akan diambil oleh pihak Komunis sebab dia dapat berfikir macam mereka.

Too Chee Chew dapat bersimpati dengan orang biasa yang menyertai perjuangan Komunis kerana mereka percaya apa yang diperjuangkan adalah untuk mencipta dunia yang lebih baik.

Oleh itu, Too Chee Chew tidak benci kepada pihak CPM dan tidak cuba mencari dan seterusnya membunuh mereka.

Beliau akan menulis propaganda yang akan disebarkan melalui risalah dan menggunakan radio untuk meyakinkan pejuang Komunis bahawa ideologi Komunisme antarabangsa adalah satu penipuan dan mereka boleh menolong lebih ramai orang sekiranya mereka kembali kepada pihak kerajaan.

Too Chee Chew mengalu-alukan pembelot Komunis dan memberi mereka layanan bagus supaya mereka juga boleh menjadi saksi dan meyakinkan rakan perjuangan mereka untuk menyerah diri. (4)

————————————————–

Jadi Too Chee Chew bukan saja mengilhamkan taktik untuk membanteras Komunis, dia juga menolong pihak British mengelak melakukan kesilapan yang lebih besar.

Apa yang saya ceritakan pada mulanya di mana Chin Peng mengatakan pihak British menggunakan kekerasan dan keganasan untuk menguasai Malaya, itu sebenarnya taktik kerajaan British pada awalnya.

Pada 16 Jun 1948, pihak British telah mengisytiharkan darurat selepas tiga orang pemilik ladang Eropah dibunuh.

Noel Barber, penulis buku The War of the Running Dogs: the Malayan Emergency 1948-1960, menjelaskan apa yang berlaku masa itu:

“Selepas pembunuhan itu, keutamaan pihak British adalah untuk membalas dendam.

Ini mewujudkan kempen yang bukan saja menjejaskan keselamatan pemberontak Komunis tetapi juga penduduk biasa yang menolong pihak Komunis walaupun penduduk itu mungkin dipaksa untuk menolong pihak Komunis.

Too (Chee Chew) tidak bersetuju dengan konsep ini.

“Tiada gunanya kamu benci kepada CT dalam propaganda kamu,” kata Too.

“Kamu boleh benci apa mereka buat, tapi kamu juga kena ingat bila kamu hantar risalah kepada CT di dalam hutan, kamu tak akan pasti Komunis jenis apa yang akan baca risalah itu…

Falsafah Too Chee Chew adalah:

Jangan berkhutbah.

Jangan Berteori (Buat Anggapan).

Jangan kata “kan dah cakap..”

Jangan buat propaganda berdasarkan kebencian.

Salah satu ‘catchphrase’ Too Chee Chew adalah, “Kamu manusia dan manusia kesemuanya buat kesilapan.”

Nota: pihak British mengelar pihak Komunis sebagai CT ataupun Communist Terrorist dan bukannya Malayan Communist.

Penggunaan gelaran itu bermaksud pihak musuh adalah pengganas dan bukannya orang yang kita patut bersimpati.

Segala naratif sehingga ini adalah mengenai peperangan di antara CPM dan kerajaan British, tetapi ia juga penting untuk menyatakan bahawa banyak lagi peristiwa yang berlaku serentak seperti perjuangan Hartal oleh rakyat biasa untuk mendapat kemerdekaan dari pihak British.

Walaupun Chin Peng dan orang yang bersimpati dengan falsafah Komunisme akan berhujah mereka menentang pihak British untuk kepentingan rakyat biasa, hujah mereka gagal pada saat Perdana Menteri pertama Malaya Tunku Abdul Rahman membuat deklarasi “Merdeka”.

Malaya sudah bebas dari kuasa British masa tu dan sekiranya pihak CPM teruskan perjuangan mereka, maka peperangan dilakukan ke atas kerajaan baru Malaya dan bukannya pihak British lagi.

Oleh itu, Tunku Abdul Rahman membuat tawaran pengampunan seperti dalam risalah yang dilampirkan:

————————————————–

Leaflet 4786/HPWS/181 is a two-sided Merdeka amnesty leaflet.

The code “HPWS” stands for Head, Psychological Warfare Section.

On the front it depicts the letter to the insurgents at left signed by the Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, and the English language text along the right side and bottom reads:

THIS MERDEKA OFFER IS NOW EXTENDED TO THE 30TH APRIL 1958. ATTENTION THE GUARANTEE THAT GOVERNMENT WILL NOT PROSECUTE THOSE COMMUNIST HELPERS WHO ASSIST IN INDUCING M.C.P PERSONNEL TO ACCEPT THIS OFFER IS ALSO EXTENDED UNTIL 30TH APRIL 1958.

The back of the leaflet features a safe conduct message in English and the three main Malay languages.

It is: SAFE CONDUCT PASS TO MCP PERSONNEL

1. This safe conduct pass will help you come out of the jungle safely.

2. Wave this safe conduct pass when you meet anyone. TO MEMBERS OF THE PUBLIC

1. The bearer of this SAFE CONDUCT PASS wishes to leave the jungle and come out to the authorities.

2. Please help the bearer to do so – there will be a reward for you.

Notice that the leaflets no longer use the word ‘Surrender,’ but instead say ‘come out.’

It was believed that this would make it easier for the Chinese guerrilla to defect while saving face.

————————————————–

Terdapat banyak tawaran kepada pihak CPM untuk berhenti berperang, tetapi mereka tidak berbuat demikian.

CPM meneruskan perjuangan dengan Malaya dan seterusnya Malaysia sebelum mereka akhirnya menarik diri ke sempadan Thailand dan berkawan dengan tentera Thai.

Apa yang CPM dan orang yang bersimpati dengan Chin Peng tidak faham ialah penduduk Malaya masa itu telah membuat pilihan kerajaan apa yang mereka nak – iaitu kerajaan berperlembagaan di bawah naungan Sultan-Sultan Melayu dan CPM sebenarnya menderhaka dan berperang dengan negara baru pilihan rakyat semua (Melayu, Cina, India).

Rakyat Malaysia sepatutnya raikan dan mengingati sumbangan orang Cina seperti Too Chee Chew, Albert Mah dan Jeremy Ting dan bukannya Chin Peng.

Tapi siapalah Cinapek semua ni sedangkan ada orang Melayu yang menyatakan bahawa orang Cina perlu menentang ideologi Komunisme.

Oleh kerana saya terpaksa menceritakan bahawa orang Cina pernah berjuang untuk Malaya / Malaysia bermaksud sejarah ini bukannya apa yang pemimpin negara kita nak kita ketahui.

DAP nak promosikan Chin Peng sebagai seorang pejuang kebebasan.

Umno pula tak mahu mempromosikan sumbangan orang Cina sebab Umno adalah sebab tunggal Malaya mencapai kemerdekaan.

Tapi sejarah diceritakan oleh pihak yang menang.

Dan kita semua mempunyai prasangka masing-masing.

Apapun pegangan politik anda, saya berterima kasih kerana anda baca sehingga penghujung ringkasan sejarah Malaysia secotek ni.

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

1. Chin Peng tale shows difficulties of confronting history – https://www.bangkokpost.com/…/chin-peng-tale-shows…

2. Albert Mah – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=352124599060811&id=337348560538415

3. ‘Chin Peng must be remembered as a terrorist’ – https://www.theborneopost.com/…/chin-peng-must-be…/

4. Psychological Warfare of the Malayan Emergency, 1948-1960 By SGM Herbert A. Friedman (Ret.) – https://www.psywar.org/malaya.php

Isu Semasa