Untuk makluman, jalan menuju ke Kuala Terengganu melalui Kerteh (berhampiran Kg Labohan) ditutup untuk semua kenderaan kerana berlaku keruntuhan dan jalan menjadi berlubang.
Saya dimaklumkan “Culvert” yang lama telah rosak dan airnya menghakis tanah sehingga menyebabkan jalan tersebut menjadi sedemikian.
Saya telah berjumpa dengan pengurusan Roadcare dan dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membaik pulih dan menukar terlebih dahulu “Culvert” tersebut dan juga di kawasan-kawasan sekitarnya.
Kerja-kerja baikpulih keseluruhan ini dianggarkan mengambil masa sekitar dua minggu.
Pengguna jalanraya dinasihatkan menggunakan laluan lain seperti Lebuhraya Exit Cabang atau melalui jalan “Airport Kerteh” ke Ranggun/Batu Putih seterusnya keluar melalui Ketengah Jaya/Paka.
InsyaAllah, saya akan sentiasa mengambil maklum mengenai proses baikpulih jalan ini dari masa ke semasa.
Maaf diatas kesulitan yang berlaku.
YB Haji Hanafiah Mat


