Portal berita The Malaysian Insight pada 4 Disember 2020 telah memetik beberapa dakwaan liar terhadap PAS oleh tiga penganalisis, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, Mohamad Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre dan Dr Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
Saya terpanggil untuk menyangkal dakwaan-dakwaan yang tidak benar ini, berdasarkan fakta-fakta dan hujah-hujah dibawah.
Walau bagaimana pun, saya bukan pemimpin PAS dan bukan juga mewakili PAS tetapi sekadar penganalisis bebas yang rasa tercabar untuk menerang hakikat yang sebenar.
Dakwaan 1:
PAS akan bersekutu dengan sesiapa sahaja (will work with anyone), akan bersetuju dengan apa sahaja (will agree to anything) dan akan melakukan apa sahaja (will do anything) bagi memastikan survival mereka dan bagi memastikan mereka tetap relevan.
Jawapan 1:
Adakah PAS bimbang dan terdesak untuk tetap relevan dan “survived”?
Jawapannya “TIDAK”, berhuruf besar.
Mari kita lihat fakta.
Daripada keputusan PRU 14, secara kasar PAS mendapat 3 kali ganda undi PPBM, 3 kali ganda undi PAN, 3 kali ganda undi MCA, 12 kali ganda undi MIC.
PAS memenangi 18 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN, sedangkan PAN hanya memenangi 11 kerusi parlimen dan 34 kerusi DUN.
Hanya PAS bertanding solo pada PRU 14 sedangkan DAP, PAN, PKR, PPBM mendapat undi campuran.
Jadi, sepatutnya PAN dan yang sama dengannya patut merasa lebih gusar daripada PAS tentang survival mereka pada PRU 15 nanti sebab mereka berkongsi undi.
Professor Dr Kurniawan pernah merumuskan bahawa Amanah (PAN) dikira tiada kekuatan langsung dan hanya menumpang kekuatan parti-parti dalam pakatan mereka.
(https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/77974)
Pada PRU 14, PAS boleh memerintah 3 negeri sedangkan PAN, satu negeri pun tidak dapat.
Jadi, sepatutnya PAN merasa lebih gusar daripada PAS tentang survival mereka pada PRU 15 nanti.
Gabungan PAS dan UMNO dalam MN telah membangkit tsunami Melayu yang menolak parti-parti PH sehingga 7 dari 8 PRK terakhir dimenangi oleh BN.
Berdasarkan trend penolakan pengundi terhadap PH pada PRK-PRK yang lepas, gabungan PAS dan UMNO mampu menang sehingga 160 kerusi parlimen dan PAN hanya mampu mempertahan 2 kerusi parlimen sahaja, sementara semua 29 kerusi DUN PAN bakal hilang.
Dalam lain perkataan, kalau sentiment tolak PH oleh pengundi Melayu terutamanya dan bukan Melayu, PAN bakal tinggal dua batu nesan.
(Boleh baca kajian saya yang lalu di Mampu Centre).
Seandainya PAS ditakdir bertanding solo pada PRU 15, PAS mungkin boleh memenangi 4 negeri berdasarkan sambutan pengundi yang amat menggalakkan pada PRU 14.
Dan PAS tidak merasa gentar pun bertanding solo.
Tetapi beranikah PAN untuk bertanding solo?
Kalau tidak berani, maka PAN sememangnya lemah dan sepatutnya dakwaan “survival” ini ditujukan kepada PAN bukan kepada PAS.
Jadi kesimpulannya, dari bukti-bukti di atas sepatutnya PAN lebih merasa gusar tentang survival politik mereka dan bukannya PAS.
Kalau PAS sudah tidak merasa bimbang dengan “survival” politik mereka, jadi dakwaan yang PAS akan bersekutu dengan sesiapa sahaja (will work with anyone), akan bersetuju dengan apa sahaja (will agree to anything) dan akan melakukan apa sahaja (will do anything) sudah tidak relevan.
KEKUATAN PARTI PRU 14 (Jumlah undi):
1. UMNO 2,525,713
2. DAP 2,098,068
3. PKR 2,046,394
4. PAS 2,032,080
5. PPBM 718,648
6. PAN 655,528
7. MIC 167,061
8. MCA 653,346
9. GERAKAN 128,973
(rujukan: Election Commission of Malaysia/ SPR)
Dakwaan (2):
PAS menjaja agama untuk kepentingan sendiri (peddles religion to serve itself)
Jawapan (2):
Menjaja agama bermaksud menjual ugama untuk mendapatkan rasuah dan lain-lain.
Kepentingan sendiri ialah sesuatu yang penting atau yang sangat dihargai.
فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Maksudnya: “Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.”
(Al-Maidah: 44)
71 ahli politik dari BN dan 21 dari PH telah disiasat kerana rasuah antara 2013 hingga 2017, tetapi tiada seorang pun dari PAS.
Jadi dimana bukti yang ahli politik PAS menjaja Agama untuk mengambil rasuah?
https://www.freemalaysiatoday.com/…/bn-71-ph-21-ahli…/
“Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa rasuah RM6.3 juta”, lapor Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/…/bekas-setiausaha-politik…
Allah SWT menjelaskan bahawa berniaga di musim haji bukanlah satu kesalahan, walaupun berniaga adalah keuntungan yang bersifat duniawi.
Ini dapat dilihat dari firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 198:
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ ۚ
Maksudnya: “Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji)”.
Menurut Imam Ghazali, para ulama sepakat memfatwakan bahawa harus berniaga dalam musim haji.
Jika dalam hati seorang pejuang Islam telah bertekad bahawa matlamat utamanya hanyalah kerana Allah, soal memperolehi harta rampasan atau tidak adalah soal kedua, maka ia tidak akan memberi kesan terhadap matlamat utamanya.
Rujukan: Azhar bin Abdul Wahab dan Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman (2017).
PERSPEKTIF AL-SUNNAH TERHADAP PEMBERIAN GAJI DAN IMBUHAN KEPADA GURU DAN PENCERAMAH AGAMA: SUATU HURAIAN DESKRIPTIF – Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE). Vol. 3: no. 6 (2017) page 108–132 | gbse.com.my | eISSN 24621714|
Jadi sama juga jika matlamat utama ahli politik PAS yang ikhlas kerana Allah tidak mempeduli samada ada jawatan GLC atau tidak, maka jawatan GLC tidak mempengaruhinya.
Soalnya bagaimana seseorang boleh tahu isi hati seseorang ahli politik itu mencari kepentingan diri atau tidak?
Kalau tidak tahu, adalah lebih baik tidak membuat dakwaan rambang.
Hujah terakhir saya, sekiranya dakwaan ini benar bahawa PAS menjaja agama untuk kepentingan sendiri, maka ini juga bermakna pemimpin PAN juga menjaja agama semasa mereka bersama PAS sebelum mereka keluar PAS pada tahun 2015.
Kalau pemimpin PAN menyangkal yang mereka menjaja agama semasa dalam PAS, maka dakwaan keatas PAS ini pun adalah tidak benar.
Dakwaan (3):
“PAS menggunakan nama Islam tetapi ia bukanlah parti Islam yang sebenar-benarnya.” (“PAS uses the name of Islam but it is not really an Islamic party”.)
Jawapan (3):
FASAL 1. Nama: Nama pertubuhan ini ialah ‘Parti Islam Se-Malaysia’ ringkasnya disebut ‘PAS’ sahaja.
FASAL 3. Dasar: Dasar PAS ialah ISLAM
PAS tidaklah sempurna tetapi tidak ada parti lain yang sehampir dengan PAS dari segi perjuangan Islamnya.
Buatlah kajian yang adil dan bandinglah dengan parti-parti lain yang ada di Malaysia.
Dakwaan ini tidak menjadi persoalan kerana semua dasar boleh dirujuk dalam buku perlembagaan PAS.
Ini sekadar cubaan membina persepsi yang tidak benar ke atas PAS.
Dakwaan (4):
“PAS tiada arah tujuan, mereka mengamalkan politik pragmatik yang boleh disamakan dengan politik demi kepentingan diri.” (“They have no known direction, they practise politics of pragmatism which can be construed as selfish politics.”)
Jawapan (4):
FASAL 5.
1) Tujuan PAS ialah: Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Saya sudah jawab dengan panjang lebar dalam Jawapan (2) pasal politik kepentingan diri.
Dakwaan (5):
“Pemimpin-pemimpin PAS sekarang telah menyimpang dari perjuangan. Mereka sekarang hanya berjuang untuk kuasa dan wang.” (“The current crop of PAS leaders has deviated from the struggle. They are now in it for power and money.”)
Jawapan (5):
Apakah bentuk penyimpangan pemimpin PAS sekarang?
Perlu dihuraikan apa bentuk penyimpangan kerana “general statement” macam ini sukar mendapat jawapan yang spesifik.
Dakwaan “berjuang untuk kuasa” adalah tidak relevan kerana semua parti memang berjuang masuk pilihanraya adalah untuk mendapat kuasa.
Kemenangan pilihanraya akan memberi sesuatu parti atau pakatan politik, kuasa untuk memerintah (kuasa Eksekutif) dimana semak dan seimbang (check and balance) diantara kuasa Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman (Judisiari) akan berlaku.
Ironinya, bodohlah kalau PAS berjuang bukan untuk mendapat kuasa, sedangkan parti-parti yang lain semuanya mahukan kuasa secara pengundian oleh rakyat.
Dakwaan “berjuang untuk wang” sukar untuk dibuktikan kerana ia berkait rapat dengan niat seseorang.
Dakwaan ini tidak tepat.
Sebab utama, tahukah kita niat hati setiap orang pemimpin yang mereka berjuang untuk wang?
Ada banyak kejadian dimana Rasulullah S.A.W. tahu apa yang diniat didalam hati seseorang sama ada secara langsung dari Allah S.W.T. ataupun melalui malaikat Jibril (a.s.).
Contoh, Umair ibnu Wahab bertolak dari Mekah untuk membunuh Nabi Muhammad SAW di Madinah tetapi Nabi Muhammad telah tahu niat beliau dan memberitahu beliau setibanya di Madinah.
Umair terkejut dan terus masuk Islam.
Ini diceritakan dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Saya tidak terkejut kalau Nabi Muhammad boleh tahu niat seseorang, tetapi saya terkejut kalau ada orang yang boleh tahu niat pemimpin-pemimpin PAS berjuang hanyalah kerana wang.
Jadi, berhentilah mendakwa sesuatu yang kita sendiri tidak tahu apakah niat didalam hati seseorang, kerana ia boleh membawa kepada dosa.
Atau kita hanya berprasangka?
Atau disebabkan ahli politik itu berumah besar dan berkereta besar, maka kita membuat andaian yang dia berpolitik kerana wang, sedangkan mungkin sebelum masuk politik pun memang beliau sudah sedia kaya raya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
(Al-Hujurat: 12)
Kalaulah hendak buat dakwaan biarlah disertakan secebis sandaran walaupun sekadar tajuk berita seperti ini:
“Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa rasuah RM6.3 juta”, lapor Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/…/bekas-setiausaha-politik…, dakwaan ini tidak berasas.
Kesimpulannya, dakwaan kosong ini mungkin bertujuan untuk membina “strawman fallacy” untuk perang persepsi.
Namun tidak ramai orang Melayu yang akan percaya dakwaan yang tidak berasas sebegini, kalau berdasarkan perkiraan kasar di PRK Tanjung Piai, yang hanya setakat di bawah lima peratus sahaja pengundi Melayu yang menyokong PH dan 95 peratus menyokong koalisi MN.
https://www.sinarharian.com.my/…/PH-raih-lima-peratus…
Dakwaan (6):
Ini bukanlah kepimpinan PAS dari masa Nik Aziz. Pemimpin-pemimpin PAS waktu itu alim dan mengamalkan kesederhanaan; sekarang mereka hanya mahu wang dan kuasa.” (“This is not the PAS leadership of Nik Aziz’s time. The PAS leaders then were pious and practiced austerity; now they just want money and power.”
Jawapan (6):
Jawapan (5) telah menjawab hampir semua dakwaan (6) ini.
Bezanya yang ini membandingkan pimpinan era Tuan Guru Nik Aziz dan era Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi sekarang.
Apa yang hendak di bezakan?
Kalau kita hendak bandingkan antara perompak dan pakar motivasi memang ada beza, tetapi kalau antara dua pakar yang sama bidang, maka tidak banyak kelainan pun.
Samalah kalau hendak dibandingkan antara dua ulamak, Tuan Guru Nik Aziz dan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi, tidak banyak pun perbezaan.
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Sama juga pimpinan dahulu dan sekarang pun mesti ada serba sedikit kelainan.
Kealiman dan kesederhanaan itu bersifat turun naik bukan statik.
Yang penting bagi ahli-ahli PAS ialah dasar Islam PAS yang tidak bertukar.
Pemimpin akan bertukar-ganti.
Jadi adakah ahli-ahli PAS perlu bertukar parti setiap kali pemimpin lain yang kurang alim naik?
Bukankah dengan itu bermakna kita berjuang bukan kerana Islam tetapi kerana siapa pemimpin sesuatu Jemaah itu?
Selagi pemimpin PAS tidak mengajak kepada maksiat, maka selagi itulah ahli PAS akan taat.
Kesilapan ramai pendengki PAS ialah menganggap ahli-ahli PAS taksub dan wala’ buta kepada pimpinan.
Sedangkan ahli-ahli PAS amat faham dan patuh akan ayat-ayat Quran dan hadith ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu”.
(An-Nisa:59);
“Sesiapa taat kepada Pemimpin, maka dia telah taat kepada-ku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepada-ku”.
(HR Bukhari No. 2957);
“Kamu wajib patuh dan setia, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu”.
(HR. Muslim No. 1836).
Sayyidina Umar R.A pernah berkata, “Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepemimpinan dan tiada kepemimpinan tanpa taat”.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga pernah mengingatkan, ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak, namun ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat.
“Jika kamu masuk ke dalamnya, nescaya kamu akan kekal di dalamnya sehingga kiamat. Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat. Sesungguhnya ketaatan hanya dalam perkara kebaikan.”
(HR Bukhari)
Dakwaan (7):
“Tatkala PAS memaparkan imej yang lebih ekstremis dan radikal, ia sebenarnya akan menarik lebih ramai penyokong muda.” (“As PAS exudes a more extremist and radicalised image, it would actually attract more younger supporters.”)
Jawapan (7):
PAS secara tidak adil disebut sebagai ekstremis apabila PAS tidak pernah menyetujui pergolakan militan.
Malah pada tahun 2014, Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung parti mengatakan bahawa PAS telah memecat tiga anggota kerana didakwa terlibat dalam kegiatan militan.
“Kami telah memutuskan untuk memecat mereka sebagai ahli PAS setelah presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan baru-baru ini bahawa ahli parti hanya boleh terlibat dalam gerakan kkkeamanan,”
https://www.nst.com.my/…/pas-sacks-3-over-alleged…
Tun Mahathir juga mengulas kejadian baru-baru ini di Perancis.
“Pembunuhan itu bukanlah tindakan yang saya setujui sebagai seorang Muslim,” tulisnya, tetapi menambahkan bahawa ada batas pada kebebasan bersuara.
“Anda tidak boleh mendekati seorang lelaki dan mengutuknya hanya kerana anda mempercayai kebebasan bersuara.”
https://asia.nikkei.com/…/Mahathir-on-killings-in…
Oleh itu, imej PAS yang radikal secara tidak sengaja dipaksa masuk ke kerongkong kita mungkin kerana kejadian ganas berlaku di tempat lain yang tidak berkaitan dengan PAS.
Presiden PAS telah menolak mereka yang cuba menyembunyikan ketenteraan mereka dalam PAS.
Dakwaan (8):
“PAS sedang merancang untuk jangka panjang dan bukan untuk memenangi angka-angka dalam beberapa pilihan raya akan datang. Mereka percaya jika agenda keagamaan mereka dibenarkan untuk berkembang, akhirnya seluruh negara akan mempunyai orientasi agama dalam pandangan sosio-politinya, dan pada waktu itu tarikan teokratik PAS tidak akan boleh ditolak dan pilihan raya sekular juga akan menjadi tidak perlu (“PAS is planning for the long-term and not on winning numbers in the next few elections. They believe that if their creeping religious zealotry agenda is allowed to spread, eventually the whole country would be religion-oriented in its socio-political outlook, by which time PAS’ theocratic appeal would be irresistible and even secular elections would become redundant.”)
Jawapan (8):
Masih belum diketahui apa yang akan dilakukan oleh PAS pada masa akan datang.
Saya tidak akan mengetahui masa depan PAS tetapi saya yakin PAS akan terus mengabarkan Islam, agama yang paling pesat berkembang, seperti yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW, yang dinilai sebagai “terhebat” (nombor satu) oleh orang bukan Islam daripada 100 orang terhebat di bumi.
Ini berlaku bukan tanpa sebab.
Tuhan mengatakan Nabi Muhammad SAW adalah orang yang terbaik untuk manusia:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
(Al-Anbiyya: 107)
Namun, berhati-hatilah, Islamofobia juga memiliki kehadiran yang jelek di Malaysia.
Ketika orang-orang PAS memilih untuk menjadi Muslim yang baik dengan tidak minum dan tidak berzina, pembenci Islam menyebut mereka radikal atau ekstremis.
Tetapi ketika sebilangan umat Islam menentang Al-Quran, minum, dan berzina, Islamofobia mengatakan bahawa mereka adalah seorang Muslim yang toleran atau baik.
Bukankah ini bertentangan dengan hati nurani manusia?
Suruhanjaya Eropah untuk menentang Racism and Intolerance (ECRI) menyatakan bahawa Islamofobia, atau “ketakutan atau prasangka terhadap Islam, umat Islam adalah pelanggaran hak asasi manusia dan ancaman terhadap kohesi sosial”.
(https://en.wikipedia.org/wiki/Islamophobia )
Dalam 60 tahun sejarah, PAS telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah terlibat dalam ekstremisme.
Penglibatan peribadi oleh ahlinya tidak disetujui dan didenda oleh PAS.
Oleh itu, penulis harus adil dalam menilai PAS.
Jangan menilai PAS melalui kacamata Islamofobia tetapi dengan lensa hati nurani yang jelas.
Lakukan kajian ikhlas mengenai Islam dan PAS dan kembalilah kepada saya dalam 2 tahun lagi.
Kamu akan kembali sebagai manusia yang berbeza.
Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang benar.
Rujukan:
https://www.pewresearch.org/…/why-muslims-are-the…/
Hart, Michael H. 1992. The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Revised and Updated for the Nineties. New York: Citadel Press Book.
Dr Muslim