Lima Persoalan Mengenai Insiden Di Perak

Lima Persoalan Mengenai Insiden Di Perak

Meneliti maklumat-maklumat yang kini muncul mengenai insiden di Perak, lima persoalan timbul:

(1) Mengapakah UMNO Perak tidak membawa permasalahan di Perak dan mengemukakan langkahan yang mahu diambil olehnya kepada UMNO Pusat sebagai ketuanya?

(2) Apakah UMNO Pusat langsung tidak mengetahui mengenai permasalahan di Perak atau langsung tidak mempunyai kawalan ke atas UMNO Perak sebagai orang bawahannya?

(3) Mengapakah UMNO Perak tidak membawa permasalahan di Perak dan mengemukakan langkahan yang mahu diambil olehnya kepada PAS Perak sebagai sekutunya dalam MN?

(4) Jika UMNO Perak mahu menukar Menteri Besar Perak mengapakah ADUN UMNO Perak tidak terus mengemukakan usul ketidakpercayaan dan bukannya usul kepercayaan?

(5) Mengapakah ADUN-ADUN UMNO Perak yang mengemukakan dan menyokong usul kepercayaan mengundi tidak menyokong usul kepercayaan yang mereka sendiri bawa?

Kan tak pasal-pasal ADUN-ADUN UMNO Perak sudah kena troll oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang menulis:

“Dewan Undangan Negeri Perak melakarkan sejarah dunia — apabila kedua-dua pencadang dan penyokong usul kepercayaan kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, mengundi menentang usul mereka sendiri”.

Kamarul Yusoff

Isu Semasa