Semua sudah maklum apa yang terjadi di Perak.
Ajaib!
Dia yang mencadang tetapi dia juga yang membangkang balik – bangkang ke bangang?
Dah jadi bahan kepada LKS.
Rakyat Perak tambah bingung, kumpulan gomen yang menyokong MB Peja secara kolektif bersama parti rakan, kumpulan itulah juga yang melanggarnya.
Mantan Juragan menjustifikasi kumpulan itu bertindak disebabkan kerajaan negeri bertindak menjual tanah ladang, kononnya MB meneruskan hasrat kerajaan PH.
Peliklah, sedangkan NIAT menjual ladang itu telah bermula sejak 2014 – 2016 lagi di bawah kalian juga, tidak ada bantahan pula waktu itu?
Gomen PH realisasikan negosiasi pada 2018, dan NIAT terlaksana pada 2020.
Tiba-tiba kalian bingkas melantun bagai orang tidur disimbah air.
Tak masyuk ke hapa sebenarnya?
Peliknya di mana suara-suara exco dari parti tersebut yang juga dalam kerajaan negeri?
Mustahil tak mampu bersuara?
Tambah pelik dikaitkan lantikan seorang YB parti sebagai SU kepada MB…dilantik salah, tak melantik lagilah salah!
Padahal jawatanlah idaman mereka.
Risau melompatkah?
Bukankah sudah ada koalisi dan syarat-syarat menghalang berbuat demikian?
Tambah pelik, apabila PN sudah tumbang bikinan rakan serumah…
‘Bapa’ di KL memaklumkan TIADA PERBINCANGAN MKT dan Biro Politik.
Tumpang bertanya…
DZH Presiden parti itu dan juga MP Bagan Datoh, sebahagian MKT juga MP Perak, takkan si anak buat hal, bapak tak sedar?
Apakah Shaarani gagal memaklumkan NIAT kepada si bapa?
Sekurang-kurangnya Group wassap tak ada kah?
Ini zaman teknologi bukan zaman Jepun.
Lagi pelik apabila DZH hari ini sudah membayangkan Umno memerlukan jajaran perhubungan baru bagi menambah kekuatan pentadbiran Perak.
Selama ini Perak bermasalahkah dari segi pentadbiran kerajaan campuran tersebut?
Selemah-lemah Peja, status tanah tidak bertukar kepada 999 tahun!
Yang resah gelisah mereka, yang diracaukan orang.
Gatal jelatangnya kamu, kenapa semua mahu digarukan.
Wajar sangatlah Umno berbuat sesuatu bagi menyejukkan situasi sebelum berjangkit ke Johor umpamanya.
MN perlu didokong bukan dijadikan landasan menuntut itu dan ini.
Kerajaan yang ada pun sekadar kerajaan tersepak…bersabarlah sedikit.
Jika dibaca kenyataan SU Umno, DS Ahmad Maslan tindakan Undi Percaya sekadar ingin menukar MB dan mengekalkan kerajaan PN.
Rasanya tidaklah perlu membuat usul demikian di dalam dewan, bukankah lebih molek dibincangkan di peringkat atas PN/MN?
Nampak sangat kalian ni YB yang buta perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri sendiri.
Kluster mahkamah perlu dibendung, chai-chai perlu diambil tindakan dari terus menghasut.
Tutup terus ruang mulut toksid ini daripada bergetayangan dalam media sosial.
Umno perlu diserahkan kepada pimpinan yang bersih dari sebutan kes di mahkamah.
Yang sedang terpalit, elok direhatkan bagi memberi ruang kepada mereka fokus kepada membersihkan nama dari palitan isu negatif.
Nak membina perpaduan itu payah, dah elok sepatutnya dibajai bukan membenarkan anasir-anasir menjahanamkan perpaduan tersebut.
Ketika ini RBA sedang enak makan super ring.
Rujukan:
Tiada parti yang mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan di Perak
https://watandaily.com/terkini-amanah-terima-apa-jua…/
https://www.astroawani.com/…/lapor-langsung-zahid…
https://www.freemalaysiatoday.com/…/ph-perak-sedia…/
https://www.thestar.com.my/…/new-political-coalition…
https://peraktoday.com.my/2020/11/pppnp-nafi-penjualan-saham-ladang-di-indonesia-ada-unsur-salah-guna-kuasa/
Tn Ismet GS
