Seboleh Mungkin

Seboleh Mungkin

“Kita akan lihat semua kemungkinan. Sebaik mungkin, kita kekalkan jajaran terdahulu…jika ia tak dapat dilakukan, tentunya ada kesesuaian untuk kita lakukan penjajaran (politik) yang baru,” katanya. (1)

Ramai yang post mesej ini untuk memberikan penekanan kepada bahagian kenyataan ini oleh Zahid Hamidi.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pula kata demi kepentingan rakyat, mereka sanggup kerjasama dengan Umno. (2)

Sememangnya tak berprinsip.

Kenapa saya dan ramai lagi rakyat biasa tak suka kepada pendirian presiden Umno ialah mereka tidak sanggup pertimbangkan kemungkinan Umno perlu jadi pihak pembangkang dan segala apa yang dibuat sekarang adalah untuk terus berpegang kepada kuasa.

DAP juga sama macam tu kerana mereka sanggup main politik murahan macam ni.

Kamu semua parti Melayu Umno, PPBM dan PAS tak boleh duduk bersama dan berkerjasama, tapi boleh duduk dengan DAP untuk kepentingan rakyat.

Umno faham tak mesej yang disampaikan ni?

Sungguh mengecewakan.

Tapi itu pandangan saya la.

Kamu nak gadaikan maruah kamu, dipersilakan.

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. Umno tidak tolak kemungkinan bentuk kerajaan bersama parti lain, termasuk PH, kata Zahid – https://www.freemalaysiatoday.com/…/umno-tidak-tolak…/
  2. Nga: Perak DAP willing to work with Umno in interest of rakyat – https://m.malaysiakini.com/news/554011
Isu Semasa