PAS Banyak Berkawan Kerana Agama, Bukan Kerana Kuasa

PAS Banyak Berkawan Kerana Agama, Bukan Kerana Kuasa

PAS banyak berkawan kerana PAS nak ajak seramai ramainya orang tolong agama ALLAH.

PAS faham bahawa kerja Islam ini tidak boleh dibuat sendirian.

Oleh kerana PAS sedar akan kelemahan dan kekurangannya, ia perlu mencari seramai mungkin kawan yang boleh bekerjasama membantu Islam.

PAS menjalin hubungan demi hubungan, mencari kesefahaman dan keserasian demi untuk ISLAM, bukan kerana PAS ini parti pragmatik yang obses dengan kuasa.

Jadi, PAS banyak berkawan demi kerana menunaikan perintah ALLAH, bukan suka suka.

Kalau ikut suka hati, buat apa pening-pening kepala, terpaksa memujuk, berunding dan dalam banyak keadaan kena mengalah.

Lebih mudah bergerak sendirian dari melayan karenah kawan yang membuka ruang untuk di asak lawan.

Tak kurang juga terpaksa memujuk ahli dan menahan desakan dalaman yang tidak berpuas hati.

Tapi, itulah PAS yang berpegang dengan tuntutan ALLAH, bukan melayan kehendak ahli atau tuntutan sendiri.

Bukan mudah untuk PAS berkawan sebenarnya.

Banyak yang PAS terpaksa korbankan.

Ada pimpinan yang keluar parti kerananya.

Ada ahli yang keluar meninggalkan parti, ada yang merajuk dan bertawaqquf bertahun-tahun kerananya.

Kerana berkawan, PAS terpaksa menanggung luka yang mengambil masa cukup lama untuk pulih.

Kerana berkawan, PAS diserang dan di sinis sehingga tidak sedikit yang tertahan dari menjadi ahli.

Orang hanya nampak PAS salah kerana berkawan, tetapi tak peduli apa yang PAS terpaksa tanggung.

Ada tak parti lain yang sanggup menderita dan rugi kerana kawan seperti PAS?

Kadang-kadang PAS dan pimpinannya dianggap bodoh kerana berkawan dengan parti yang kalah, berpecah dan hampir rebah.

Kemudian, apabila parti itu sudah pulih, PAS diterajang.

Kemudian bila lemah, sekali lagi PAS jadi pelampung penyelamat.

Mengapa PAS tetap berkawan walau dikhianati dan tak serik-serik didustai?

Jawabnya kerana PAS ini bukan parti politik semata-mata, tetapi parti dakwah dan Tarbiyyah.

PAS berkawan bukan kerana kuasa tetapi untuk mentarbiyyah.

Kepada kawan PAS mentarbiyyah, kepada lawan PAS berdakwah.

Itulah PAS yang tak difahami oleh ramai orang, hatta yang bergelar sarjana.

Di pandangannya, PAS yang banyak bereksperimen dengan berbagai parti politik adalah bukti PAS ini pragmatik dalam memburu kuasa.

Ajaib dan berani sekali bila beliau menamakan kejian sebagai kajian.

Sepatutnya beliau rasa malu dengan gelar sarjana yang diraihnya, kerana keserjanaan tak menggambarkan ilmu di dadanya dan universiti yang beliau wakili.

Beliau, bagi saya hanya menunjukkan kerendahan nilai keserjanaannya, ketidakmatangan ilmiah, kedengkian dan buruk sangka yang amat sangat terhadap PAS.

Entah bagaimana beliau boleh bersangka baik terhadap parti dan pimpinannya yang terang-terang bergomol siang dan malam mengintai kerusi kekuasaan dengan cara yang amat memualkan.

Bagaimana beliau boleh memejamkan mata terhadap pemimpin yang sanggup menggadai nyawa rakyat untuk mengadakan PRN demi mempertahankan kuasa!

Bagaimana beliau boleh terlepas pandang terhadap parti dan individu yang rela menjalin kerjasama dengan siapa saja asal saja pangkat dan periuk nasi mereka terjamin?

Patutnya, kamu yang duduk di menara gading, pasti lebih nampak apa yang ada di bawah dan suasana keliling.

Sedihnya, beliau hanya terpuruk di celah timbunan buku.

Beliau hanya memerhati, bukan mengkaji.

Itu pun dia hanya melihat menurut sudut pandang yang dia nak lihat, bukan melihat apa yang sepatutnya dia lihat.

Dia tidak bergelanggang di tengah rakyat sebab itu fikirannya beku, barangkali kerana terlalu lama berada di bilik berhawa dingin.

Sesekali keluar terasa semua cahaya menyilaukannya.

Inderanya tidak lagi dapat membeza antara peritnya silau matahari dari cahaya bulan dan bintang.

Abdul Karim bin Sidek

Politik