Dua hari lepas UMNO Perak buat tindakan yang tidak bijak.
Semua dari kita mengakuinya, bahkan sebahagian pemimpin UMNO turut kesal.
Hari ini UMNO Kelantan pula buat kenyataan yang ternyata jauh dari kebijaksanaan.
Jauh sekali.
Di angkut kenyataan dan tajuk berita dari entah mana-mana berita.
Jika dibaca berita dari Harakahdaily jelas kenyataan MB Kelantan dan ianya dalam kerangka yang dicanang oleh PAS sejak awal, Memperkukuhkan MN, Mempertahankan PN.
Tindakan dua UMNO negeri ini amat menonjolkan kegopohan dan tidak cerdiknya mereka.
Maaf, terang perlu disebut disini, kerana ianya mengganggu Muafakat Nasional dan juga kerajaan Perikatan Nasional yang sebahagiannya juga dari UMNO.
Dan, akhirnya UMNO Perak terkial-kial nak bentuk kerajaan.
Dan itu juga realitinya di Persekutuan, Muhyiddin tak boleh jadi PM tanpa PAS dan UMNO.
Hakikatnya walau pahit dan kelam semacam mana pun, tiga parti Melayu-Islam ini mesti bersama.
Aku memang geram sehari dua nie.
Sangat geram.
Tapi geram-geram aku pun, hari ini aku tetap pakai baju HPU, yang ada logo PAS dan UMNO.
Bonus sekali dengan senyuman yang menawan lagi.
Selagi pimpinan tidak buat keputusan baharu, maka Memperkukuhkan Muafakat dan Mempertahankan Perikatan menjadi pendekatan kami.
Mohd Fahmi Mokhtar