PAS Meminta TANGGUH, Bukan BATAL Mengadap

PAS Meminta TANGGUH, Bukan BATAL Mengadap

Sebab PAS hormati Tuanku Sultan Perak lah maka PAS tidak masuk mengadap lagi, kerana mesyuarat masih berlangsung.

Adalah menjadi kejanggalan jika masuk mengadap Sultan, tetapi tiada keputusan untuk dipersembahkan.

Sehingga kini, masih tiada majoriti bagi mana-mana parti untuk pencalonan MB Perak yang baharu.

Jadi PAS meminta TANGGUH, bukan BATAL mengadap.

Sila sebarkan kepada orang yang ingin tahu keadaan sebenar.

Bagi yang tidak ingin tahu atau tidak memahami Bahasa Malaysia, biarkan mereka.

*Mohd Akmal Kamarudin ialah bekas Exco Perak dari parti PAS.

Mohd Nasir Abdullah
8 Disember 2020

Dalam Negeri