Kali ini kelihatan dengan jelas bahawa PAS, PPBM dan sebahagian pemimpin UMNO sedang berusaha menjaga Permuafakatan Parti Melayu Islam.
Manakala sebahagian pemimpin UMNO yang lain cuba merungkaikan permuafakatan ini dengan kenyataan dan tindakan yang mengusutkan keadaan.
Minta maaf sebut, Najib hari-hari duk ulas isu dengan pendekatan seolah-olah dia dan UMNO bukan sebahagian dari Kerajaan Perikatan Nasional.
Zahid pun kenyataannya selalu mencemaskan.
Bermula dengan isu SD Anwar ada numbers, sehingga isu undi percaya MB Perak dan kenyataan UMNO mungkin bekerjasama dengan PH dalam isu Perak.
UMNO kena selesaikan isu dalaman depa.
Kita tak boleh campuri isu dalaman mereka yang dilihat terpecah dua kelompok.
Rahsia yang sangat jelas seterang mentari.
Aku tetap dengan pendirian Perkukuhkan MN dan Pertahankan PN.
Bila ada dari kalangan kawan atau lawan yang lawan pendirian ini, maka kita kena pertahankan pendirian ini.