Lima, enam hari ini jiwa agak penat mengikuti perkembangan di Perak.
Namun, ianya memberikan banyak sekali pengajaran buat kita.
Lima antaranya:
Pertama, tiga parti Melayu-Islam ini mesti bersama.
PAS, PPBM dan UMNO mesti bersama.
Perak membuktikan ketidakbersamaan membawa kepada tiada majoriti.
Samaada awak ada kerusi banyak atau sikit, awak tetap sama iaitu tiada majoriti.
Realiti yang mesti ditelan.
Kedua, setiap parti mesti membuang ego masing-masing dan mesti punya jiwa besar.
Terdahulunya terima kasih kepada PAS yang berjiwa besar menjadi penghubung antara PPBM dan UMNO.
Tahniah buat UMNO kerana berjiwa besar sudi membuat permohonan maaf kepada kawan-kawan dalam PN atas khilaf yang terjadi.
Parti besar minta maaf pada parti ‘kecil’.
Tahniah juga kepada PPBM kerana berjiwa besar, terus bersama UMNO walau MB mereka dijatuhkan oleh UMNO.
Lebih manis menerima MB dari UMNO pula.
Ketiga, apa-apa perkara selepas ini bincanglah di meja perundingan.
Dan, peganglah apa yang diputuskan itu, jangan 2 3 hari lepas tu lipak-melipak pula.
Mahu atau tidak, ini sahaja formula yang paling baik untuk hadapi PRU-15.
Jangan ada lagi kesilapan dan kegopohan langkah sebegini.
Keempat, lihatlah bagaimana DAP dan PH cucuk jarum perpecahan dalam kalangan kita.
Jangan lagi kita membuka pintu itu, tutuplah dahulu, cukuplah apa yang ada dalam rumah kecil kita ini.
Kini DAP dan PH menangis dibucu dinding.
Kelima, suka untuk saya ajak semua pendokong penyatuan ummah.
Agar air mata penyatuan kita tidak lagi diperlekeh, maka dokonglah slogan MEMPERKUKUHKAN MN, MEMPERTAHANKAN PN.
Terima kasih PAS, PPBM dan UMNO.
Ahmad Fahmi Mokhtar