Semalam mendengar ucapan Annuar Musa.
Suatu ucapan yang ditunggu-tunggu, mungkin kerana beliau dilihat sebagai satu sosok yang ‘melawan’ arus dalam UMNO.
Namun, bila mendengar ucapan beliau, seolah-olah apa yang beliau lakukan selama ini sebenarnya adalah pendirian UMNO yang sebenar.
Annuar mendakwa beliau berpegang kepada 5 keputusan yang telah UMNO putuskan.
Antaranya ialah:
1. UMNO bersetuju bersama PAS dan bergabung membentuk Perikatan Nasional.
2. UMNO bersetuju dan bersukarela menandatangani dan menyokong SD Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
3. UMNO bersetuju dalam mesyuarat MKT terkini, UMNO bersetuju tiada kerjasama dengan DAP. No DAP dan No Anwar.
4. UMNO bersetuju untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional yang kita sebahagian daripadanya.
5. Sokong kerajaan Perikatan Nasional secara en-bloc.Semua 5 keputusan ini berminit dan berfakta.
Maka, Annuar Musa hanyalah mempertahankan keputusan yang telah diputuskan oleh parti.
Annuar Musa cuba menggambarkan bahawa bukan beliau yang melawan arus parti.
Bahkan beliau hanya berpegang dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan oleh parti.
Namun beliau pula dipersalahkan.
Lebih menarik lagi, Annuar menempelak beberapa pihak yang membuat dan membawa suara yang parti tidak pernah putuskan.
Namun mereka pula diangkat sebagai hero.
Antara yang parti tidak putuskan adalah:
1. Memberikan apa-apa sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam apa-apa bentuk, parti tak pernah lulus dan beri restu. Namun ada yang membawa suara ini.
2. Parti tidak pernah putuskan untuk berunding dengan DAP. Namun ada yang buat secara senyap-senyap. Annuar kata, jika betul parti nak berunding dengan DAP, sepatutnya diputuskan oleh parti samaada MKT atau Biro Politik.
3. Parti tak pernah putuskan untuk tolak PAS dan PPBM serta bergerak solo. Namun, hingga kini itulah naratif yang dibawa untuk menolak PPBM.
4. Parti tidak pernah buat keputusan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional. Presiden mengarahkan Timbalan Presiden supaya UMNO bawa gagasan dalam jawatankuasa perunding untuk mencadangkan agar MN tidak didaftarkan.
Jika dilihat kepada pendedahan Annuar ini, memang dia dah isytihar “perang”.
Dari satu sudut apa yang sebutkan oleh Annuar agak logik dan seolah-olah gambaran yang dibawa bahawa dia hanya pertahankan keputusan parti.
Ini baru pendedahan dari pihak Annuar.
Fasa sekarang, kita tahu dalam UMNO sudah ada kem dan pelbagai suara.
Jadi, kita tunggu pula respon balas dari pihak sebelah lagi.
Adapun kerjasama dalam MN atau PN bukan berdasar suara sosok-sosok dan kumpulan dalam setiap parti.
PAU ini menjadi medan setiap sosok dan kem menyuarakan pandangan.
Namun, persoalan besar dalam PAU kali ini, apa keputusan rasmi UMNO yang sebenarnya.
Kerana kerjasama politik adalah dari keputusan rasmi parti.
Sama-sama kita saksikan.
Ahmad Fahmi Mokhtar