Di Indonesia, ketika Pilihanraya Presiden (Pilpres) diadakan tahun lalu, dua kelompok besar bertembung.
Saking kuatnya perlawanan itu, hampir-hampir penyandang Presiden Joko Widodo atau Jokowi dari PDPI-P dikalahkan oleh lawannya Probowo Subianto dari Partai Gerindra.
Lalu tuduh menuduh pun berlaku.
Jokowi dikatakan menipu undian elektronik.
Kemudian setelah gagal dibuktikan, beransur-ansur penyokong dekat dan jauh Probowo, meninggalkannya.
Probowo sebelum itu telah didukung oleh ulamak-ulamak Indonesia yang melihat Jokowi sebagai satu ancaman besar kepada Islam di tanahair mereka.
Sehinggakan calon Naib Presiden Probowo, Sandiaga Uno juga digelar seorang ulamak secara bahasa umum, untuk menarik undi.
Nama-nama seperti Ustaz Abdul Somad, Habib Rizik dan ramai lagi, serta sokongan daripada ulamak-ulamak lain dari partai-partai Islam.
Tidak mahu kalah, Jokowi mengambil Dr Ma’ruf Amin, seorang ulamak bagi calon Naib Presiden.
Dan, Probowo tewas jua.
Dalam kebencian terhadap Islam, ketika mahu menang Pilpres, terpaksa juga menempel dengan ulamak.
Setalah menang, kebiasaannya akan membuang ulamak.
Atau ulamak yang mereka pilih itu hanya boneka yang mereka boleh mainkan, menjadi perisai kepada dosa mereka.
Begitu nilai Islam, ia amat tinggi, tetapi jika dibiarkan kepada perosak agama yang mengemudi, maka akan jadi hinalah agama Allah ini.
Dalam waktu berkempen, sama seperti kebanyakkan tempat, akan pasti ada penyokong fanatik.
Maka gelar menggelar berlaku.
Kumpulan penyokong Jokowi digelar cebong, anak katak iaitu berudu kerana hobi Jokowi memelihara katak.
Manakala mereka yang menyokong Prabowo pula dipanggil kampret iaitu kelawar.
Setelah Probowo kalah, tidak lama selepas itu, Jokowi menawarkan perdamaian politik kepada Probowo.
Sebagai tanda persahabatan, Probowo dihadiahkan jawatan Menteri Pertahanan.
Maka bersetujulah Probowo dengan tawaran itu.
Dan, gegak gempitalah penyokong Probowo yang masih bencikan Jokowi itu terhadap Probowo.
Lantas mereka berdua dilabelkan sebagai cebong bersayapkan kampret.
Atas kefahaman saya, cebong perlukan sayap kampret untuk terbang dan kampret pula boleh menggunakan cebong untuk berenang.
Jadilah mereka berdua mahkluk dua alam.
Hasil gabungan mereka sekarang, Islam di negara mereka telah diperkotak-katikkan oleh golongan kafir dan juga liberal.
Hal yang sama dilihat, ada bunga-bunganya akan berlaku di Malaysia.
Sudah berulang kali ditulis oleh penganalisis politik negara, sesuatu yang buruk boleh berlaku jika adanya perjanjian politik di belakang tabir yang cuba membawa kepada perkara yang melanggar undang-undang negara.
Yang paling terkesan pastinya anak cucu kita dimasa hadapan kerana perjanjian mungkar itu sebenarnya bakal meranapkan masa depan anak bangsa kita.
Mereka yang menyerahkan kuasa kepada yang begitu gila mengejar jawatan, sanggup memperdagangkan segalanya, asalkan mereka dan keluarga mereka terselamat.
Harta mereka banyak melimpah, mereka boleh sahaja lari dari negara ini, jika sesuatu yang buruk terjadi.
Tetapi bagaimana rakyat yang tidak mampu?
Ia ibarat menipu bagi menutup penipuan yang lain, kemudian menipu lagi, dan lagi.
Jelas pengkhianatan politik sebegini, amat dibenci oleh semua lapisan rakyat.
Terang dan nyata sekarang ini, kepada Raja dan Sultan juga mereka telah tidak hormat.
Apakah jaminan mereka akan menjaga kedaulatan Islam yang sekarang dipegang oleh Sultan?
Atau adakah mereka mendakwa merekalah golongan yang akan menjaga amanah Islam di Malaysia nanti?
Kita hanya mampu tersenyum apabila melihat sejarah mereka ketika berkuasa dahulu.
Percayakah anda?
Dalam gabungan itu, terdiri daripada sebahagian pemimpin Umno dan pemimpin PH.
PH menggelar pemimpin Umno dahulu pemimpin kleptokrasi.
Setelah PH kalah, pemimpin Umno itu pula mengejek PH dengan panggilan gagalkrasi.
Di satu kelompok yang lain pula, ada politikus dari parti Pejuang dahulunya mendapat tempat dalam politik adalah kerana ‘daddy’ kasi peluang.
Hanya PN yang sedang berusaha keras menyelamatkan negara dengan penuh dedikasi, bekerja untuk rakyat, di tengah ancaman Covid 19, banjir, tanpa mahu menyusahkan raja dan rakyat.
PN tahu ini adalah masa kritikal bagi negara, bukan waktu untuk berpolitik.
Maka eloklah PM membuat tindakan kasi kepada segelintir pimpinan Umno dan pembangkang.
Kasi di sini, bukan maksudnya beri, tetapi kasi iaitu perbuatan memandulkan.
Biarlah tiada baka cebong dan kampret itu di Malaysia nanti.
Kepada pimpinan dan ahli Umno yang lain, teguhkan pendirian kamu, kita bekerja untuk rakyat dan negara.
Ayuh bersama-sama kita menyumbang kepada keteguhan agama dan negara kita.
Umno sudah meletakkan agama dalam perlembagaan mereka.
Jadi inilah waktunya untuk ahli Umno yang ikhlas membuktikan pengorbanan mereka dengan menolak kehendak nafsu jahat sebahagian pimpinan mereka.
Saya amat yakin dan percaya, masih ramai lagi ahli Umno yang suci hati mereka untuk Allah.
Mohd Nasir Abdullah
15 Januari 2021