Teringat kisah dulu, ada sorang kawan, dia ditegur oleh perempuan kerana hisap rokok, depan orang ramai.
Rokok bahayalah, rokok gitu rokok gini, dosalah.
Kawan tu diam jer, malu pun ada, mengiyakan pun ada.
Tapi dah memang salah dia jugak hisap rokok tak tengok tempat, dekat orang ramai, marahlah orang.
Habis perempuan tu kata, dia mengaku salah dia, minta maaf dan ucap terima kasih.
Kemudian dia pulak tegur perempuan tu sebab pakai baju lengan pendek walaupun bertudung.
Perempuan tu kata dia nak balas dendam sebab tegur dia balik serang isu peribadi.
Dia jawab bukan, tapi isu buka aurat ni, melibatkan orang ramai juga, mata melihat dia akan berdosa, sama macam asap rokok, bahaya kesan bila orang lain sedut, bukan isu peribadi macam perempuan tu duduk dalam bilik sorang-sorang.
Perempuan tu marah-marah lagi depan orang ramai nak psiko kawan tu.
Macam-macam dia kata kat kawan tu, tak mahu mengaku salah dia, walaupun baju lengan pendek dia pakai tu boleh nampak tembus sampai ke seberang jalan sana bila dia angkat lengan masa tunjuk-tunjuk.
Dalam Islam, bila kita menegur kesalahan orang yang nyata bersabit dosa, kita sebenarnya sedang menyelamatkan dia daripada dosa.
Sebagai orang beriman, kita kena ucap terima kasih.
Dan perlu diingat, bila kita boleh tegur orang, orang pun boleh tegur kita juga, apatah lagi kita semua memang banyak dosa.
Begitulah kebanyakan manusia, bila bab tegur, cadang, kritik, bangkang, tak cukup alat nak guna untuk disampaikan, sebab banyaknya idea.
Tetapi bila kena pada diri sendiri, dengan mengelaknya, dengan serang balik pengkritik, walau dah nyata salah yang dia buat.
Dia mahu kelihatan sentiasa suci.
Kalau sekarang, kluster mahkamah lah yang paling ketara.
Cadang, kritik macam-macam.
Bila kena atas batang hidung, menepis, mengelak, serang balik, walaupun dah nyata keputusan mahkamah.
Eh, ramai pulak penyokong dia.
Nasib baik dalam jemaah dia, masih ada yang rasional.
Suruh berehat dulu bagi yang ada kes mahkamah.
Comel sungguh cadangan ni.
Separuh beban kerajaan akan hilang, rakyat jadi tenang, ekonomi akan jadi lebih baik, Covid 19 akan boleh ditangani dengan baik insyaAllah.
Mohd Nasir Abdullah
17 Januari 2021