Antara Pandangan ‘Ulamak Dan Ahli Politik

Antara Pandangan ‘Ulamak Dan Ahli Politik

Setiap kali tulisan Tuan Guru Haji Hadi keluar mengenai isu-isu politik semasa, saya kerap terserempak dengan komen-komen yang mengatakan bahawa Tuan Guru mengulas dalam keadaan tak faham konteks.

Orang cerita pasal darurat dalam perlembagaan, Tuan Guru cerita pasal darurat boleh makan babi.

Demikian antara contoh komen-komen yang tidak puas hati.

Saya tersenyum sahaja membaca komen-komen begini.

Pendidikan tertinggi Tuan Guru adalah dalam Sarjana Politik Islam.

Pengalaman dalam politik bukan setahun jagung.

Macam-macam krisis politik dan tipu helah musuh beliau pernah alami.

Hanya sahaja, tulisan Tuan Guru tidak mampu difahami oleh orang yang terlampau skeptik dengan politik Islam.

Ulasan Tuan Guru yang dilihat menyimpang itu, bukanlah sebab beliau tidak faham.

Logiknya, orang kanan Tuan Guru sendiri adalah Menteri Undang-undang.

Cumanya, memang begitulah sifat para ‘ulamak.

Datanglah isu moden, kontemporari atau antarabangsa sekalipun, yang penting masyarakat mesti kembali kepada Islam.

Benar, darurat yang diisytiharkan hari ini adalah darurat mengikut konsep perlembagaan.

Bezanya, ‘ulamak tidak berhenti di situ.

‘Ulamak sifatnya mesti mahu membawa masyarakat untuk tidak sekadar faham mengikut prinsip perlembagaan, tetapi juga dibimbing dengan prinsip Islam.

“Islam yang datang lebih awal daripada demokrasi mempunyai pertimbangannya sendiri bagi menyelamatkan manusia dari kancah perubahan di sepanjang sejarah”

Sepotong ayat daripada buku tulisan Tuan Guru ini sahaja sudah cukup untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan Tuan Guru menulis seperti tidak faham konteks.

Semoga Tuan Guru terus diberi kekuatan untuk mengarang tulisan-tulisan yang sarat dengan pengajaran Quran, Hadis dan Sirah.

Tulisan mencerah umat, daripada ‘ulamak yang ikhlas, insyaAllah.

Jemput sama-sama baca tulisan Tuan Guru mengenai darurat.

Moga banyak manfaatnya.

Ustaz Marzuk Shaary

Dalam Negeri