Dulu ada satu cerita yang aku dapat dari kawan aku.
Cerita dia buat suka-suka jer, bukan betul.
Tetapi ada pengajarannya.
Cerita dia begini.
Ada dua orang lelaki yang sedang menunggu isteri mereka bersalin di hospital.
Lama menunggu merekapun bersembang, menghilangkan bosan.
Tidak lama selepas itu kedengaran kuat suara wanita mengerang kesakitan.
Suara kesakitan sungguh menyentap rasa dalam hati mereka.
Sedih kerana mendengar rintihan si isteri mahu melahirkan anak.
Lalu seorang daripada mereka mencadangkan supaya berdoa agar kesakitan itu berpindah kepada mereka untuk berkongsi sakit.
Mereka pun berdoa, dan lelaki yang kedua telah mulai merasa kesakitan di perutnya.
Dia kemudiannya menggelupur kesakitan.
Akhirnya isterinya selamat melahirkan anak mereka.
Manakala lelaki pertama yang mengajak berdoa itu tidak merasa apa-apa perubahan.
Dia bertanya kepada jururawat keadaan isterinya.
Dimaklumkan bahawa isterinya sedang bertarung dengan kesakitan, mungkin lama lagi akan melahirkan anak.
Dia pun duduk menunggu rasa sakit itu.
Tak juga datang.
Oleh kerana rakannya yang baru dikenali itu sudah pergi, jadi dia rasa lapar dan mahu makan.
Dia pergi ke keretanya dimana pemandunya sedang menunggu beliau di parkir hospital.
Apabila dia sampai di situ, dia melihat pemandunya sedang menggelupur menahan sakit di perut di dalam kereta.
Ok, kita tinggalkan lelaki itu dengan pemandunya yang tengah menggelupur kesakitan itu.
Itu bukan masalah kita.
Jadi, pengajarannya ialah, almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Noor mendoakan kepada Tun Mahathir supaya dipanjangkan umur untuk beliau melihat kerosakan yang telah beliau lakukan.
Tun dipanjangkan umur, tetapi tiba-tiba yang dilihat kerosakan yang sedang berlaku ialah dari anak buahnya dulu.
20 tahun duduk sibuk nak jadi PM, sekarang tengah mengira nombor.
Pening seluruh negara.
Orang lain yang didoakan, orang lain yang kena akibat.
Jangan main-main dengan doa ulamak.
Dah banyak kali juga ulamak-ulamak tunjuk golongan yang mana tak boleh pakai.
Bila sebat pesalah di Terengganu, yang menggelupur, orang di luar Terengganu.
Tebang balak di Kelantan, Pejabat Hutan bagi kelulusan dengan pengiktirafan jaga hutan dengan baik, yang mengamuk orang luar Kelantan.
Nak alih laluan sungai di Kedah, yang marah, orang di Pulau Pinang yang naik sawan.
Habis keluar semua mak nenek bila ulamak lempar batu dalam paya, biawak, ular, jengking, lintah, bangkai, eh buaya pun ada.
Ha, jadi kita boleh tengok sendiri, siapa yang kena.
Ambil pengajaranlah semua.
Mohd Nasir Abdullah
24 Januari 2021
