Tiga Hari Berturut-Turut Terengganu Melaporkan 3 Digit Kes Baharu Covid-19.

Tiga Hari Berturut-Turut Terengganu Melaporkan 3 Digit Kes Baharu Covid-19.

Selama tiga hari berturut-turut Terengganu melaporkan 3 digit kes baharu Covid-19.

Kenapa penularan sangat besar di Terengganu masa ini?

Ini disebabkan oleh beberapa kluster besar dengan bilangan kes yang sangat ramai.

Antaranya:

KLUSTER KEBOR AIR, airnya masih mengalir melewati 4 buah daerah. Belum surut.

Kita jangka air ini akan bergerak perlahan seketika nanti.

Bayangkan jumlah kes kluster ini seramai 91 orang.

Masih ada pertambahan kes nanti.

Bayangkan kontak rapat untuk bilangan kes seramai ini.

Tentulah ianya mengambil masa sedikit untuk reda.

Lupa saya nak maklum.

Kluster Kebor Air didaftarkan atas alamat kes pertama kluster tersebut.

Ianya bukan berpusat di Kampung itu.

Sebaliknya ianya melibatkan Kluster tempat kerja.

Sudah menjadi satu syarat semua Kluster akan didaftar mengikut alamat tempat tinggal atau alamat tempat kerja kes indeks.

Setakat ini tiada kes lain dikesan di Kg. Kebor Air kecuali kes indeks.

Justeru sangat tidak wajar penduduk Kg. Kebor Air dipulaukan atau dinafikan hak untuk memasuki mana-mana premis.

KLUSTER KG. BUKIT BIAH, HULU TERENGGANU.

Kluster ini datang jauh dari Wilayah Persekutuan.

Mereka naik bas bersama-sama.

Bayangkan dari seramai 29 penumpang bas, seramai 21 positif.

Akhirnya menjangkiti ahli keluarga yang lain.

Total kes kluster ini seramai 59 orang.

Virus dalam bas ini masih lagi bergerak.

KLUSTER GUNTUNG LUAR juga masuk dari sebuah perhimpunan di Kuala Lumpur.

Akhirnya balik sekali ke Terengganu.

Seramai 15 orang telah dijangkiti.

KLUSTER OKT yang dikesan di Penjara.

Mereka merupakan CLOSED COMMUNITY.

Justeru risiko menular dalam komuniti adalah rendah.

Ada lagi beberapa kluster yang masih aktif yang melibatkan sekolah dan lain-lain.

Sekiranya PERGERAKAN DIKAWAL, BERKUMPULAN DITANGGUHKAN dan semua PATUH SOP, kluster-kluster begini boleh dielakkan.

Sesungguhnya PENCEGAHAN ITU LEBIH BAIK dari merawatnya.

Bila dah jadi besar, memang sukar sikit apalagi kalau ianya telah menular dalam komuniti.

Tidak terjangkau kita dibuatnya.

Namun dalam mana-mana kawalan wabak, penurunan kes tidak boleh berlaku dengan mengejut.

Kami telah mengatur strategi untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di Terengganu.

Strategi rakyat pula adalah DUDUK RUMAH dan PATUH SOP.

Itu sahaja.

Dr. Nor Azimi Yunus

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

24 Januari 2021

Kesihatan