DPP Malaysia Tak Ada Standard?

DPP Malaysia Tak Ada Standard?

Thomas Thomas @ Mohan dalam bukunya berkata DPP Malaysia tak ada standard untuk handle kes berprofil tinggi.

Pendek kata, kalau kes liwat kambing atau curi ayam bolehlah bagi kat DPP.

Sebab itu, Mohan, masa dia jadi AG, dia lantik Gopal Sri Ram dan Sithambaram sebagai ad hoc DPP bagi kes SRC dan 1MDB.

Untuk kes Equanimity pula, Mohan lantik partner firma guamannya, Sitpah, serta firma guaman Joseph & Partner.

AGC tak mampu nak handle kes-kes ini.

AG sekarang, Idrus Harun, pula tak puas hati.

Beliau keluarkan kenyataan media untuk menegaskan bahawa pemikiran Mohan adalah dangkal.

Beliau turut menegaskan bahawa standard DPP adalah setaraf dengan, jika bukan lebih baik daripada, peguam-peguam swasta lantikan Mohan.

Sorry lah, Tan Sri Idrus, saya tak percaya.

Kalau betul DPP semua power-power, kenapa GSR dan Sitham masih lagi berkhidmat untuk AGC dalam kes-kes meibatkan Bossku?

Kenapa tak pecat mereka?

Sithambaram kini mewakili Phang Li Koon menentang AGC dalam kes terowong.

Walaupun fakta kes itu berbeza dengan fakta kes SRC (dan oleh itu tiada isu konflik kepentingan), namun adalah tidak wajar untuk seorang peguam swasta yang bertungkus-lumus membela kepentingan LGE & Gang diberi kuasa untuk mengendalikan kes terhadap Najib Razak.

Begitu juga dengan GSR.

Mohan dah bagi tau dalam bukunya yang GSR berada di Hotel Sheraton pada malam PH memenangi PRU 14 bersama-sama dengan Dr M dan pemimpin-peminpin PH lain.

GSR bukan ahli politik namun dia masih berada di sana.

Mohan juga bagi tau yang GSR ni suka sangat bergaul dengan Dr M, itu sifatnya.

Jadi apa susahnya kalau sekumpulan DPP yang neutral dipilih dalam kalangan mereka dari AGC untuk menjalankan pendakwaan serta rayuan melibatkan Najib Razak?

Kenapa AGC masih lagi nak bergantung kepada peguam-peguam swasta pro PH?

Atau AG baru setuju dengan Mohan bahawa DPP sedia ada hanya layak untuk fotostat dokumen dan angkat bag?

P.S. Zaman dulu, hanya satu lembu jantan digunakan untuk membuntingkan lembu-lembu betina.

Jadi, teloq lembu-lembu jantan lain akan dipecahkan.

Mungkin itu juga yang berlaku kepada DPP di AGC.

Tan Sri, kalau tak betul, buat apa yang patut. Boleh?

DR. SHAMSHER SINGH THIND

Isu Semasa