Petang Isnin lalu saya telah memaklumkan kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai kewujudan dua perenggan yang amat kritikal terhadap beliau di dalam buku Tan Sri Tommy Thomas, khususnya pada muka surat 199 buku itu.
Perenggan kritikal pertama adalah perenggan yang memberikan gambaran bahawa perlantikan dan kenaikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan adalah didasarkan kepada hubungannya dengan UMNO dalam mana Tan Sri Tommy Thomas mendakwa:
“Apandi always displayed his UMNO badge during deliberations of the Bar Council. There was no pretention of neutrality. From the Bar, he moved effortlessly to the Bench, where he advanced, again effortlessly, to the Federal Court.”
“Apandi selalu menunjukkan lencana UMNOnya semasa perbincangan Majlis Peguam. Tidak ada kepura-puraan berkecuali. Dari Peguam, dia bergerak dengan mudah ke Bangku, di mana dia maju, sekali lagi, ke Mahkamah Persekutuan. “
Perenggan kritikal kedua adalah perenggan yang memberikan gambaran bahawa perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara adalah semata-mata bertujuan untuk membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada salah laku yang berkait dengan 1MDB dalam mana Tan Sri Tommy Thomas mendakwa:
“Najib appointed Apandi Ali as the new Attorney General, with a single remit. Apandi was to clear Najib of all wrongdoings associated with 1MDB. His only client was the Prime Minister; the new Attorney General did not have to concern himself with acting for the Federal Government or the Cabinet. Apandi Ali was to prove himself a loyal and effective personal legal adviser to Prime Minister Najib.”
“Najib melantik Apandi Ali sebagai Peguam Negara yang baru, dengan satu tugas. Apandi adalah untuk membersihkan Najib dari semua kesalahan yang berkaitan dengan 1MDB. Pelanggannya hanya Perdana Menteri; Peguam Negara yang baru tidak perlu bimbang dengan bertindak untuk Kerajaan Persekutuan atau Kabinet. Apandi Ali membuktikan dirinya sebagai penasihat undang-undang peribadi setia dan berkesan kepada Perdana Menteri Najib. “
Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan tegas menafikan kedua-dua perkara yang disebut oleh Tan Sri Tommy Thomas ini dan berpendapat bahawa ia adalah fitnah jenayah yang seterusnya mendorong beliau untuk membuat satu laporan polis terhadap Tan Sri Tommy Thomas di Balai Sentul, Kuala Lumpur, pada jam 2.28 petang hari ini.
Turut diminta oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya pihak polis membuat siasatan adalah tindakan Tan Sri Tommy Thomas mendedahkan di dalam buku tersebut perkara-perkara sulit yang dikatakan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan.Kita saksikan nanti pertembungan menarik antara dua mantan AG ini.
Kamarul Yusoff
