Cara Kita Berfikir

Setiap amalan kebaikan perlu dirai.

Orang perseorangan dengan caranya, NGO dengan caranya dan institusi kerajaan dengan caranya.

Masing-masing mempunyai saham atas usaha kebaikan yang dilakukan.

Bagi orang perseorangan, dia boleh beri bantuan kepada siapa sahaja yang dia nak.

Berapa banyak, berapa kali, apa yang nak beri semua atas kehendaknya sendiri.

Tiada orang yang akan pertikai.

Yang dapat bersyukur, yang tak dapat tak boleh kecam.

Bagi NGO begitu juga.

Apa yang nak dibagi semua atas peranan NGO tersebut ditubuhkan.

Mereka membantu menyampaikan derma yang anda ingin sampaikan.

Juga tiada pertanggungjawaban kenapa orang ini dapat sementara orang itu tidak dapat.

Ada fund, maka ramailah yang dapat.

Begitulah sebaliknya.

Ada kalanya satu orang boleh dapat bantuan yang sama dari NGO berbeza.

Tiada siapa boleh pertikai kerana setiap NGO buat kerja masing-masing dan tanpa ada kolaborasi di antara NGO-NGO lain.

Sementara institusi kerajaan samada jabatan kebajikan atau pusat zakat, tidak boleh lakukan apa yang orang perseorangan atau NGO lakukan.

Perlu ada SOP, perlu ada maklumat yang betul supaya yang dapat memang yang betul-betul memerlukan.

Perlu ada pertanggungjawaban.

Yang meminta ramai sementara bajet tahunan adalah terhad.

Bagi zakat pula ia bergantung kepada sumbangan zakat dari masyarakat.

Justeru anda tidak boleh kecam institusi ini mengikut citarasa anda.

Sekiranya anda ingin menyumbang, maka jadilah orang perseorangan yang dermawan atau terlibatlah dengan NGO-NGO bagi membantu mereka yang memrlukan.

Sementara bagi yang terlibat dengan institusi kerajaan ini, mudahkanlah urusan manusia semoga urusan ada juga akan dimudahkan.

Namun saya masih berharap agar ada satu mekanisme yang boleh mengkolaborasi para dermawan dan NGO ini supaya bantuan dapat diberi dengan lebih optima.

Anda ada cadangan?

Fastabiqul khairaat…

Dr Mazri Yahya

Uncategorized