Tok Guru Nik Abdul Aziz: PAS Bahtera Perjuangannya

Tok Guru Nik Abdul Aziz: PAS Bahtera Perjuangannya

Hari ini ramai yang mengimbau kenangan pemergian TGNA.

Kebetulan pula Hari Jumaat juga.

Dan, hari ini di Terengganu cuaca ‘jo-on’ (mendung) sama macam hari pemergian TGNA.

Anak muda hari ini kenal TGNA pada ketika beliau menjadi MB dan beliau sudah menjadi tokoh utama PAS.

Ramai dari kita mungkin tak berapa tahu zaman muda TGNA dan bagaimana TGNA begitu berpegang erat dengan jemaah PAS sepanjang hidupnya.

Kelihatan saat ini, ada yang cuba-cuba memisahkan sosok TGNA itu dengan PAS.

Walhal PAS itulah perjuangan TGNA sejak puluhan tahun.

TGNA balik dari India dan Mesir pada tahun 1962.

Umur TGNA ketika itu 31 tahun.

Lama TGNA berkelana mencari ilmu, 12 tahun lamanya.

Disana, TGNA mula mengenali Gerakan Islam apabila membaca karya agung Syed Qutb, yakni Ma’alim Fi at-Toriq.

Kata TGNA, “Ma’alim Fi at-Toriq saya temui dalam timbunan buku-buku yang dilonggokkan oleh beberapa orang Maulana yang datang dari India ke Mesir”.

Setelah pulang TGNA berkhidmat sebagai pendakwah, pengkuliah, guru dan pensyarah.

Selama 5 tahun.

Masa TGNA jadi pensyarah Kelas Dewasa, pihak UMNO ketika itu cuba menyekat TGNA dari memberikan pandangan tentang dasar-dasar Kerajaan yang tidak selari dengan landasan Islam.

TGNA berhenti dari Kelas Dewasa, dan masuk mengajar di Maahad Muhammadi.

Masa mengajar di Maahad Muhammadi tu, TGNA diminta untuk bertanding dalam PRK Parlimen Kelantan Hilir.

Pada usia 36 tahun TGNA masuk PAS dan jadi calon.

Menariknya tuan-tuan, TGNA nie tak pernah kalah dalam pilihanraya.

MasyaAllah. TGNA jadi Ahli Parlimen Kelantan Hilir (1967, 1969, 1974, 1978, 1982,), kemudian TGNA tanding DUN Semut Api (1986, 1990), dan terakhir TGNA jadi ADUN Chempaka (1995, 1999, 2004, 2008, 2013).

Dalam 12 Pilihan Raya (1 kecil dan 11 umum) TGNA tak pernah kalah.

Dahsyat tuan-tuan.

Manakala jawatan dalam parti pula.

TGNA jadi Ketua Dewan Ulama’ sejak tahun 1971 hingga 1995.

Kau kira berapa tahun.

24 tahun beb.

Tu tak kira TGNA sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan dari tahun 1978-2015.

37 tahun akhi.

Mursyidul Am PAS dari tahun 1995-2015, 20 tahun sheikh.

Menteri Besar Kelantan dari tahun 1990-2013, 23 tahun sobat.

Tiba-tiba kau kata TGNA akan ikut kau keluar PAS. Cis.

Ketika TGNA sebagai Ketua Dewan Ulama lah, syura Dewan Ulama’ PAS meluluskan kerjasama PAS dalam Kerajaan Campuran bersama UMNO pada 1973.

TGNA juga antara figura yang bertungkus-lumus bangunkan PAS melalui program-program tarbiah ketika PAS berada difasa kritikal tatkala berpecah dengan BERJASA pada tahun 1977.

Bahkan menariknya, Cikgu Pa ceritakan konsep Kepimpinan Ulama’ ini bermula ‘gerakannya’ apabila TGHH dan Cikgu Pa pergi ke Kelantan untuk berjumpa dengan TGNA tahun 1982.

Kita cerita lain kali.

TGNA lah Mursyidul Am ketika Majlis Syura Ulama’ meluluskan kerjasama dan memutuskan kerjasama dengan parti-parti dari tahun 1995-2015.

Begitu juga betapa peritnya beliau dan pasukan untuk mentadbir Kelantan dibawah cengkaman UMNO dari tahun 1990 sehinggalah TGNA meninggal dunia.

Beliau telah meninggalkan pelbagai jariah, pastinya beliau sedang berenak-enak dengan hasilnya disana.

InsyaAllah.

Kita pun berharap dapat tinggalkan sesuatu tatkala kita tiada nanti.

TGNA tiada galang gantinya.

Namun, amanah perjuangan yang diwariskan ini mesti kita dokongi.

Ya, kita tetap dokong walau apa yang melanda, istiqomahlah sebagaimana TGNA.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Islam