Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di amanahkan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi untuk menyelesaikan pertembungan bersenjata kelompok Houthi dan Kerajaan Republik Yaman.
Masih segar dalam ingatan sewaktu itu Tuan Guru Presiden tiba ke Yaman membawa mesej khas dari Qardawi bagi menghentikan perang saudara yang akan memberi keuntungan pada Amerika Syarikat.
Pertemuan Tuan Guru Presiden bersama Sheikh Dr Abdul Majid Az-Zindani, kemudian bertemu Menteri Luar Yaman (ketika itu) dan setelah itu bertemu Sheikh Abdul Hamid Al-Ahmar (Speaker Parlimen Yaman).
Membawa mesej khas perdamaian dan kesatuan bagi Umat Islam.
Pertembungan sesama muslim membuka ruang musuh menguasai kaum muslimin.
Sewaktu di akhir pertemuan Tuan Guru Presiden bersama Sheikh Abdul Majid Az-Zindani, Az-Zindani menyebutkan pada Tuan Guru Presiden bahawa betapa malunya dirinya dan para ulamak Yaman sehingga ulamak ajanib (bukan arab) terpaksa datang untuk menyelesaikan krisis sesama kami.
Seusai pertemuan dengan Az-Zindani, telefon bimbit Tuan Guru Presiden berdering dihubungi Al-Qardawi.
Al-Qardawi menanyakan bagaimana penerimaan Az-Zindani atas mesej khas yang dibawa Tuan Guru Presiden.
Tuan Guru Presiden menyebutkan bahawa penerimaan Az-Zindani amat baik.
Al-Qardawi berulang kali menyebutkan bahawa Tuan Guru Presiden merupakan orang PALING LAYAK membawa mesej kesatuan dan perdamaian ini.
Setelah pertemuan tersebut Tuan Guru Presiden bertemu Wakil Kerajaan Yaman dan kemudian Speaker Parlimen Yaman bagi menyelesaikan krisis peperangan saudara tersebut.
Kami menjadi saksi begitu banyak lori-lori askar yang melalui jalan di Sana’a di hantar ke saadah bagi peperangan tersebut.
Alhamdulillah selesai sahaja pertemuan Tuan Guru Presiden bersama pihak-pihak yang di sebutkan diatas.
Peperangan saudara tersebut berhenti tidak lama kemudian iaitu pada Feb 2010.
Ianya merupakan pengalaman langsung menjadi antara saksi melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh Tuan Guru Presiden bagi menyatukan Dunia Islam.
Pastinya banyak lagi kisah Tuan Guru Presiden yang kita pernah dengar bagaimana usaha beliau menyatukan umat islam di Afghanistan, Iraq dan lain-lain.
Supaya Dunia Islam tidak terperangkap dengan permainan musuh Islam.
Sekiranya para ulamak di luar negara menaruh kepercayaan pada beliau untuk melaksanakan tugas-tugas besar, maka patutkah kita hilang Thiqoh pada Tuan Guru Presiden mengemudi bahtera Jamaah ini terutamanya pada perkara melibatkan pendekatan politik dan lain-lain?
Jawapannya pada kalian.
Gagasan penyatuan Ummah dibawa Tuan Guru Presiden bukan hanya di dalam negara tetapi di luar negara.
Beliau konsisten dengan gagasan tersebut walau menghadapi pelbagai kritikan.
Saya tetap memilih Thiqoh pada Tuan Guru Presiden dan akan menentang segala bentuk usaha cuba mensabotaj keputusan Tuan Guru Presiden, selagimana tidak bercanggah dengan syara’.
Celakalah mereka yang hilang thiqoh pada Tuan Guru Presiden hanya kerana memenuhi kehendak nafsunya.
Mereka yang mengutamakan kehendak nafsunya berbanding keputusan Jamaah sewajarnya disingkirkan!
Apakah wang ringgit , pengaruh dan kuasa lebih besar dari Thiqoh pada ketua yang memimpin kita?
Moga Allah memberkati dan merahmati Tuan Guru Presiden dan diberikan kekuatan untuk mengemudi bantera perjuangan ini.
Aamiin ya rabb.
ابو معاذ شكري عمر