Pada 15 FEB 2021 jam lebih kurang 1950 Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital PUTRAJAYA akibat sesak nafas.
Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Dato’ Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri JPM (Undang-Undang).
Doktor memaklumkan bahawa keadaan Tuan Guru telah kembali stabil.
Jantung Tuan Guru dikatakan agak lemah berkemungkinan disebabkan kerana kepenatan.
Doktor telah memaklumkan bahawa Dato’ Seri Tuan Guru akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan.
Tuan Guru akan membuat swab test di IJN.
Pada jam 2125, Dato’ Seri Tuan Guru telah dibawa dengan ambulan ke IJN KL.
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، أَنْ يُعَافِيه وَيَشْفِيه