Tazkirah dari IJN.
Duduk di IJN pun masih berfikir untuk mendidik ummah agar sentiasa beriman, bertaqwa kepada Allah, berbuat baik dan bertaubat.
Saban hari ada saja tulisan di media sosial mencerca dan menghamun beliau, tapi beliau tak ambil pusing untuk pertahankan dirinya.
Kerana beliau yakin Allah bersama-sama orang-orang yang bersabar dan berlemah-lembut.
وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما
Beliau bukan sahaja memaafkan orang-orang yang mencerca beliau, bahkan menyeru supaya bertaubat kepada Allah setiap masa.
Beliau mungkin melakukan kesilapan-kesilapan pada kacamata kita yang perasan bagus.
Tetapi ingatlah, antara sifat merendah diri adalah apabila kita berdepan kanak-kanak, kita akan insaf bahawa kanak-kanak itu lebih mulia berbanding kita kerana kanak-kanak masih tidak banyak berbuat dosa berbanding kita.
Manakala apabila berdepan orang tua, kita insafi bahawa orang tua itu lebih mulia berbanding kita kerana lebih banyak beribadah sepanjang umurnya berbanding kita.
Maka apatah lagi jika orang tua itu adalah ulama, yang sentiasa mengajarkan ilmu, bahkan sentiasa pula bangun beribadah pada waktu malamnya, jauh lebih banyak berbanding kita.
Kita selamba maki beliau kerana sakit hati dengan langkah politik beliau.
Kita sering sebut beliau akan dilaknat kerana berpakat dengan pengkhianat.
Tetapi kita tidak tahu di mana level taqarrub beliau dengan Allah Taala, berbanding kita.
Solat fardhu pun asyik terlewat, apa mungkin kita akan bangun setiap malam bertahajjud?
Kritik tak ada masalah, mencerca adalah tak wajar walaupun terhadap sesiapa.
Andai kita pernah terkhilaf mencerca menghamun, masih belum terlewat untuk kita berubah menjadi orang yang baik dan berlemah-lembut.
Allah lebih suka kepada hamba-Nya yang berlemah lembut.
Saya kritik DS Anwar, Tun Mahathir, Bangmat etc, tapi saya sedaya upaya elak daripada mencerca dan memaki hamun.
Mereka adalah orang tua yang umur mereka lebih panjang daripada saya.
Mungkin ibadah mereka yang ikhlas lebih banyak berbanding saya, tatkala saya cerca mereka, apa pula pandangan Allah terhadap saya?
Bahkan sudara Iswardy pun saya tidak cerca.
Kritik pandangan dia tu, biasa lah.
Kerana, saya tidak tahu amal ibadahnya mungkin lebih banyak daripada sembang merapu beliau dalam Live FB.
Malah usaha beliau bersedekah dan membantu orang yang susah itu lebih baik daripada amal ibadah saya, WALLAHU A’LAM.
Jadi, usah mencerca orang.
Semoga Allah merahmati TG Haji Abdul Hadi dan memberi kesembuhan kepadanya.
Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
