Pada coretan minggu lepas saya telah mengimbau misi keamanan Saadah pada tahun 2010 yang di usahakan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Sahabat saya Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin-Abu Fatih (Ketua Pemuda PAS Melaka) mengingatkan saya kembali latar pada misi keamanan Saadah, Yaman.
Apakah yang menjadi latar kepada misi keamanan ini?
Jawapannya adalah pertemuan Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi dengan Tuan Guru Presiden setelah selesai menerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah pada 18 Disember 2009.
Apabila Kerajaan Malaysia memberikan jemputan pada Alqardawi untuk memberikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.
Antara syarat yang diberikan oleh Alqardawi adalah Kerajaan Malaysia tidak boleh menghalang beliau untuk bertemu mana-mana pihak di Malaysia sekiranya beliau hadir.
Syarat itu di persetujui oleh Kerajaan ketika itu.
Alqardawi mengunakan kesempatan tersebut untuk bertemu Tuan Guru Presiden dan menyampaikan hasrat beliau agar Tuan Guru Presiden pergi ke Yaman membawa Misi Keamanan di Saadah.
Pergolakan dan perang saudara di Saadah, Yaman bermula dari 2004 serta berlanjutan sehingga mengorbankan lebih 6000 nyawa pada 2010.
Kesatuan Ulamak Sedunia di bawah pimpinan Alqardawi menyatakan kebimbangan pergolakan ini akan diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam sekiranya tidak diselesaikan dengan kadar segera.
Alqardawi melihat tokoh yang paling sesuai membawa misi keamanan di Saadah Yaman adalah Tuan Guru Presiden.
Kerana usaha-usaha Tuan Guru Presiden menyatukan dunia Islam adalah tidak asing.
Tuan Guru Presiden pernah terlibat membawa misi penyatuan di Afghanistan, Iraq dan lain-lain.
Malah Tuan Guru Presiden merupakan antara tokoh yang disegani oleh pemimpin Gerakan Islam Sedunia.
Ini boleh di lihat kesungguhan Sheikh Dr Ahmad Ar-Raisuni apabila tiba di Malaysia pada disember 2019.
Beliau berhajat untuk bertemu bersungguh-sungguh adalah Tuan Guru Presiden.
Pertemuan Alqardawi dan Tuan Guru Presiden di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pada Disember 2009, menatijahkan usaha pada Misi Keamanan di Saadah yang akhirnya membendung perang saudara yang berpanjangan.
Bagi saya layaklah Tuan Guru Presiden dinobatkan sebagai ‘Bapa Penyatuan Ummah’.
Kerana usaha penyatuan yang dibawa bukan hanya di dalam negara tetapi di luar negara.
Tuan Guru Presiden menunjukan kepada kita suatu contoh yang besar.
Bagaimana ilmuwan Islam mesti berperanan menyatukan ummah dan bukan hanya berbahas perkara-perkara yang kecil.
Jiwa besar beliau membawa perdamaian di banyak tempat.
Beliau meletakan kepentingan Islam melebihi segala-galanya.
Beliau rela dirinya dikritik semata-mata membawa misi yang lebih besar pada ummah.
Coretan ini untuk mengajak kita berfikir dan meneladani beliau.
Apabila berbicara tentang penyatuan melayu Islam ianya IKHLAS bukan kerana kepentingan peribadi tetapi untuk ummat.
Persoalannya siapakah akan meneruskan legasi dan gagasan beliau?
Adakah abnaul harakah benar menghadami gagasan yang dibawa Tuan Guru Presiden atau terhenti sekadar memuji beliau?
Jawapannya pada anda.
Yang pasti Tuan Guru Presiden mengharapkan legasi dan gagasan ini akan terus di sambung oleh abnaul harakah.
Maka menjadi tanggungjawab kita dalam pengkaderan ahli menekankan Tafsir Al-Quran, Hadith Nabi, Sirah nabawiyyah, Fiqhul Khamsah dan lain-lain.
Agar kader yang di lahirkan mempunyai pengetahuan yang luas dan mampu menjadi Generasi penerus perjuangan.
Bukan menyertai perjuangan ini semata-mata kerana semangat tetapi dengan ilmu.
Program-program mengilmukan kader-kader mesti dilaksanakan dengan tersusun rapi agar perjuangan ini tetap kukuh hingga keakhirnya.
Kita tidak mahu generasi yang memuja dan memuji tetapi kita mahukan generasi ‘Pewaris Perjuangan’!
ابو معاذ شكري عمر